Sunday, December 18, 2011

Pekeliling SBPA

Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. Dasar Pemisah (Exit Policy) ; 67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. Dasar Pemisah (Exit Policy) ; 67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)

44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.

Read more »

Kanak-kanak Cina pun tak takut khatan

Kanak-kanak Cina pun tak takut khatan

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berbangsa Cina langsung tidak menampakkan rasa gerun,
sebaliknya masih mampu menunjukkan isyarat bagus selepas selesai dikhatankan doktor.

Ng Jun Hau, 7, yang juga anak kepada Setiausaha Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Pauline Wong, antara 39 kanak-kanak yang berkhatan beramai-ramai di Wisma Rozali, di sini, semalam.

Mereka adalah anak kepada ahli Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka).

Jun Hau tidak menunjukkan rasa sakit dan turut menunjukkan tanda bagus kepada jurukamera yang mengambil gambarnya selepas selesai dikhatankan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin.

Bapanya, Ng Wai Hoong berkata, beliau mengkhatankan anaknya kerana mengetahui kebaikan berkhatan daripada segi kebersihan dan kesihatan diri seseorang.

“Saya mula memujuk anak saya untuk berkhatan Khamis lalu. Mula-mula dia takut tetapi lama-lama dia teruja untuk datang,” katanya.

Bagi Muhammad Nur Alid Mohd Sabri, 5, kanak-kanak termuda yang dikhatankan, dia juga berasa seronok dan langsung tidak berasa sakit.

“Mak janji nak beri hadiah duit selepas saya dikhatankan,” katanya yang ditemani ibu, Rosliza Hasan Rahmat, 37.

Majlis itu dirasmikan oleh Puan Sri Faridah Idris, isteri kepada Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail. — Bernama

Sumber: mymetro

Read more »

Monday, November 28, 2011

Qadha Solat Yang Lama

Ceramah dari Uztaz Azhar Idrus

Intisari & Ringkasan Ceramah:-

  1. Meninggalkan solat fardhu yang banyak sehingga lupa berapa banyak jumlah solat yang telah ditinggalkan, apa yang perlu dibuat?…
  2. Mulakan Qadha solat dengan segera jika ada masa & kesempatan, yang penting mulakan dulu walaupun tak pasti sebanyak mana solat yang ditinggalkan.
  3. Sampai satu masa & ketika apabila sudah cukup solat yang ditinggalkan, pasti akan terdetik atau terasa dihati yang solat yang digantikan telah mengcukupi atau terlebih.

Read more »

Sunday, November 27, 2011

Hukum Qadha (Ganti) Solat

Ceramah dari Uztaz Azhar Idrus

Intisari & Ringkasan Ceramah:-

  1. 4 Mazhab: Solat yang ditinggalkan perlu diganti semula (Qadha) walaupun dengan apa sebab sekalipun.
  2. Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Siapa tinggal 1 sembahyang wajib diganti setelah dia teringat kembali”.
  3. Hutang perlu dibayar apatah lagi hutang kepada ALLAH.
  4. Gantikan sebelum atau selepas solat wajib.

Read more »

Salam Maal Hijrah 1433

Alhamdulillah diatas segala anugerah & rahmat ALLAH kepada kita semua. Sekali lagi kita diberikan kesempatan utk melalui tahun hijrah yang baru 1433.

Muhasabahlah diri kita semua, jika tahun-tahun yang lepas kita masih ditakuk yang sama, sudah tiba masanya tahun ini kita buat pembaharuan demi hari-hari kembali kita yang semakin hampir.

Jangan sesekali terpukau dengan nikmat dunia yang membuatkan kita lupa apa tujuan asal kita dijadikan. Tingkatkan amalan harian kita, perbaiki solat & ibadah-ibadah lain supaya lebih sempurna & mendapat keredhaan ALLAH.

Kita dituntut juga untuk memajukan diri utk hidup dunia, ingatlah bahawa buatlah ibadah seperti kamu akan mati esok hari & carilah rezeki seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.

Apa yang paling penting adalah keseimbangan. Segala pertimbangan & keputusan yang kita buat perlulah berlandaskan Islam yakni Al-Quran & Hadith. Jika ilmu yang kita ada tidak mencukupi dalam kita menterjemah tuntutan Al-Quran & Hadith maka carilah guru utk mempelajarinya.

Dalam dunia yang serba canggih ini, cukup mudah utk kita mempelajari ilmu Islam. Didalam media massa seperti TV kini telah banyak menyediakan pembelajaran terhadap ilmu Islam.

Sebagai contoh TV AlHijrah & TV9 melalui rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don, Tanyalah Ustaz banyak mendedahkan kita semua kepada ilmu Islam seperti tuntutan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah.

Jika dirasakan ianya masih tidak mencukupi, kita boleh dapatkan sumber ilmu melalui internet. Contohnya melalui youtube kita dapat mempelajari Islam melalui video dari Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim & ramai lagi.

Walaubagaimanapun berhati-hatilah semasa memilih Ustaz yang ada dirangkaian internet kerana ada juga segelintirnya yang cuba menyebarkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya seperti fahaman wahabi & sebagainya.

Semoga kita semua dapat sama-sama mempertingkatkan lagi mutu ibadah & mutu hidup kita pada tahun ini…amiinn..

Salam Maal Hijrah 1433…

Sekian, Wassalam…

Read more »

Sunday, September 25, 2011

Isu Murtad Perlu Dibimbangi...

Berita TV9 pukul 12 tengahari tadi telah mendedahkan tentang penularan proses memesongkan akidah umat Islam sehingga Murtad.

Seperti kita sedia maklum, isu Murtad ini sememangnya bukanlah suatu isu yang baru, ianya telah didedahkan sejak dari dulu lagi cuma pada masa itu pendedahan yg dibuat hanyalah secara atas talian seperti melalui internet & juga perkongsian maklumat melalui email.

Ianya langsung tidak dihiraukan oleh Media Massa apatah lagi pihak kerajaan. Ada yang berpendapat, isu ini adalah satu isu yg sensitif utk didedahkan kerana ianya melibatkan agama.

Pandangan & sikap berdiam diri inilah yang menjadi sebab utama mengapa isu atau penularan masalah ini semakin menjadi-jadi malahan lebih teruk umpama api dalam sekam yg akan musnah pada bila-bila masa sahaja.

Kesedaran pihak Media walaupun tanpa sokongan kerajaan adalah sesuatu yang patut dipuji & sentiasa diharapkan.

Sebagai contoh, pendedahan yg dilakukan oleh pihak TV9 melalui program beritanya tadi sememangnya dapat membuka mata kita semua.

Golongan remaja hari ini yg lemah dari segi jati diri Islam adalah penyebab utama mengapa golongan ini amat mudah terjebak & akhirnya murtad.

Jati Diri Islam yang dimaksudkan bukan hanya meliputi pengetahuan seseorang remaja itu tentang ilmu agama Islam tetapi juga amalan & juga cara hidup mereka.

Seharusnya para remaja perlu mengamalkan setiap ilmu agama Islam yang dipelajari supaya dapat menjadi benteng & perisai bagi melindungi diri dari dipengaruhi anasir luar yg sentiasa cuba memesongkan kita.

Biasanya mereka yg berjaya dipengaruhi & disesatkan tidak mengamalkan ajaran Islam yg dipelajarinya yg menyebabkan mereka ini semakin hari semakin tersimpang dari ajaran Islam & lebih terikut-ikut trend barat yg berjaya masuk kedalam hati mereka.

