Sunday, May 30, 2010

Dampingilah Puterimu Duhai Ayah!

Sebagai panduan & pedoman..menarik utk dibaca..
-----------------------------------

Salam,
Artikel di bawah ditulis sebagai tribut untuk arwah ayahanda ana yang sangat dirindui yang telah mendidik kami dengan penuh cinta dan cemburu. Dikongsikan artikel yang ditulis untuk booklet MARS yang tidak disiarkan. Ana hantar 2 artikel dan hanya satu yang tersiar. Mudah2an bermanfaat untuk semua. Boleh sebarkan ke mailing list lain.
Azlina
=-=-=-=-=-=- =-=-=-=-= -=-=-=-=- =-=-=-=-= -=-=-=-=- =-=-=-=-= -=-=-=-=- =-=-=-=-= -=-=-=-=- =-=-=-=-= -=-=-=-=- =-=

Dampingilah Puterimu Duhai Ayah!
Cerita 1
Zaza (bukan nama sebenar) berumur akhir 20an, baru empat tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua orang cahayamata. Beliau merupakan anak bongsu di mana bapanya sudah meninggal dunia sewaktu ibunya mengandungkannya. Beliau mengadu tentang perangai suaminya yang mula berubah ketika beliau di dalam pantang selepas melahirkan anak kedua. Mereka berkahwin suka sama suka setelah berkenalan sewaktu masih sama-sama menuntut di universiti. Zaza mengaku sering mencurigai suaminya walaupun beliau merasakan suaminya seorang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Namun mereka agak sering bertengkar mengenai hal-hal yang melibatkan pengurusan rumahtangga dan penjagaan anak-anak. Zaza pernah terfikir untuk bercerai setelah suaminya mengaku curang namun membatalkan hasratnya apabila suami memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Zaza tetap sukar mempercayai suaminya malah sering membaca mesej di telefon bimbit suaminya dan memeriksa dompet mahupun poket seluar si suami untuk mencari bukti kecurangan si suami. Zaza sukar memaafkan suaminya. Zaza hidup dalam keresahan dan kebimbangan menanti saat-saat kecurangan suaminya sekali lagi.
Cerita 2
Mira (bukan nama sebenar), sudah berkahwin dan bekerja di ibukota. Hatinya hancur apabila suaminya membuka rahsia yang beliau ingin berkahwin seorang lagi. Rupa-rupanya si suami telah terlanjur dengan seorang gadis yang bekerja sepejabat dengannya sewaktu kedua-dua mereka ditugaskan ke luar kota. Dengan teresak-esak, Mira membuka cerita tentang perkahwinannya. Beliau mengakui kurang kemesraan dengan suami semenjak kebelakangan ini kerana kesibukan kerjaya masing-masing. Sementelah suaminya sering ditugaskan ke luar kawasan. Mira sangat sayangkan suaminya dan telahpun memberi keizinan untuk suaminya bernikah lagi walaupun hatinya sangat berat. Tambahan lagi, mereka sama-sama masih muda dan sedang membina karier. Mira tidak menyangka suaminya sanggup mengkhianati cinta mereka. Mira mula mengingati sikap bapanya sendiri yang berpoligami dan sering mengabaikan kasih sayang terhadapnya. Ibu Mira merupakan isteri pertama. Mira mengakui bapanya sering menyisihkan beliau dan adik beradik serta melebihkan keluarga isteri kedua. Anak-anak isteri kedua semuanya mempunyai basikal untuk ke sekolah sedangkan Mira terpaksa menumpang abangnya.
Cerita 3
