Sunday, February 06, 2011

Diuji & Menguji

Salam Semua,

ALLAH menjadikan manusia & jin adalah tidak lain & tidak bukan hanyalah utk beribadat & memperhambakan diri padaNYA.

Kejadian ALLAH pada dunia ini hanyalah utk menguji tahap keimanan & ketaqwaan hambaNYA.
Akhiratlah tempat dimana segala amalan & keimanan itu diukur & diberikan balasan yg setimpal dgn amalan yg dikerjakan.

Oleh yg demikian, sebagai hambaNYA kita hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap apa yg ada disekitar kita adalah alat utk menguji kekuatan & keteguhan iman kita samaada ianya dalam bentuk manusia, harta-benda, binatang & sebagainya.

Sebagai contohnya, kawan disekitar kita adalah seperti alat ujian pada kita, jika seseorang itu melakukan kesalahan pada kita ianya menjadi alat utk menguji kesabaran kita.

Jika kita gagal utk mengawal kemarahan maka jelas kita telah gagal dlm ujian yg diberikan. Begitu juga dgn kehadiran seekor kucing semasa kita sedang makan, tiba-tiba kucing tersebut merenget meminta makanan dari kita.

Tanpa kita sedari, sebenarnya kucing tersebut telah bertindak sebagai alat ujian dari ALLAH utk menguji iman & akhlak kita.

Jika kita mengambil tindakan menghalau kucing tersebut maka kita sebenarnya gagal dlm ujian tersebut.
Tanpa kita sedari juga, kita sebenarnya adalah alat ujian kepada org lain.

Sebagai contoh, jika kita bertindak marah kpd kesalahan yg dilakukan oleh kawan kita tadi & kawan kita tadi juga bertindak balas menjauhkan diri dari kita atau membalas kemarahan kita dengan kemarahan, maka kawan kita itu juga gagal dlm ujian yg diberikan kepadanya. Dalam hal ini, kita telah berperanan sebagai alat ujian kepada orang disekitar kita.

Oleh yg demikian, jadilah bahan ujian & penguji yg baik kerana sesungguhnya setiap apa yg baik yg kita lakukan pasti ada ganjarannya disisi ALLAH walaupun sebesar zarah.

Semoga ianya memberi manafaat kepada kita bersama.

Sekian, Wassalam..

0 comments:

Post a Comment