Melalui pendedahan yg dibuat ini, kita seharunya tidak lagi boleh berpeluk tubuh & hanya menanamkan rasa benci & marah sahaja. Kita seharusnya bertindak utk mengatasi masalah ini supaya ianya dapat dibendung dari terus menular.

Sebagai orang disekeliling, kita sebenarnya boleh membantu & bukannya hanya membatu. Kita kini perlu mengambil tahu apa yg berlaku pada ahli keluarga, sahabat, kawan-kawan & kenalan.

Ini kerana hanya mereka yg terdekat sahaja yang mampu mengesan perubahan seseorang yang lain. Apabila kita mengesan sesuatu perubahan, nasihatkanlah kawan kita yg semakin hanyut itu supaya sentiasa mengingati ALLAH.

Kenali rakan-rakan bangsa lain yg bergaul dengan kawan kita itu tadi supaya kita turut sama dapat memantau kegiatan kawan bangsa lain itu jika ada matlamat-matlamat jahat yg dia sembunyikan.

Kita sebagai umat Islam perlu bersatu demi menjaga & memartabatkan maruah & keutuhan Islam.

Pertahankanlah Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

Sekian, Wallahualam..

Read more »

Sunday, September 04, 2011

Isteri tidak dengar cakap, dibelakang curang..

imageimage

Read more »

Saturday, September 03, 2011

Iklan Raya Tv3, Kisah Perpisahan antara anak & mak.

Iklan yang kini sering ditayangkan oleh TV3 sempena hari RAYA AIDILFITRI sememangnya memberikan teladan & mesej yang amat baik kepada kita semua pada akhir iklan tersebut.

Kesusahan & penderiaan hidup keluarga tersebut telah mendesak ibu malang itu untuk meninggalkan salah seorang dari anaknya kepada orang lain.

Hati ibu mana yang tidak rindu pada anaknya, apatah lagi anak yang telah ditinggalkannya dalam keadaan terpaksa.

Saban hari kerinduan hati ibu itu disembunyikannya dari pengetahuan semua orang termasuk dari anak perempuannya sendiri.

Oleh kerana rindukan anaknya, akhirnya si ibu jatuh sakit akibat perbuatan anak perempuannya yang kurang ajar.

Atas inisiatif si adik, si adik telah memulakan pencarian abangnya yang tidak tahu dimana berada.

Akhirnya si adik telah berjaya menemui si abang & akhirnya keluarga ini bersatu kembali.

Nilai moral kesimpulan iklan ini sememangnya berjaya menyentuh & menyedarkan para penonton, cuma abg rasa ada sedikit impak yg kurang baik tidak patut diselitkan dalam iklan ini & scene lain boleh digunakan utk menggantikan scene tersebut.

Scene yang abg maksudkan ialah babak kurang ajar adik perempuan tersebut pada ibunya.

Bagi abg ianya seolah-olah mengajar anak-anak diluar sana utk menderhaka kepada ibunya. Seolah-olah meninggikan suara & menengking & mengungkit kesilapan ibu adalah halal & tidak salah.

Sebagai anak, dia sememangnya tidak mempunyai hak langsung untuk mempertikatkan kesilapan atau apa sahaja yang dilakukan oleh ibunya dulu.

Seharusnya dia patut bersyukur kerana bukan dia yang ditinggalkan dulu oleh ibunya.

Abg yakin babak ini jika ditukar dengan babak yang lain, pasti iklan ini akan lebih sempurna.

Sebagai contoh, babak tersebut boleh digantikan dengan kerinduan ibu tersebut yang membuak-buak telah menyebabkan si ibu jatuh sakit.

Ini adalah pendapat peribadi abg semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Wallahualam..

Sekian, Wassalam..

Read more »

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1432/2011

Salam Lebaran, Minal Aidil Wal Faizin buat semua Warga e-kampung khususnya & semua pembaca blog ini amnya...

Maafkan abg kerana tidak sempat mengirimkan perutusan raya pada hari pertama eidulfitri kerana sibuk dengan urusan lain.

Apapun dikesempatan ini, Abg ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI" buat anda semua...

Abg dengan rendah diri, menyusun 10 jari memohon ampun & maaf jika sepanjang perkenalan maya kita ini ada khilaf, salah & silap yg abg lakukan samaada sengaja atau tidak & sedar atau tidak..

Abg doakan semoga anda semua berbahagia & tenang di hari lebaran yg mulia ini..amiinn...

Akhir kata sempena lebaran ini..sentiasalah berhati-hati dijalan raya..dapatkan rehat yg mengcukupi sebelum memulakan perjalanan jauh.

Sentiasalah berdoa selepas solat semoga ALLAH melindungi & mempermudahkan perjalanan kita..amiinn

Sentiasalah mengingati ALLAH kerana hanya Dialah pelindung yg sebenarnya...

Sekian, Wassalam..

Read more »

Monday, August 01, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 2011

Salam kepada semua warga e-kampung khususnya & semua Umat Islam.

Abg ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan “Selamat Berpuasa” dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Alhamdulillah, ALLAH masih memberikan peluang kepada kita untuk menemui Ramadhan tahun ini & seterusnya memanafaatkan ganjaran yang melimpah-ruah dari bulan yang Mulia ini.

Jalanilah Ibadah Puasa anda dengan sepenuh hati & jiwa. Tinggallah segala amalan buruk anda seketika dibulan Ramadhan ini & terus meninggalkannya walaupun selepas Ramadhan berlalu.

Berusahalah untuk melakukan Puasa yang paling tinggi darjatnya iaitu Khususul Khusus yakni amalan puasa yang dijalani oleh para Ambia’ & para Wali ALLAH.

Bukan hanya berlapar & dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa tetapi meninggalkan terus keseronokkan duniawi.

Pelihara Mata: jaga mata dari melihat kemungkaran walaupun dengan hanya memandang rambut wanita bukan muhrim. Elakkan memandang aurat orang lain. Banyakkan melihat ayat-ayat Al-Quran.

Pelihara Telinga: jaga telinga dari mendengar umpatan, muzik, atau apa sahaja yang menyeronokkan kecuali mendengar alunan ayat Suci Al-Quran.

Pelihara Minda: jaga minda dari berimaginasi sesuatu yang tidak baik.

Pelihara Syahwat: banyakkan berzikir & mengingati ALLAH.

Rebutlah ganjaran Ramadhan yang telah diberikan oleh ALLAH ini. Semoga kita akan sentiasa diredhai-NYA & Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita….amiinn..

Sekian, Wassalam…

Read more »

Saturday, July 30, 2011

Responsibility of Children Towards their Parents


Responsibility of Children Towards their Parents
By Siddiq Buckley [SALAM Magazine]
Edited by; Mohamad Shuhmy Shuib

Narrated 'Abdullah bin 'Umar (may Allah be pleased with him): The Prophet (peace be upon him) said, “Everyone of you is a guardian and everyone of you is responsible (for his wards). A ruler is a guardian and is responsible( for his subjects); a man is a guardian of his family and responsible (for them); a wife is a guardian of her husband's house and she is responsible (for it), a slave is a guardian of his master's property and is responsible (for that). Beware! All of you are guardians and are responsible (for your wards).”[1]

I always like to start with definitions, so you know what I’m talking about and where I’m coming from.

1. Responsibility is, “the state, fact, or position of being accountable to somebody or for something.”[2]

* Allah has commanded us to be responsible to take care of our parents (when they become old) just as they took care of us (when we were young).