Tati (bukan nama sebenar), merupakan anak bongsu dari lapan adik beradik. Dibesarkan dengan penuh kemewahan dan kemanjaan namun Tati tidak dibenarkan bergaul bebas dengan rakan-rakannya yang lain. Bapanya seorang yang sangat tegas. Beliau memberikan didikan agama dengan cara yang cukup ketat dan tegas serta mengawal segala pergerakan Tati sehingga beliau terasa dikongkong. Namun, sebagai anak yang taat, Tati tidak pernah membantah. Bapanya juga yang memutuskan bidang apa yang beliau patut ambil di peringkat pengajian ijazahnya. Setelah tamat ijazah, Tati mendapat pekerjaan di ibukota. Tati jatuh cinta dengan seorang lelaki yang rupa-rupanya telah berkahwin. Demi cinta dan pujuk rayu si lelaki, Tati telah menggadaikan maruah dirinya. Menurut Tati, lelaki itu bersungguh-sungguh ingin mengahwininya dan sedang memujuk isteri pertama untk membenarkannya. Sebagai bukti cintanya, lelaki tersebut menyewakan sebuah kondominium untuk Tati di kawasan yang agak terpencil agar mudah mereka bertemu. Tati mengaku masih menunaikan solat tetapi melayan teman lelakinya itu seperti suami. Malah jiran-jiran menganggap mereka pasangan suami isteri kerana kerapnya lelaki tersebut mengunjungi Tati di rumahnya. Tati datang ke klinik psikologi kerana mengidap kemurungan di atas komplikasi emosi lantaran hubungan luar nikahnya. Dia ingin bernikah dan menamatkan segala dosa-dosanya tetapi masih menaruh harapan teman lelakinya akan menunaikan janjinya walaupun telah empat tahun berlalu.
Apakah persamaan di antara ketiga-tiga wanita ini? Ketiga-tiganya adalah wanita yang menarik, masih muda dan bergaya, berpendidikan tinggi dan bekerjaya tetapi  menghadapi masalah di dalam hubungan mereka dengan lelaki. Mereka berjaya tetapi tidak bahagia. Mereka juga tidak mempunyai hubungan yang positif dengan bapa masing-masing. Mereka mengalami kesukaran menguruskan emosi lantas sering tersilap di dalam melakukan keputusan.
Zaza dilahirkan tanpa sempat mengecapi belaian kasih sayang seorang ayah. Mira pula melalui banyak episod duka dalam hubungan yang tidak mesra dengan ayahnya. Mira ingin sekali dibelai dan dikasihi oleh ayahnya sewaktu kecil namun setelah ayahnya berpoligami, ayah sangat jarang pulang ke rumah. Mira cuba berbaik dengan adik tirinya agar ayahnya mengasihinya namun si ayah tidak menyedarinya di samping sikap negatif ibu tirinya. Tati pula tidak pernah diberi peluang membuat keputusan. Dibesarkan dengan penuh kawalan, Tati tidak tahu apa ertinya berdikari. Menyebabkan dia tidak pandai membantah dan hanya menurut kata-kata orang yang dikasihinya. Tati yakin orang lain lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
Apakah peranan seorang bapa? Masyarakat sering menganggap seorang ibu sangat penting di dalam peringkat awal kehidupan seorang manusia. Ibulah yang membelai, mendidik dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Sebenarnya bapa juga berperanan besar di dalam mendidik anak-anak. Hubungan kasih sayang yang mesra di antara seorang bapa dan anak akan membentuk keyakinan diri, kepuasan emosi yang tinggi dan seterusnya membantu membina jati diri dan penghargaan kendiri seseorang.
