Saturday, July 23, 2011

Sentiasa Mencari Kesempurnaan..

Sememangnya sifat kita sebagai hamba ALLAH & seorang manusia adalah tidak sempurna sama sekali. Ketidaksempurnaan itu merangkumi seluruh aspek diri kita.

Akal fikiran, iman, jasad mahupun rohani semuanya tidak sempurna sifatnya. Maka dengan itulah kita diciptakan & dihidupkan untuk mencari kesempurnaan.

Sebaik-baik makhluk ALLAH adalah manusia & merupakan khalifah diatas muka bumi ini. Namun kita masih tidak sempurna. Kita mempunyai banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki & perbetulkan didalam masa yang singkat yang telah ditentukan oleh ALLAH.

Sebagai manusia kita akan terus melakukan kesilapan walaupun ianya sebesar zarah. Kenyataan yang akan terus kita pegang adalah manusia tidak akan pernah sempurna kerana yang sempurna adalah ALLAH sahaja.

Berkecuali pula pada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah merupakan manusia yang sempurna akhlak & keperibadiannya. Baginda dilindungi oleh sifat Maksum iaitu dilindungi oleh ALLAH dari melakukan kesilapan & dosa.

Oleh kerana kita akur & menerima bahawa sebagai manusia kita tidak akan pernah sempurna adakah bermakna kita tidak boleh terus mencari kesempurnaan???.

Tidak..kita boleh & harus terus mencari kesempurnaan. Kesempurnaan yang dimaksudkan ini adalah kesempurnaan kita dalam mencari Keredhaan & Keampunan ALLAH.

Kunci kepada kejayaan utk mencapai tahap kesempurnaan iman ini adalah cukup mudah difahami tetapi bukannya mudah untuk dilakukan kerana kita sering & akan terus disesatkan oleh musuh kita yang nyata iaitu syaitan & nafsu kita sendiri.

Kunci yang abg maksudkan itu adalah “Amal Maaruf Nahi Mungkar”. Lakukan apa yang disuruh oleh ALLAH & tinggalkan apa sahaja yang dilarang dengan bersungguh-sungguh & istiqamah.

Rujukan pada kunci kesempurnaan iman pula adalah tidak lain & tidak bukan iaitu Al-Quran & Al-Hadith. Jadilah rujukan ini teman paling akrab didalam hidup kita.

Apa sahaja permasalahan & apa jua kekusutan pasti dapat diselesaikan dengan merujuk kepadanya.

Sebagai kesimpulannya, janganlah kamu berhenti mencari kesempurnaan iman walaupun kita tahu ianya amat sukar untuk dicapai.

Sekian, Wassalam…

0 comments:

Post a Comment