“And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour. And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say: "My Lord! Bestow on them Your Mercy as they did bring me up when I was small."[3]

2. A Child is, “a young human being between birth and puberty.”[4]

* Note that this is not really restricted by age. In Islam, we are always our parent’s children. The only difference is that the responsibilities swap when the child become an adult.

* Interestingly, we had no choice in the selection of our parents, nor the time and place of our birth. Everyone must accept these circumstances.

Duties to Parents

* Showing love and gratitude to them, Allah, the Most High, says, “… And that you be dutiful to your parents…"[5]

* Speaking to them with kindness and respect, Allah, the Most High, says, “…If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour..."[6]

* Striving to make them happy, for the sake of Allah, Narrated Mu’aawiyah ibn Jaahimah (may Allah be pleased with him): I went to the Messenger of Allaah (peace be upon him) and said, ‘O Messenger of Allaah, I want to go for jihad with you, seeking thereby the Face of Allaah and the Hereafter.’

He said, ‘Woe to you! Is your mother still alive?’
I said, ‘Yes.’
He said, ‘Go back and honour her.’

Then I approached him from the other side and said: ‘O Messenger of Allaah, I want to go for jihad with you, seeking thereby the Face of Allaah and the Hereafter.’

He said, ‘Woe to you! Is your mother still alive?’
I said, ‘Yes.’
He said, ‘Go back and honour her.’

Then I approached him from in front and said, ‘O Messenger of Allaah, I want to go for jihad with you, seeking thereby the Face of Allaah and the Hereafter.’

He said, ‘Woe to you! Is your mother still alive?’
I said, ‘Yes.’
He said, ‘Woe to you! Stay by her feet, for Paradise is there.’”[7]

Narrated ibn `Umar (may Allah be pleased with him) that the Messenger of Allah (peace be upon him) said, “Allâh is pleased when the parents are pleased and Allâh is angry when the parents are angry.”[8]

* Offering good advice and guidance when needed, Narrated Aboo Moosa (may Allah be pleased with him): The Prophet (peace be upon him) said, "A believer to another believer is like a building whose different parts enforce each other." The Prophet (peace be upon him) then clasped his hands with the fingers interlaced. (At that time) the Prophet was sitting and a man came and begged or asked for something. The Prophet (peace be upon him) faced us and said, "Help and recommend him and you will receive the reward for it, and Allah will bring about what He will through His Prophet's tongue."[9]

* Avoiding angry expression or reaction to what they may say or do, Narrated Aboo Hurayrah (may Allah be pleased with him): A man said to the Prophet (peace be upon him) , “Advise me!” “The Prophet said, “Do not become angry and furious.” The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, “Do not become angry and furious.”[10]

Narrated Aboo Hurayrah (may Allah be pleased with him): Allah's Apostle (peace be upon him) said, “The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger.”[11]

* Overlooking their faults and mistakes, This is because it is human to make errors. Anas ibn Malik (may Allah be pleased with him) reported that Allah’s Messenger (peace be upon him) said:- “All of Adam’s descendents constantly err, but the best of those who constantly err are those who constantly repent.”[12]

However, this does not mean we should not correct their errors as it is our responsibility to enjoin the good and forbid the evil.

Allah, the Most High, says, “Let there arise out of you a group of people inviting to all that is good (Islâm), enjoining Al-Ma'rûf (i.e. Islâmic Monotheism and all that Islâm orders one to do) and forbidding Al-Munkar (polytheism and disbelief and all that Islâm has forbidden). And it is they who are the successful.”[13]

Aboo Sa‘eed al-Khudree (may Allah be pleased with him) quoted the Prophet (peace be upon him) as saying, “Surely Allaah will address His creatures on the Day of Judgment, saying: ‘O my slave, you saw evil and did not disapprove of it?’ And when Allaah shows the creature His proof, he will say: O Lord, I had hope in Your [forgiveness] and I feared people.”[14]

* Refraining from denouncing them by denouncing parents of others, Narrated 'Abdullah bin 'Amr (may Allah be pleased with him): Allah's Apostle (peace be upon him) said. “It is one of the greatest sins that a man should curse his parents.” It was asked (by the people), “O Allah's Apostle! How does a man curse his parents?” The Prophet said, "'The man abuses the father of another man and the latter abuses the father of the former and abuses his mother.”[15]

* Obeying and honouring them, Allah, the Most High, says, “… And that you be dutiful to your parents…"[16]

* Caring for them in their old age, Allah, the Most High, says, “…If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour..."[17]

Aboo Hurayrah (may Allah be pleased with him) quoted the Messenger of Allaah (peace be upon him) as saying, “may he be disgraced and humiliated, may he be disgraced and humiliated, may he be disgraced and humiliated." They said, "who O Messenger of Allaah?” He said, “the one whose parents attain old age, or one of them, and he enters Hellfire (by not serving them).”[18]

* Praying for them after their death, Aboo Hurayrah (may Allah be pleased with him) quoted the Messenger of Allaah (peace be upon him) as saying, “When a man dies, his acts come to an end, except in three cases: an ongoing charity, knowledge from which people continue to benefit, and a righteous child who prays for him.”[19]

* Fulfilling any outstanding obligations of theirs, `Aa’ishah (may Allah be pleased with her) related that a man asked the Prophet (peace be upon him): “My mother died suddenly, and I think that if she had spoken [before dying], she would have given something in charity. If I give charity on her behalf, will she get the reward?” He replied, "Yes."”[20

`Aa'ishah (may Allah be pleased with her) quoted Allaah's Messenger (peace be upon him) as saying, "Whoever died owing fasts, his guardian should fast on his behalf.”[21]

The Mother


The significance of the mother and her crucial role in childrearing is attested to in the verse: “And We have enjoined on man to be dutiful and kind to his parents. His mother bears him with hardship and she brings him forth with hardship, and the bearing of him, and the weaning of him is thirty (30) months, till when he attains full strength and reaches forty years, he says: "My Lord! Grant me the power and ability that I may be grateful for Your Favour which You have bestowed upon me and upon my parents, and that I may do righteous good deeds, such as please You, and make my off-spring good. Truly, I have turned to You in repentance, and truly, I am one of the Muslims (submitting to Your Will).”[22]

Instruction in this verse is given to pray for the bestowment of three things:

1. For the grace to thank Allah for His bounties upon him and his parents
2. For the grace to do good works to His liking
3. To endow his children with firm faith and make them dutiful.

Allah continues: “They are those from whom We shall accept the best of their deeds and overlook their evil deeds. (They shall be) among the dwellers of Paradise , a promise of truth, which they have been promised.”[23]

A similar prayer for parents is recited by Prophet Solomon: “So he [Sulaimân (Solomon)] smiled, amused at her speech and said: "My Lord! Inspire and bestow upon me the power and ability that I may be grateful for Your Favours which You have bestowed on me and on my parents, and that I may do righteous good deeds that will please You, and admit me by Your Mercy among Your righteous slaves.”[24]

Would you like to ‘prosper and live long’? Narrated Anas bin Malik (may Allah be pleased with him): Allah 's Apostle (peace be upon him) said, "Whoever loves that he be granted more wealth and that his lease of life be prolonged then he should keep good relations with his Kith and kin.”[25]

And It is Only Allah Who grants success. May Allah Exalt the mention of His slave and Messenger Muhammad, and render him, his household and companion safe from Evil.