Hubungan di antara seorang bapa dan anak perempuannya adalah satu hubungan yang sangat istimewa. Bapa berperanan memberikan gambaran bagaimana seseorang wanita akan menjalinkan hubungan dengan lelaki di waktu dewasanya kelak. Bapa yang sering tiada atau ketiadaan figur bapa akan mempengaruhi perkembangan emosi kanak-kanak perempuan. Dia akan merasakan bahawa lelaki memang tidak boleh digantung harap atau dipercayai. Oleh itu ketika dewasanya kelak, wanita ini akan mempunyai masalah di dalam hubungannya dengan lelaki. Di peringkat awal hubungan dia terlalu mempercayai lelaki bahkan sanggup menggadaikan maruahnya untuk meraih cinta si lelaki. Namun kemudian dia sukar mempercayai lelaki walaupun telah bersuami. Sikap bapanya yang sering tiada di waktu dia memerlukan akan menyebabkan wanita ini sering mencurigai suaminya. Sudah tentu sikap ini akan membosankan suami dan mungkinkah akhirnya suami akan betul-betul curang?
Kanak-kanak perempuan yang menikmati hubungan yang rapat, kemesraan, penghargaan, didikan dan kasih sayang yang wajar dari bapanya akan mempunyai pandangan yang positif di dalam hubungannya dengan lelaki. Kanak-kanak suka didengar. Oleh itu para bapa luangkanlah masa mendengar celoteh mereka, dengar pendapat mereka dan beri peluang mereka membuat pilihan. Apabila remaja atau dewasa, mereka akan menjadi wanita yang tahu menilai maruah diri. Dia tidak terburu-buru mendapatkan teman lelaki. Dia tidak terlalu mudah mempercayai lelaki dan akan menilai kejujuran dan kebaikan yang dilihat. Dia akan meletakkan nilai-nilai yang tinggi kepada lelaki yang mendampinginya. Dia hanya akan menyerahkan dirinya kepada lelaki yang sudah sah menjadi suaminya. Setelah berkahwin, dia akan mencintai suaminya sepenuh hati serta berfikiran positif bahawa setiap masalah yang dilalui di dalam perkahwinan akan dapat diatasi dengan persefahaman, kejujuran dan toleransi yang tinggi. Wanita ini juga mudah memaafkan sekiranya suami berbuat silap dan dapat menerimanya kembali tanpa menjejaskan maruah dirinya sendiri. Wanita ini mempunyai emosi yang berdikari (emotional independence) , boleh mempercayai orang lain secara wajar dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Dia boleh membuat keputusannya sendiri dan hanya akan melakukan keputusan yang menguntungkan dirinya tanpa merugikan pihak lain terutamanya keluarganya.
Oleh itu para bapa, kasih sayang, pujian, didikan, nasihat, teguran membina dan penghargaan yang engkau curahkan kepada anak perempuanmu merupakan hadiah terbaik yang boleh engkau berikan agar anakmu dapat mengharungi kehidupannya dengan penuh bermaruah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, sayang kepada dirinya sendiri serta mampu menyayangi orang lain.
Dari Anas bin Malik r.a., 'Telah berkata Rasulullah s.a.w: Siapa yang menanggung dua anak perempuan hingga mereka baligh, nescaya dia akan datang di Hari Kiamat, aku dan dia seperti ini – dikumpulkan semua jari jemarinya'. [Hadis Riwayat Muslim]
Dari Uqbah bin Amir Al Juhani katanya; 'Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia sabar terhadap mereka, serta diberinya mereka makan minum dan pakaian dari hartanya, nescaya mereka akan menjadi pelindungnya dari api neraka'. [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
Psikologis Klinikal

