Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Salam Ramadhan buat semua...

Setelah hampir setahun kita nantikan, kini Ramadhan menjelma lagi..Alhamdulillah..

Marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan Ramadhan Al-Mubarak..

Bersyukur kita kepada ALLAH kerana dipanjangkan usia kita utk bertemu dengan Ramadhan supaya kita dapat melakukan ibadah yg berlipat kali ganda ganjarannya..

Jalanilah ibadah puasa disiang hari dengan penuh kesabaran & tawakal, jangan hanya menahan lapar & dahaga semata-mata.

Carilah puasa khususul-khusus iaitu puasa para ambia' & solehin. Puasa yang bukan hanya menahan diri dari lapar & dahaga tetapi juga menjaga semua pancaindera dari lalai & terdedah kepada perbuatan yang mengurangkan pahala puasa.

Jaga mata dari melihat yang tidak sepatutnya dilihat & dari melihat perkara yg tidak elok seperti pendedahan aurat & sebagainya. Banyakkan memandang kalimah-kalimah ALLAH & ayat suci Al-Quran.

Jaga mulut dari berkata perkataan yang sia-sia & tidak perlu. Banyakkan berzikir & membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Jaga telinga dari mendengar cemuhan, umpatan, caci-maki & sebagainya. Elakkan dari kita mendengar sesuatu yang melalaikan seperti muzik, nyanyian & sebagainya. Perbanyakkan mendengar bacaan Al-Quran.

Jaga kulit kita dari menyentuh sesuatu yang haram atau sesuatu yang tak sepatutnya kita sentuh. Elakkan bersentuhan dengan bukan muhrim kita antara kulit dengan kulit mahupun secara berlapik utk mengelakkan syahawat.

InsyaALLAH dengan puasa makan & minum serta pancaindera ini akan membawa kita kepada puasa yang sempurna seumpama puasa seorang ambia'.

Pada sebelah malamnya pula, lakukanlah ibadah sembahyang tarawih secara berjemaah mahupun secara berseorangan jika tidak berkesempatan. Tambahkan lagi dengan Tadarrus Al-Quran.

Perbanyakkan berzikir & berselawat sepanjang bulan Ramadhan ini di sepanjang masa walau dimana jua kita berada, samaada dirumah, didalam kereta, sedang menunggang motosikal, dalam LRT, dalam bas, dalam teksi & dimana sahaja kecuali tandas & tempat-tempat yang diharamkan berbuat demikian.

Jangan sesekali memandang rendah kepada ibadah Sahur. Bangunlah bersahur walaupun dengan hanya utk minum seteguk air, sesungguhnya besar maknanya dalam kita menempuhi ibadah puasa keesokkan harinya.

Semoga pengisian ibadah Ramadhan kita akan terisi sepenuhnya & semoga kita mendapat keredhaan & keampunan ALLAH...amiinn..

Akhir sekali, abg ingin mengambil kesempatan ini utk memohon ampun & maaf jika selama perkenalan kita dialam maya ini, ada salah & silap yang abg lakukan samaada secara sengaja atau tidak. Maafkanlah abg..

Sebelum mengakhiri artikel ini, jangan lupa malam ini berniatlah untuk berpuasa seluruh Ramadhan.

Hanya tukarkan perkataan "hazihisanati lillahi taala" dengan "kullihi lillahi taala" yang membawa maksud keseluruhannya.

Harap betulkan abg jika ada kesilapan..

Salam Ramadhan utk semua warga e-kampung & seluruh umat Islam..

Sekian, Wassalam...

Read more »