References:


- Bemat, Mufti Ahmed E. (1985) Parents’ Rights Over Children. (Self published) Gujarat , India .
- Rahbar, Faramarz. (1994) Raising Children according to the Quran and sunnah. Abul Qasim Pub. House, Jeddah.
- Hamid, AbdulWahid. (1989) Islam the Natural Way . MELS. London .
- Ruqaiyyah Waris Maqsood. (1994) For Heaven’s Sake. Ta-Ha Publishers Ltd, London .
- Philips, Abu Ameenah Bilal, ‘Salvation through Repentance’
- --- , ---, ‘General Issues of Faith’
- ---, ---, ‘Qadar’, Module 4, www.Islamiconlineun iversity. com/moodle
- www.islam-qa. com
- Saheeh Bukhaari and Saheeh Muslim ahadeeth taken from, http://www.usc. edu/dept/ MSA/fundamentals /hadithsunnah/
- The Noble Qur’aan, translated by Dr. Muhsin Khan, www.thenoblequran. com
- Bukhaari, Imaam, ‘Regarding Good Conduct towards ones Parents’, http://www.islaam. net/main/ display.php? id=178&category=20


[1] (Agreed Upon); Saheeh Bukhaari, Volume 7, Book 62, Number 116; Saheeh Muslim, Book 20, Number 4496
[2] http://encarta. msn.com/dictiona ry_1861701073/ responsibility. html
[3] The Noble Qur’aan, Soorah Al-Isra 17:23 24
[4] http://encarta. msn.com/dictiona ry_1861596701/ child.html
[5] The Noble Qur’aan, Soorah Al-Isra 17:23 24
[6] The Noble Qur’aan, Soorah Al-Isra 17:23 24
[7] Sunan Ibn Maajah, Number 2781; Classed as Saheeh (authentic) by Sheikh al-Albaanee in Saheeh Sunan Ibn Maajah; as quoted in http://www.islam- qa.com/index. php?ref=34176&ln=eng
[8] 'Saheeh al-Adab al-Mufrad' of Imaam Bukhaaree (check by Sheikh al-Albaanee) , (2/2); Classed Hasan as mawqoof, saheeh as marfoo', as-Saheehah 515; as quoted in ‘Regarding Good Conduct towards ones Parents’
[9] Saheeh Bukhari, Volume 8, Book 73, Number 55; Last part is also in Saheeh Muslim, Book 032, Number 6360
[10] Saheeh Bukhaari, Volume 8, Book 73, Number 137
[11] Saheeh Bukhaari, Volume 8, Book 73, Number 135
[12] Sunan Ibn Maajah; authenticated by Sheikh al-Albaanee in Saheeh Sunan Ibn Maajah, Vol. 2, No. 3428; as quoted in ‘Salvation through Repentance’
[13] The Noble Qur’aan, Soorah Aali Imran 3:104
[14] Ahmad and Sunan Ibn Maajah, vol. 5, pp. 329-330, no. 4017; authenticated by Sheikh al-Albaanee in Silsilah al-Ahaadeeth as-Saheehah, vol. 2, p. 236-7, no. 929; as quoted in, ‘General Issues of Faith’, p. 4
[15] Saheeh Bukhaari, Volume 8, Book 73, Number 4
[16] The Noble Qur’aan, Soorah Al-Isra 17:23 24
[17] The Noble Qur’aan, Soorah Al-Isra 17:23 24
[18] 'Saheeh al-Adab al-Mufrad' of Imaam Bukhaaree (check by Sheikh al-Albaanee) , (12/15); Classed Saheeh by Sheikh al-Albaanee in at-Ta'leeq ar-Ragheeb (3/215); as quoted in ‘Regarding Good Conduct towards ones Parents’
[19] Saheeh Muslim, Book 13, Number 4005
[20] (Agreed Upon); Saheeh Bukhaari, Volume 2, Book 23, Number 470; Saheeh Muslim, Book 13, Number 4002
[21] (Agreed Upon); Saheeh Bukhaari, Volume 3, Book 31, Number 173; Saheeh Muslim, Book 6, Number 2553
[22] The Noble Qur’aan, Soorah Al-Ahqaf 46:15
[23] The Noble Qur’aan, Soorah Al-Ahqaf 46:16
[24] The Noble Qur’aan, Soorah An-Naml 27:19

[25] [(Agreed Upon); Saheeh Bukhaari, Volume 8, Book 73, Number 15; Saheeh Muslim, Book 032, Number 6203] Ibn Taymiyyah explained that “there are two types of provisions and life terms: The unchanged record written in Ummul-Kitaab and another, subject to increase and decrease, made known to the angels by Allaah… In the angels’ books, the life terms increase or decrease, and similarly in the case of provisions as a result of particular deeds. Thus, Allaah instructs the angel to write the provisions and life term of one of His creatures such that if the person joins family ties, Allaah commands the angel to increase his sustenance and life term by specified increments. The angel does not know the actual outcome of the extension in the life term, or the total amount of increase in provisions. Only Allaah knows the outcome.” (Al-Fataawaa, vol. 8, p. 517 and 540)

Ibn Hajar al-‘Asqalaanee explained the changes in the record as follows: “For example, the angel is instructed that the age of a person is one hundred years if he joins family ties and sixty years if he severs them. In the foreknowledge of Allaah, it is already known whether he will join or sever the family ties. Whatever is in Allaah’s knowledge is not subject to extension or delay. It is what is in the angels’ knowledge which may increase or decrease. This is what is referred to in Allaah’s statement: “Allaah erases what He wills and confirms what He wills. For the Mother of the Book is with Him.” (Soorah ar-Ra‘d, 13: 39) The erasure and confirmation is relative to the knowledge of the angels. What is recorded in Ummul-Kitaab is relative to Allaah’s eternal knowledge which is unchangeable.” (Fat’hul-Baaree, vol. 10, p. 430) [Fate in Islam, pp. 50-52 and Divine Will and Predestination, pp. 85-6; as quoted in ‘Qadar’, Module 4, p. 7]


Salaam Walekum
Adil Khan
LoveIslam_LiveIslam

Read more »

Wednesday, July 27, 2011

Salah Guna


Jangan ingat cuma kuasa dan pangkat je boleh disalah guna. Banyak benda yang boleh disalah guna oleh kita dalam hidup seharian. Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri tapi mungkin tak tepat atau takde makna pada oang lain.

Anak-anak – ibu bapa menyalahgunakan kuantiti anak yang ramai ketika membeli-belah. Waktu tu stok gula tengah susah nak dapat dan setiap pelanggan cuma boleh membeli 1 kg gula sahaja. Kejadian ni berlaku pada rakan saya satu ketika dahulu. Beliau mengerahkan anak-anaknya yang seramai 5 orang untuk membeli gula setiap sorang. Hal tu memang tak dapat dielakkan kerana beliau bisnes bahulu dan ketika tu krisis gula sedang melanda.

Lane kanan – ni kat tengah jalan raya atau lebuh raya. Pernah tak masa ngah drive korang temui kereta yang dipandu dengan ‘cool’ sekali di lane tengah atau kanan? Seolah-olah di dalamnya ada sepasang merpati dua sejoili sedang asyik becinta. Come on lah. Nak bawak slow dudukla belah kiri. Saya tak tau apa yang ada di dalam fikiran diorang. Tak perasan ke kereta dah berbaris panjang kat belakang anda? Atau tak perasan ke kereta lain memotong anda dari arah kiri?