Read more »

Sunday, May 23, 2010

Berhati-hati dengan tawaran permohonan Card Credit baru.

Salam,

Tidak dinafikan, dalam dunia hari ini penggunaan kad credit adalah amat penting disamping wang tunai. Ini kerana card credit dapat membantu kita mengurangkan perbelanjaan wang tunai yang memerlukan kita membawa wang tunai yang banyak.

Disamping itu juga kad credit juga dapat membantu kita disaat mendesak seperti kekurangan budget semasa ataupun keperluan pertengahan bulan.

Namun begitu tanpa kita sedari penggunaan card credit yang tidak terkawal boleh menjerat kita kepada beban hutang yang tidak kita sedari & boleh kita katakan sebagai hutang yang melampau jika ianya terus meningkat.

Oleh yang demikian pastikan penggunaan kad credit anda sentiasa terkawal & buatlah pembayaran yang cepat selepas menggunakannya.

Sebagai panduan, pastikan sebelum menggunakan kad credit anda mempunyai jumlah wang simpanan yang sama dengan jumlah yang anda belanjakan menggunakan kad credit tersebut.

Selesai sahaja menggunakan kad credit, buatlah pembayaran segera secara online jika ada masa & peluang samaada dirumah, dipejabat atau pun dimana-mana sahaja.

Bagi mengelakkan anda dari terus terjerat dengan beban hutang, pastikan anda tidak terpengaruh dengan tawaran pujukan & promosi tentang permohonan baru kad credit.

Hadkan anda untuk menggunakan hanya 2 kad credit pada satu-satu masa. Ini kerana kad kedua boleh dibuat sebagai backup jika kad pertama decline.

Abg pasti kebanyakkan dari kita pasti pernah diganggu oleh sesetengah pihak yang ingin memperkenalkan produk & perkhidmatan yang disediakan dilaluan-laluan utama pasaraya. Ada diantara mereka memujuk untuk memperkenal & seterusnya mengajak kita untuk melanggan kad credit baru dengan pelbagai tawaran hadiah & sebagainya.

Ingat, jangan sesekali terpengaruh dengan pujukan mereka. Tolak pelawaan mereka dengan baik & berlalu segera.
Jangan jadikan diri anda mangsa kepada mereka-mereka ini.

Bagi anda yg memang baru ingin mendapatkan kad credit, ambillah sedikit masa utk mendapatkan maklumat dari bank samaada secara online atau terus ke cawangan-cawangan bank berdekatan anda.

Abg cadangkan pilihlah bank yang betul-betul menggunakan sistem perbankan Islam seperti Bank Islam, Maybank Ikhwan & sebagainya.

Fahami & analisalah syarat-syarat & caj-caj yang dikenakan.

Semoga panduan ini dapat dijadikan sebagai peringatan untuk kita dalam menggunakan perkhidmatan kad credit.

Sekian, Wassalam..

Read more »

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010..

Salam,

Rasanya masih belum terlambat utk abg mengambil kesempatan ini utk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat semua guru-guru yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa.

Hanya ALLAH sahajalah yang mampu membalas segala jasa-jasa cikgu sekalian..amiinn..

Read more »

Thursday, May 13, 2010

PERBEZAAN SEMUT DGN MANUSIA

PERBEZAAN SEMUT DGN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!.

Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!.

** IMAN MANUSIA??**

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia. Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Read more »

Syabas Malaysia...

Salam,

Tak adil pulak rasanya jika abg hanya melahirkan rasa kecewa terhadap kekalahan kepada Japan sebelum ini. Padahal semalam pasukan negara telah mengalahkan Denmark 3-2.

Tahniah Malaysia atas kemenangan semalam, sesungguhnya corak permainan yang ditunjukkan semalam memang menyakinkan.

Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik utk pasukan negara dalam misi untuk merangkul kejuaraan piala thomas tahun ini.

"Semoga Berjaya..amiinn"

Thanks.

Read more »

Wednesday, May 12, 2010

Japan menundukkan Malaysia...

Salam,

Tergerak pulak hati abg utk berikan sedikit komen berkenaan perlawanan badminton semalam.

Secara jujurnya abg katakan yang abg rasa kecewa dengan permainan yang dipamerkan oleh pemain-pemain kita terutamanya 2 permainan terakhir.

Jika dilihat jelas pemain beregu ke2 & perseorangan terakhir masih mempunyai kemampuan untuk meraih kemenangan tapi dengan semangat juang yang rendah & juga sikap bermain secara tidak bersungguh-sungguh & sambil lewa menyumbang kepada kekalahan.

Walaubagaimanapun, marilah kita sama-sama memberikan sokongan secara terus-menerus kepada pemain-pemain kita hari ini menentang Denmark.

"Selamat Berjuang Malaysia"

Sekian, Wassalam...

Read more »

Sunday, May 09, 2010

Hormati saudara yang sedang mengerjakan Solat.

Salam,

Sungguh menyedihkan jika ada diantara kita yang masih tidak tahu untuk menghormati orang lain yang sedang mengerjakan Solat.

Jika kelakuan ini dilakukan oleh kanak-kanak yang tidak tahu menilai yang mana yang patut dilakukan atau tidak lainlah ceritanya tapi kelakuan ini jelas dilakukan oleh orang dewasa yang mungkin telah mempunyai kerajaan sendiri dirumah.