Konduktor bas – memana syarikat bas yang masih gunakan konduktor la. Diorang sumbat penumpang reramai macam sardin, kemudian buat-buat bergesel-geselan dan bersenggol-senggola n ngan penmpang pompuan masa nak kutip tambang. Benda ni biasa saya tengok masa masih budak sekolah dulu. Memang betol-betol salah gunakan pangkat dan kedudukan sebagai konduktor. Tapi bukan semua, ada juga konduktor yang kudus. Apa nak buat, masing-masing nak balik so, diam je la. Kesian..

Kawasan terpencil – bukan semua kawasan kat taman kita atau opis kita berpenghuni dan mempunyai pengunjung. Kalau kat tandas ada setan bertanduk, kat tempat ni pula ada setan kepala itam. Untuk yang buat maksiat, tak perlu komen panjang-panjang. Tengok je dalam YouTube atau klip kat dalam handset kawan korang. Kena ingat, selain mata-mata skodeng, ada lagi yang memerhati dan mencatit markah anda. Tempat begini juga sesuai untuk menagih dadah dan buat port berjudi.

Rupa paras yang kacak dan bahasa yang manis – saya tujukan untuk orang laki je. Dah ade sorang makwe / tunang / isteri dah la. Bagi la peluang kat orang lain untuk berpasang-pasangan. Ingat kau sorang je yang nak kawin? Camne kalau makwe / tunang / isteri korang sendiri dikebas orang? Marah ni, sebab dah pernah kena kat hidung sendiri. Kan bagus kalau rupa paras yang kacak dan bahasa yang manis tu digunakan untuk berdakwah ke, jadi negotiator untuk memebaskan tebusan / mangsa culik ke atau jadi artis nasyid. Takde la aku marah sangat.

Internet – download lagu, filem, telenovela dan bahan-bahan intelektual lain secara haram er.. secara senyap-senyap. Tipu la kalau korang tak pernah buat. Sebab tu jualan album artis kita tak mencatatkan jualan yang memberangsangkan. Ape nak buat, Pak Lah sendiri suruh kita ubah gaya hidup. Compare harga sebelum beli sesuatu barangan. Sebab tu kita download secara senyap-senyap kat internet sebab ia free. Kalau beli kena bayar pulak. Harga album diorang dah la lebih kurang sama ngan 15 liter petrol. Tapi walau pun album tak laku, ramai gak yang terhegeh-hegeh jadi artis kan ? Cuba tengok dalam rancangan realiti tu sampai ada yang sanggup buat keje bodoh dan kena marah semata-mata nak memperbaiki persembahan pentas.

Makanan – mentang-mentang la kat Malaysia ni kebanyakan korang mudah dapat makanan, korang pun asik maaaaaakan aje. Nabi kata makan jangan sampai kenyang tapi korang makan sampai kenyang lebih dari biasa. Kan dah naik berat badan. Nasib baik ada geng-geng Pakbelang bagi petua nak turunkan berat badan hari tu. Boleh la amalkan.

Mata – ni pun untuk orang laki gak. Kita guna mata untuk melihat dan buat keje-keje bermanfaat tapi korang ushar orang pompuan buat apa? Nak menghayati keindahan ciptaan Tuhan kata mereka. Er.. kalau sekali-sekala takpe kot.

Ilmu – ia dianugerahkan kepada kita untuk memudahkan hidup, untuk meninggikan darjat diantara makhluk-makhluk lain dan menjadi khalifah kat dunia ni. Tapi apa korang buat ngan ilmu yang lebih sedikit dari orang lain tu? Songlap duit, menipu atau rogol anak bini orang? Ingat, amalkan dan gunakanlah ilmu tu sebaik-baiknya sebab nanti bila ditanya camner ilmu kita tu diguna, tak terjawab pula kita nanti. Ilmu tu juga bukan untuk dibanggakan. Alah, apa yang kita ada tu cuma setitis je dari selaut ilmu Allah. Jangan nak riak la, kata saya kepada diri saya sendiri.

Yang benar,
Pak Mod of Pakbelang Groups

Read more »

Saturday, July 23, 2011

Sentiasa Mencari Kesempurnaan..

Sememangnya sifat kita sebagai hamba ALLAH & seorang manusia adalah tidak sempurna sama sekali. Ketidaksempurnaan itu merangkumi seluruh aspek diri kita.

Akal fikiran, iman, jasad mahupun rohani semuanya tidak sempurna sifatnya. Maka dengan itulah kita diciptakan & dihidupkan untuk mencari kesempurnaan.

Sebaik-baik makhluk ALLAH adalah manusia & merupakan khalifah diatas muka bumi ini. Namun kita masih tidak sempurna. Kita mempunyai banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki & perbetulkan didalam masa yang singkat yang telah ditentukan oleh ALLAH.

Sebagai manusia kita akan terus melakukan kesilapan walaupun ianya sebesar zarah. Kenyataan yang akan terus kita pegang adalah manusia tidak akan pernah sempurna kerana yang sempurna adalah ALLAH sahaja.

Berkecuali pula pada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah merupakan manusia yang sempurna akhlak & keperibadiannya. Baginda dilindungi oleh sifat Maksum iaitu dilindungi oleh ALLAH dari melakukan kesilapan & dosa.

Oleh kerana kita akur & menerima bahawa sebagai manusia kita tidak akan pernah sempurna adakah bermakna kita tidak boleh terus mencari kesempurnaan???.

Tidak..kita boleh & harus terus mencari kesempurnaan. Kesempurnaan yang dimaksudkan ini adalah kesempurnaan kita dalam mencari Keredhaan & Keampunan ALLAH.

Kunci kepada kejayaan utk mencapai tahap kesempurnaan iman ini adalah cukup mudah difahami tetapi bukannya mudah untuk dilakukan kerana kita sering & akan terus disesatkan oleh musuh kita yang nyata iaitu syaitan & nafsu kita sendiri.

Kunci yang abg maksudkan itu adalah “Amal Maaruf Nahi Mungkar”. Lakukan apa yang disuruh oleh ALLAH & tinggalkan apa sahaja yang dilarang dengan bersungguh-sungguh & istiqamah.

Rujukan pada kunci kesempurnaan iman pula adalah tidak lain & tidak bukan iaitu Al-Quran & Al-Hadith. Jadilah rujukan ini teman paling akrab didalam hidup kita.

Apa sahaja permasalahan & apa jua kekusutan pasti dapat diselesaikan dengan merujuk kepadanya.

Sebagai kesimpulannya, janganlah kamu berhenti mencari kesempurnaan iman walaupun kita tahu ianya amat sukar untuk dicapai.

Sekian, Wassalam…

Read more »

Sunday, July 10, 2011

Apa itu IFC (Inter Faith Commission)


ISU AGAMA: ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3.Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.


Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

(http://www.jais.gov.my/isuagam​a/ifc.php)

Read more »

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC



TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

By: Abdul Shukur Mohamad

Read more »

Saturday, July 09, 2011

Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011 |


Macam domino pula, bila satu barang naik, semua barang turut naik sama.Dan kali ini, diberitakan bahawa tambang pengangkutan awam juga akan dinaikkan mulai 1 Ogos 2011.

Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.Adakah anda sudah bersedia dengan kenaikan ini? Kami ada rasa tidak puas hati sebab kenaikan tambang pengangkutan awam ini.

Dulu masa harga minyak naik mendadak, kadar tambang pengangkutan awam ini juga dinaikkan.Tapi, bila harga minyak turun, adakah kadar tambang pengangkutan awam ini diturunkan? Tidak sama sekali! Dan kali ini, atas rasional apakah kadar kenaikan tambang ini perlu dinaikkan? Rata-rata perkhidmatan teksi sudahpun menggunakan NGV yang hampir 5 kali lebih murah dari harga petrol RON 95.

Apabila bercerita mengenai perkhidmatan awam,kami suka untuk bercerita tentang janji kerajaan terhadap sistem pengangkutan awam di Malaysia secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh sistem pengangkutan awam di Malaysia. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama.

Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu sistem pengangkutan awam di Malaysiay. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi. Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta.

Sekarang ni, dengan segala macam pelarasan harga seperti harga gula, tarif elektrik dan sebagainya, tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi sama.Tiada apa yang boleh dibanggakan.Perlu lagikah tempoh dalam 5 tahun lagi atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah barulah kerajaan Malaysia dapat menunaikan janjinya untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Malaysia? Kita tengok sahajalah.

Apa pendapat anda mengenai isu kenaikan tambang pengangkutan awam ini?

Read more »

Siapakah Judas sebenarnya??? Judas - Album terbaru Lady Gaga

image

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Hal ini kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.

Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi.

Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir. Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis.

Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa Ibrani).

Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.

Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.

Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku". Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.

Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)

"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.

Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An Nisaa' : 157)

Ha, Tahukan anda bukan sekadar lagu judas jer syirik. Tapi juga lagu alejandro. Lirik lagu alejandro menganggap tuhan aka Allah sebagai penghalang untuk dia bercinta. MasyaAllah. Ingat la kawan-kawan tiada Allah tiada segala percintaan ok. Lady gaga adalah Dajal sebenar yang kita tunggu. Sanggupkan anda membiarkan anak-anak & kaum keluarga hanyut dengan lirik-lirik lagu yang banyak menghina Islam & Allah?? Budak-budak sekarang pandai nyanyi jerk. Tapi maksud lirik mereka tidak paham sama sekali. Pandai yahudi serang kita guna lagu-lagu pulak..
Antara lagu lagu yang syirik : -
Judas - Lady gaga
Born this way - Lady gaga
Alenjandro - Lady gaga
London brige - Fergie ( Mengisahkan pelacur-pelacur di london )

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Friday, July 08, 2011

Tahukah Cara Meraih Ketenangan Jiwa?


Tahukah cara meraih ketenangan jiwa?
Jawabnya adalah...
Jika kita sedang tertawa
Bertanyalah pada tangis
Seberapa sesak dadanya karena ia selalu membuat manusia luka
Dan bersyukurlah jika saat ini kita tak menangis.

Jika kita sedang menangis
Bertanyalah pada tawa
Seberapa bahagia jiwa yang dirasakan tawa saat ia bersama manusia yang berbahagia
Dan hentikanlah tangis itu saat ini juga.

Jika kita sedang merasa dekat dengan sang Khalik
Bertanyalah pada rasa malas
Seberapa pedih dirinya menyaksikan seseorang yang lalai dan melupakan pencipta-Nya
Dan panjangkanlah sajadah pada malam-malam sunyi itu,
sebagai tanda syukurmu.

Jika kita sedang merasa jauh dengan sang Khalik
Bertanyalah pada iman yang terjaga
Seberapa tentram jiwa yang dirasakannya karena semua kesulitan hidup tak lagi menjadi beban yang menyesakkan
Dan berjuanglah untuk meraih kedamain jiwa dengan sekuat jiwa dan raga.

Jika kita sedang merasa dicintai saudara
Bertanyalah kepada kebencian
Seberapa pedihnya jiwa yang diliputi dendam
Dan syukurilah kelapangan jiwa kita dengan meninggikan kecintaan pada saudara dan sahabat.

Jika kita sedang merasa disakiti
Bertanyalah pada jalinan ukhuwah yang indah
Seberapa bahagianya dicintai dan diingatkan dan mengingatkan akan cinta yang tak pernah lekang sampai akhir zaman...
Dan jangan pernah terpikir untuk menyakiti hati saudara kita sedikitpun

Ya...
Jika kita sedang merasakan segala bentuk apa pun yang bernama perasaan dalam jiwa
Bertanyalah pada antonim dari rasa itu...
Sehingga kita bisa merasakan segala kesyukuran bahwa kita masih diberi rasa sedih, bahagia, kedekatan dengan Khaliq, dicintai saudara, bahkan disakiti... dan rasa - rasa yang lain...
Niscaya jiwa kita tak akan merasa kesempitan..
Karena bagaimanapun, rasa apa pun yang Allah taruh dalam gelas bening jiwa kita, adalah jamuan Allah untuk kita saat kita bertamu ke dunia yang tak pernah lepas dari masalah hidup...



*diambil dari puisi Anneke Putri dalam buku "Tuhan, Kuatkan Imanku"*

Read more »

KEUTAMAAN SYAABAN:


KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Read more »


JOHOR BAHRU: “Demi agama, saya rela dimadu,” kata Muzlifah Mohd Adam, 34, madu kepada Nor Hanisah Warah Abdullah, 34, wanita Thailand yang menghadapi dilema berikutan urusan pendaftaran pernikahannya dengan ahli perniagaan di sini, belum diselesaikan Jabatan Agama Johor (JAJ).

Menurutnya, dia mengenali Nor Hanisah Warah atau nama asalnya, Waraporn Intasin, sejak kira-kira dua tahun lalu atas urusan perniagaan, kerana madunya itu mempunyai syarikat membekalkan mainan dari Thailand.

Katanya, perkenalan menerusi urusan perniagaan bertukar kepada persahabatan dan daripada hanya berurusan menerusi e-mel, mereka bersembang di telefon.

“Kami menjemput Nor Hanisah Warah datang ke Johor Bahru dan pelawaan itu diterimanya sebelum tiba di sini Februari lalu. Mungkin selepas melihat cara kehidupan kami sebagai Muslim, Waraporn Intasin terbuka hati memeluk Islam.

“Mungkin juga jodoh dia dengan suami saya, saya tidak mempunyai masalah bermadu dengannya. Saya mengambil keputusan itu kerana sedar berpeluang membantu menarik saudara baru.

“Selain itu dengan pengalamannya menguruskan perniagaan mengeksport mainan, kami (saya dan suami) berpendapat dia dapat membantu menguruskan salah satu perniagaan kami selain menemani saya yang kesunyian berikutan suami sibuk menguruskan perniagaan,” kata ibu kepada enam anak itu.

Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan di mana suami bernikah di Satun, Thailand pada 13 Mac lalu, dia sanggup ke negara berkenaan bagi menemani madu dan suaminya itu.

Katanya, selepas sah bergelar suami isteri mereka kemudiannya tinggal bersama di Kampung Cahaya Baru, Masai, di sini, di mana Nor Hanisah Warah menguruskan ladang ternakan milik suaminya, manakala dia kekal menguruskan perniagaan kedai runcit.

Akhbar ini Sabtu lalu melaporkan, rayuan dan dilema seorang saudara baru memikirkan nasib kandungan sekiranya urusan pendaftaran pernikahannya masih belum dapat diselesaikan, sedangkan dia kini sudah mengandung empat bulan.

Nur Hanisah Warah Abdullah, 34, merayu urusan pendaftaran pernikahannya diselesaikan segera selepas pernikahannya itu disahkan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, 6 Mei lalu.