Dalam keadaan surau yang kecil & sempit serta bergema, kelibat beberapa orang lelaki ini cukup-cukup menganggu kekusyukkan saudara lain yang sedang beribadat.

Tanpa rasa bersalah mereka ini terus rancak berbual dengan suara yang agak tinggi dibelakang 2 saf yang boleh dikatakan agak penuh & sedang bersolat.

Cuba bayangkan jika anda sedang mengerjakan Solat dengan tenang tiba-tiba diganggu oleh suara orang berbual yang agak kuat? Tentu sekali sedih rasanya kan?...

Sekian, Wassalam...

Read more »

Selamat Hari Ibu...

Ibu, ibu, engkaulah Ratu HatiKu...Ibu adalah segalanya dalam hidup, dialah yang membawa sinar pertama dalam kehidupan seseorang insan.

Dahaga pada kasih Ibu bukan kepalang. Kasih Ibu membawa ke syurga. Jasa seorang Ibu pasti tidak akan kita balas walaupun berkhidmat kepada Ibu sepanjang hayat.

Hargailah Ibu anda semasa hayatnya, ceriakan & hiburkan hatinya dengan seikhlas hati. Cari kasih & sayangnya walaupun dengan secebis senyuman.

Kehilangan Ibu tiada galang gantinya lagi. Ibu yang dianugerahkan oleh ALLAH hanya seorang sahaja dalam hidup seseorang. Oleh itu hargailah Ibu anda semasa hayatnya.

Kepada yang telah kehilangan Ibu, banyakkan bersedekah atas nama Ibu, sedekahkan juga sebanyak mungkin bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Semoga roh Ibu ditempatkan disisi orang-orang yang beriman & beramal soleh...amiinn..

Jauhkan dari menyakiti hati Ibu walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Sempena Hari Ibu yang disambut hari ini, Abg ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada Ibu abg, Ibu Mertua abg, isteri abg & seterusnya kepada Ibu-ibu e-kampung semua. "Semoga ALLAH memberikan hanya yang terbaik kepada Ibu semua..amiinn..

Sekian, Wassalam...

Read more »

Saturday, May 08, 2010

Ambil berat setiap makanan yang akan masuk kedalam mulut anda.

Hari ini sering kita lihat ramai diantara masyarakat kita yang mengabaikan & mengambil mudah soal makanan yang bakal dimakan, sedangkan setiap cebisan makanan yang masuk kedalam tubuh badan atau jasad akan menjadi darah & daging yang akan kekal sepanjang hayat.

Sememangnya dalam Islam, jika kita tidak ada sebarang rasa was-was & ragu-ragu terhadap status halal haramnya, makanan tersebut boleh dimakan. Namun harus diingat sebarang makanan haram yang masuk kedalam badan kita akan mempengaruhi akhlak & hati budi kita.

Jika dilihat disekeliling kita kini banyak café-café & kopitiam yang diragui kesahihannya namun purata pelanggan & pengunjungnya adalah terdiri dari orang-orang kita.

Berbekalkan niat kononnya tempat-tempat tersebut mengambarkan class & gaya, saudara kita ini mengabaikan status halal & haram makanan & minuman yang disedikan.

Pengabaian ini tanpa kita sedari telah sedikit demi sedikit memamah budi pekerti & akhlak kita & anak-kita yang memakan makanan dari sumber yang tidak baik.

Sedarilah & ketahuilah, makanan adalah penyumbang & juga faktor yang akan membentuk akhlak & peribadi seseorang.

Sekian, Wassalam...

Read more »

Thursday, May 06, 2010

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram (
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

·  Kepala berbentuk 'V'

·  Bentuk badan mirip torpedo

·  Badan berwarna hitam berkilat

·  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

·  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

·  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (
diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

·  Kepala berbentuk 'U'

·  Bentuk badan tirus

·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan

·  Digoreng tidak meletup

Read more »