Nur Hanisah Warah dipetik berkata, disebabkan tertarik dengan agama Islam dan ingin menjalani kehidupannya sebagai Muslim, dia sanggup meninggalkan sementara anak perempuannya berusia lapan tahun di rumah orang tuanya di Chiang Rai, Thailand berhijrah ke Malaysia.

Selain itu, katanya, dia menyerahkan perniagaan mengeksport permainan kanak-kanak kepada rakannya yang diusahakan bersama sejak kira-kira enam tahun lalu, selepas tertarik dengan ajaran Islam dan ingin menjadi seorang Muslim.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan beberapa masalah pernikahan mereka masih belum boleh didaftarkan di sini, dia menghadapi pelbagai masalah seperti ketiadaan visa hingga menyebabkannya terpaksa pulang ke Chiang Rai, Thailand, kira-kira tiga minggu sekali membabitkan belanja hampir RM3,000 setiap kali pulang, selain bimbangkan masa depan kandungannya yang berusia empat bulan.

Read more »

Saturday, July 02, 2011

Sahutlah Rejab, Syaaban dan Ramadan

image

Ketika kaki melangkah ke Masjid untuk solat subuh, hati ini berbicara betapa indahnya pagi itu. Ianya tenang, damai sekali. Ianya berbeza dari bulan-bulan sebelumnya. Itulah agaknya kemuliaan Rejab dan bulan-bulan yang bakal hadir menyapa kita.

Bulan Rejab adalah bulan istimewa. Bulan ini juga disebut oleh AL-Qur’an. Ianya adalah bulan untuk kita mengiatkan membajak, melatih nafsu dan berkorban bagi persediaan kita menghadapi bulan agung Ramadan dan Zulhijjah. Pertengahan dua bulan Rejab/Ramadan adalah bulan Syaaban, dimana Rasululah s.a.w mengusahakan untuk berpuasa dan bersedekah.

Bagi bakal jamaah haji pula, buku Rindu Baitullah berkongsi bahawa ‘action’ perlu segera digarap pada bulan Rajab ini untuk membersih hati dan niat menuju Haji mabrur. Peningkatan perlu dibuat bulan-bulan berikutnya hingga kemuncak Haji. ALLAH telah susun bulan-bulan ini khusus buat anda bakal TetamuNYA. Ianya tanda kasih Pencipta kepada hambaNYA.

ALLAh menekankan dalam Al-Qur’an

“Setiap orang ada urusan dimana ia menghadap kepadaNYA. Justeru, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.” (Al-Baqarah: 148)

ALLAH memberi kita ruang untuk meningkatkan diri. DIA mahu kita menjadi hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. DIA mahu kita melakukan kebaikan bukan hanya untukNYA, tetapi juga kebaikan kepada hamba-hambaNYA, alam dan segala sepsis ciptaanNYA.

Enam bulan tahun Hijrah 1432 telah kita lalui. Bagai batu dihempas ombak, kita masih mengeras hati dan amalan. Jauh sekali mencairkan airmata takutkan azab Tuhan. Maka ALLAH memberi kita bulan-bulan maghfirah untuk kita koreksi diri.

Pencinta maksiat masih berdegil dengan tabiat buruk. Pemimpin pula membatu dengan pandangan yang tidak menguntungkan ummah atau masyarakat, rasuah menjadi KPI yang mesti dilakukan (nota: Raya pun dah dekat…), Ketua pejabat pula mengeraskan ego dan menganiaya pegawai bawahan dan anak-anak muda pula tidak boleh ditegur lagi sombong. Perkara ini akan berterusan zaman ke zaman kerana ianya membabitkan akal dan jiwa. Bila akal tidak dimanfaat dan hati atau jiwa tidak dibersihkan maka bagaimana hidayah Tuhan menyapa diri?

Maka sapalah kehadiran Rejab, sapalah Syaaban dan sapalah Ramadan kerana itulah khazanah pesanan Rasululah s.a.w.

Bila kita tidak menyapa kehadiran bulan-bulan hebat ini, apakah mungkin mereka akan menyapa kita di saat pertemuan kita dengan AL-Malik nanti?

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Renungan Buat Hati

"Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.(Yaitu) di hari harta dan anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih" (Asy Syuara: 87-89)

Amalan yang dilaknat Allah SWT dan para malaikat

Imam Abdullah bin al-Mubarak R.A. telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki iaitu

Khalid bin Maadan yang pernah berkata kepada Muaz: “Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadith yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w..

Lalu Muaz menagis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu ceritakan kepada kamu sebuah hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manafaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujahmu di hadapan Allah pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakanya kerana ia mengkehendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripad itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu ( melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yan ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ‘ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ‘ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ‘ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang pertama:

“ Berhenti kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanya di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad , ia sangat hasud kepada orang berlajar ilmu dan beramal seperti amalanya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“ Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini tidak melintasi aku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintulangit tersebut:

“ Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir ( seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia bukan beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah ber firman kepada para malaikat –Nya:

“ Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak mengkehendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya mengkehendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para malaikat tadi berkata: “Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.”

Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

“Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera”.

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan”.

Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca al-Quran (golongan ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka .

Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat . Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu , maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia,

maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti.

Allah berfirman yang bermaksud: “ Demi yang mencarik dan carikkan .” (al-Nazi’at: 2)

Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu? Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?” Lalu Nabi s.a.w. menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah siapakah yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”

Nabi s.a.w. menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca al-Quranul Karim

lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadith yang besar ini.”

~dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah-Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

WHAT TO DO WHEN INSECT GOES INTO EAR

Very useful tips.

A Family wrote about the incident of their child.

Early this morning at about 4am, my eldest daughter was complaining and cry-saying that she felt pain in her ear.

I tried to calm her down and persuaded her to let me have a look at it but she refused and showed us her stubbornness and tormented her anger at us.

I can see why, as I saw pain in her little eyes. It was a scary incident for us as we're worried and got no clue of what is the cause of it and what to do. So I decided to call my sister-in-law whom is a doctor for advice.

She told me to pour baby oil into my daughter's ear. After a while of persuasion, I finally manage to calm her down and pour baby oil into her ear. She then manage to go back to her sleep.

Next morning, she woke up without complain and went to her usual Sunday Class. I thought everything was ok. But,when she came back from school, she complained to me that she found difficulty in hearing clearly.

I quickly took her to ENT Specialist. In my heart was asking questions on whether is it due to the oil that I poured last night and hence, it affected her drum? The thought of it scares me.

When it's our turn to see the doctor, I explained to the doctor on last night incident. The doctor then inserted a small wire, which is also known to be a tiny camera into my daughter's ear.

I was amazed when he showed me on the TV screen, the leg of an insect and told me that was the cause of the pain and hearing problem. He then inserted another kind of wire to suck the insect out. He told me that luckily  I poured baby oil into my daughter's ear quick enough, otherwise the "alive insect" could go deeper and it can damage her ear.

He told us what we did was a right thing to do as baby oils or cooking oils will kill the insect. However, after doing so, we must quickly visit the nearest doctor, to take it out.

Do not wait any longer. I was relieved and thankful that nothing happens to my daughter, even though we took our time to see the doctor, after putting the baby oil in her ear.

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

KASIH KELUARGA MEMBAWA KE SYURGA - Khutbah Jumaat ( 12 Mei 2006M / 14 Rabi’ulakhir 1427H )

 

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ فِى كِتَابِهِ الْعَزِيْزِ: وَوَصَّيْنَا الإِْنْسَانَ بِوَالِِدَيْهِ إِحْسَانًا. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَحْدَهُ َلاشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّاىَ بِتَقْوَى الله،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Marilah kita gunakan kesempatan pada hari ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah s.w.t. kepada setiap Muslim. sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Disamping itu, kita hendaklah tahu menghargai budi dan jasa yang dicurahkan mereka siang dan malam demi melihat anak-anak dalam keadaan baik dan berjaya dalam hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Di dalam Al-Quran s.w.t. dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa. Dimana Allah s.w.t. menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al- Isra’ ayat : 23

Yang bermaksud : ” dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau keduan-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tatapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia ( yang bersopan santun )”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. segala kesusahan sewaktu hamil dan penderitaan serta kesakitan yang dialami disaat melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar digambarkan, tatapi dengan tiba-tiba boleh bertukar dengan kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama anaknya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini.

Maka apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu dihayati dan dikenang tatkala menyambut hari ibu ? sudah tentu tidak, kerana sikap seumpama ini tidak mengambarkan kasih sayang sepanjang hayat, ia hanya sebagai budaya sekali setahun. Walau bagaimanapun hari ibu yang disambut pada 10 MEI setiap tahun tidaklah bermakna ia harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk mengenang jasa dan pengorbanan ibu yang telah menyusu, mengasuh dan memelihara kita dengan penuh kasih sayang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahqaf ayat 15 :

Yang bermaksud : ” dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya”.

Justeru itu, hari ibu yang kita sambut sawajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan dinilai sejauhmana kita mensyukuri serta menghargai pengorbanan ibu kita dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu. Dengan demikian akan menambah dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang, melahirkan rasa hormat yang sedalam-dalamnya serta berterima kasih.

Hadirin sidang Jumaat yang berbahagia,

Menghormati ibu, bererti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu mestilah dipatuhi dan sama sekali tidak boleh dikhianati. Bagi sesiapa yang tidak menghormati ibunya ataupun mengkhianati (mengingkari) tunjuk tunjuk ajar yang baik, maka dia (anak tersebut) dianggap telah mendurhaka. Dan bagi mereka yang durhaka kepada ibunya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup sewaktu di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, mendurhaka kedua ibu bapa bererti telah mendurhaka kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. :

” عَنْ عَبْدِ الله بن عَمْرُو بن العاص رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: رِضَا الله في رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسَخْطُ اللهِ في سَخْطِ الْوَالِدَيْنِ.
(رواه الترمذي)

Yang bermaksud : ” Dari Abdullah ban Amru r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w. : Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa ” .

Marilah kita mengambil kesempatan bersempena Sambutan Hari Keluarga Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang akan disambut pada 15 MEI ini untuk sama-sama merenung dan melakukan muhasabah diri. Apakah yang telah kita lakukan untuk keluarga kita, khususnya mendidik dan mengajar anak-anak agar mereka sentiasa tunduk dan patuh terhadap ajaran Islam sepanjang masa.

Kita sering dikhabarkan dan digemparkan dengan pelbagai masalah sosial terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Gejala yang membimbangkan ini dikaitkan dengan kerapuhan dan kelemahan institusi keluarga. Maka keadaan ini perlu diubah dan diatasi segera demi kebaikan sesebuah keluarga dan seterusnya memberi sumbangan kepada negara.

Hadirin sidang Jumaat yang dimuliakan,

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi sebuah institusi yang aman dan bahagia bagi seluruh ahli keluarga. Maka ibu bapa adalah orang pertama yang diharapkan dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak terutama dalam menyelesaikan masalah anak-anak. Dalam hal ini, Al-Quran dengan jelas memberi panduan kepada ibu bapa, bagaimana memberi perhatian dan didikan yang sempurna kepada anak-anak seperti yang digambarkan dalam surah Lukman ayat :13 dimana Allah s.w.t. memuji dan menceritakan didikan yang diberikan oleh Lukman kepada anaknya dengan firman-Nya yang berbunyi :

Yang bermaksud : ” dan ( ingatlah ! ) tatkala Lukman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku janganlah engkau mempersekutukan Allah ( dengan sesuatu yang lain ) sesungguhnya perbuatan syarik itu adalah satu kezaliman yang besar ! ” .

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Oleh itu, bersempena dengan sambutan hari ibu dan hari keluarga pada kali ini marilah kita sama-sama menghayati dengan mengisi sambutan hari tersebut mengikut kehendak Islam .

Usaha meraikan sambutan seumpama ini perlu diselarikan dengan kehendak syara’ agar ianya memberi kesan yang baik kepada diri dan keluarga terutama sebagai satu usaha mendidik dan memperkasakan lagi sesebuah keluarga menjadi keluarga yang harmoni dan bahagia serta diredhai s.w.t. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada beberapa perkara diantaranya :

Pertama : Memberi Keutamaan Kepada Asas Pembinaan Keluaga.

Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa asas akidah yang kukuh dan keimanan yang mantap terhadap Allah s.w.t. Maka atas sebab inilah Agama Islam melarang keras umatnya samada lelaki mahupun wanita berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam .

Kedua : Memahami Setiap Tanggungjawab dan Amanah.

Setiap ibu bapa hendaklah faham dan mengetahui tanggungjawab dan peranan masing-masing terutama dalam memberi perhatian dan didikan untuk anak-anak dengan betul menurut kehendak ajaran Islam .

Ketiga : Mengakui dan Bersedia Menerima Kejadian Diri.

Setiap pasangan hendaklah akur dengan perintah Allah s.w.t. yang telah menetapkan bahawa suami ( kaum lelaki ) adalah sebagai ketua bagi sesebuah keluarga. Oleh itu, suami hendaklah menerima amanah ini dengan penuh tanggungjawab, sementara isteri hendaklah taat dan menghormati suami.

Keempat : Ibu bapa menjadi Contoh Terbaik.

Hendaklah sentiasa mendidik dan menanam didalam diri anak-anak sifat taat dan patuh kepada kedua ibu bapa serta sentiasa memberi tunjuk ajar dan contoh teladan yang baik kepada anak-anak .

Kelima : Memupuk Kasih Sayang Yang Berpanjangan.

Hendaklah sentiasa menjaga dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan anggota keluarga dengan memastikan suasana sentiasa ceria, mesra, saling hormat menghormati dan selamat.

Maksudnya : ” dan juga mereka ( yang diredhai Allah itu ialah orang-orang ) yang berdoa dengan berkata : ” wahai tuhan kami ! berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa “.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ. أَقُوْلُ قَوْلِىْ هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

AKU, LIM DAN ISLAM

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan
juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk
menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama
denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku didunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Kiriman: miebcb@e-kampung

Read more »

Sunday, June 26, 2011

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis Manusia!

image

Makanan tiruan kini kerap menjadi isu, khabarnya dunia mengalami krisis makanan global. Dan ada pihak yang bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan mencari inisiatif untuk mencipta makanan tiruan seperti telur ayam tiruan, daging lembu tiruan dan yang terbaru Jepun telah muncul dengan inovasi baru iaitu menghasilkan daging burger dari bahan buangan manusia!

Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak.

Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.

63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20 kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.

Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. Dan video berikut adalah tentang kajian Profesor ini sendiri.

Bila manusia dah terlebih cerdik???!!!!

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »