Sunday, January 29, 2012

UAI vs AJL (29/1/2012)

Salam ALL,

Terdetik hati abg utk katakan sesuatu berkenaan program hebat malam ini. Abg yakin ramai yang diantara kita sedia maklum mengenainya, terutama sekali kepada pengikut setia UAI (Ustaz Azhar Idrus) yang sentiasa mengikuti perkembangan UAI.

Malam ini, UAI akan menemui kita semua penduduk-penduduk Lembah Klang & Selangor khususnya dikawasan Shah Alam melalui sebuah program hebat yang akan diadakan seperti dibawah:-

TARIKH: 29 Januari 2012 (Ahad)
TEMPAT: Masjid Negeri Selangor (Masjid Shah Alam)
MASA: Selepas Maghrib

Program ini secara langsungnya akan bertembung dengan satu lagi program hiburan tahunan yang terkenal iaitu AJL (anugerah juara lagu) yang akan ditayangkan di TV3.

Pertembungan ini akan dilihat suatu petanda yang jelas kepada kita, program manakah yang paling disukai ramai melalui kehadiran & sokongan. Ianya pasti akan menjadi suatu sejarah yang hebat terhadap kebangkitan seorang Ulamak tempatan yang tidak pernah kenal erti jemu untuk memartabatkan Islam yang tercinta.

Seperti yang semua sedia maklum, setiap kali UAI mengadakan ceramah atau kuliyyah, pasti akan berduyun-duyun lautan manusia yang akan mengimarahkan tempat tersebut. Mereka cintakan & dahagakan Ilmu Islam yang disampaikan dengan cara yang segar & menarik.

Fenomena ini telah memberi nafas baru yang indah & mampu menarik golongan muda-mudi kita mencintai ilmu ISLAM.

Manakala AJL pula, seperti saban tahunnya pasti menghidangkan program hiburan yang membatasi syarak & berunsurkan maksiat.

Sudah tiba masanya kita semua membuka mata masyarakat utk berpaling dari hiburan & memandang tepat pada ISLAM yang jauh lebih indah dari hiburan yang melalaikan.

Tidak salah utk berhibur atau menyanyi tapi biarlah mengikut syarak, kaum hawa seharusnya tidak dibenarkan menyanyi langsung kecuali kepada muhrimnya sahaja & bukannya utk ditayangkan kepada semua rakyat Malaysia.

Itu telah jelas bertentangan dengan ajaran ISLAM yang suci.

Walaupun media yang digunakan pada pertembungan malam ini adalah 2 media yang berbeza iaitu UAI adalah melalui ceramah secara live tanpa siaran langsung dikaca TV manakala AJL pula akan ditayangkan terus ke kaca TV setiap rumah tanpa perlu kemana-mana. Namun kekuatan tarikan cara & penyampaian UAI pasti akan memberikan impak yang amat menakjubkan…

Menurut info akhbar tempatan, dijangka 50,000 orang akan menghadiri program UAI malam ini.

Abg menyeru kepada semua umat ISLAM diluar sana utk hadir beramai-ramai ke  Masjid Negeri Selangor, Shah Alam malam ini utk mendapat ilmu yang berkekalan.

Bagi mereka yang tidak dapat bersama-sama UAI malam ini di Masjid Shah Alam, anda boleh terus bersama UAI dirumah melalui internet (online) iaitu melalui TVS (TV Selangor) dengan melayari www.tvsnews.net

Semoga ALLAH memberkati Majlis UAI malam ini..amiinn..

Sekian, Wassalam…

Read more »

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahualam..

Ehsan: Rakan FB

Read more »

Saturday, January 28, 2012

Azam: Isteri & Ibu yang baik?

Salam ALL,

Kita sering mendengar azam seorang wanita apabila mula melangkah ke alam rumahtangga iaitu berazam utk menjadi seorang isteri yang baik & seterusnya sebagai ibu yang baik.

Ianya adalah suatu azam yang baik lagi mulia namun jika kita perhatikan & kaji, ramai diantaranya tidak mencapai azam tersebut malah ada yang hanya akhirnya terkubur begitu sahaja.

Ini kerana kesinambungan aplikasi & implimentasi dari azam itu tidak seiring dengan pengorbanan yg perlu dilalui. Ramai diantara para isteri & ibu ini gagal kerana menggunakan acuan masyarakat barat yg sering dihidangkan dikaca-kaca TV & media-media lain yang mana mementingkan hak & perasaan kononnya.

Abg yakin jika acuan yg disarankan oleh Islam diaplikasikan, pasti tidak ada kegagalan kepada azam mulia yg dicita-citakan ini.

Para wanita perlu memusatkan azam tersebut kepada ALLAH, ikhlas & segalanya tidak lain & tidak bukan hanya kerana ALLAH.

Tolak sejauh-jauhnya saranan & ajaran barat yg disematkan didalam hati kita sekian lama kerana Islam adalah jalan yg sempurna.

Islam mengajar kita supaya taat & setia kepada perintah suami, ini bermakna wanita yg berazam utk menjadi isteri yg baik perlu taat & patuh pada perintah suami selagi mana perintahnya tidak melanggar hukum syarak.

Isteri perlu banyak mengalah bukannya berkeras mempertahankan perasaan & logikal akalnya sendiri. Rentak isteri perlu lebih kepada mengikut cara & rentak suami selagi mana tidak dilarang syarak. Buanglah ego & ketepikan rasa hati demi menyatukan objektif utk mencapai azam tersebut.

Azam yang tercapai ini tidak akan merugikan kaum wanita malah kaum wanita akan menang besar diakhirat kelak. Ketepikan rasa hati & perasaan tidak akan membawa wanita ke tangga kejayaan dunia & akhirat. Malah mengikut rasa hati & mementing perasaan yang akan membuatkan ramai wanita hanyut dan gagal dalam hidup yang akhirnya menjerumus wanita tersebut ke arah neraka.

Oleh yang demikian, abg menyeru kepada semua wanita samaada yang sudah mendirikan rumahtangga atau mahu & akan mendirikan mahligai perkahwinan. Teruskan azam mulia anda itu kerana ianya bukan hanya impian murni bahkan ianya dituntut oleh ajaran Islam yang suci yang akhirnya membawa wanita ke dalam Syurga ALLAH yang indah & kekal abadi.

Fokuskan matlamat utk mengejar hidup diakhirat kerana hidup dunia ini hanyalah sementara & hanya ujian buat kita semua…

Wallhualam…

Read more »

Monday, January 23, 2012

Solat Dhuha

Ceramah dari Uztaz Azhar Idrus

Intisari & Ringkasan Ceramah:-

  1. Antara Solat Sunat yang Muakkat (amat) diperintahkan utk dikerjakan adalah Solat Sunat Dhuha.
  2. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Barangsiapa yang memeliharakan yakni mengerjakan atas 2 rakaat Dhuha, Diampun baginya segala dosanya & jika ada dosanya seumpama buih dilaut”.
  3. Orang yang memelihara atau menjaga Solat Dhuha akan diampunkan dosa kecilnya. Dosa besar perlu bertaubat.
  4. Paling kurang 2 rakaat & paling banyak 8 rakaat.
  5. ALLAH suka amalan yang sedikit tetapi kekal & berterusan.
  6. Waktunya lebih kurang dari pukul 8 Pagi sehingga pukul 11 Pagi.
  7. Sambil memandu pun boleh mengerjakan Solat Dhuha. Takbir & Niat.

Read more »

Hukum Mengahwini Perempuan Hamil Zina

Ceramah dari Uztaz Azhar Idrus

Intisari & Ringkasan Ceramah:-

  1. 2 pendapat berbeza dikalangan Mazhab.
  2. Mazhab Maliki & Hambali mengatakan Tidak Sah mengahwini wanita yang sedang mengandung anak hasil zina.
  3. Manakala pandangan Mazhab Shafie & Hanafi adalah Sah mengahwini wanita yang sedang hamil anak hasil zina.
  4. Cuma dalam Mazhab Hanafi mengatakan Haram jimak sehinggalah wanita tersebut telah bersalin, manakala mengikut Mazhab Shafie mengatakan Makruh jimak semasa masih mengandung.

Read more »

Saturday, January 21, 2012

Syaitan & Iblis Tetap Musuh Sejati Kita…

Salam Semua, diharapkan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera semuanya.

Tergerak hati abg untuk cuba sedarkan kenyataan yang sebenarnya susah utk diterima tetapi perlu diterima dengan akidah & kecintaan kita kepada ALLAH & diri kita sendiri.

Abg pasti ramai diantara anak muda kita hari ini, jika bercakap tentang bola terutama sekali liga Inggeris, pasti pasukan yang menjadi kesukaan adalah Manchester United.

Abg tidak menafikan yang pasukan Man U sememang sebuah pasukan yang unggul & hebat dipersada inggeris & amat terkenal dengan barisan pemain yang mantap & sukar utk ditandingi.

Abg juga yakin ramai diantara kita yang tahu & nampak lambang yang digunakan oleh pasukan ini sebagai simbol pasukan mereka. Apatah lagi jelas “nickname” atau nama samaran pasukan yang bergelar “red devil” jelas menunjukkan yang pasukan ini menggunakan syaitan & iblis sebagai simbol utama dalam pasukan mereka.

Apa yang menyedihkan, walaupun ramai yang jelas & nyata tahu tentang perihal ini masih tidak mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga akidah kita.

Tidak ada salahnya menyukai pemain atau permainan yang dipersembahkan tetapi jangan sesekali menggunakan lambang pasukan itu pada pakaian atau mana-mana tempat sekali pun.

Seharusnya apa sahaja bentuk atau simbol yang melambangkan syaitan & iblis perlu kita jauhi sejauh-jauhnya demi cinta kita pada ALLAH.

Didalam Al-Quran secara jelas & nyata telah menyatakan bahawa syaitan & iblis ini adalah merupakan musuh kita buat selama-lamanya.

Tidak akan ada perdamaian antara manusia dengan syaitan & iblis buat selama-lamanya. syaitan & iblis telah bersumpah akan cuba sedaya-upaya utk menyesatkan Anak Cucu Nabi Adam A.S sehingga kiamat & laknatullah ini tidak akan berputus asa melakukannya.

Jika kita menggunakan rupa bentuk & simbol yang menunjukkan diri mereka, apakah agaknya yang mereka rasa, abg yakin mereka akan merasa seronok, gembira & bangga malah mungkin melompat-lompat keriangan kerana melihat Anak Cucu Nabi Adam A.S sendiri datang menyembah taat setia kepada mereka.

Bukan itu sahaja, para Ulamak sendiri pernah menyatakan antara sebab doa seseorang tidak dimakbulkan adalah kerana kita dekat dengan syaitan & iblis.

Oleh itu, jika anda seorang yang beriman & sayangkan ALLAH & Rasulullah S.A.W, berhati-hatilah dengan simbol tersebut.

Jika anda menyukai pasukan itu teruskan tetapi jangan sesekali mempamerkan, menggunakan logo, bendera & sebagainya yang tertera simbol atau gambar syaitan merah bertanduk itu….

Wallahualam…

Read more »

Thursday, January 12, 2012

Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

Kali ini tulisan ku berbentuk santai. Sebelum kita teruskan dengan perbincangan kita, boleh la lihat dan dengar video di bawah

Antara lirik permulaan lagu ni berbunyi
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Bila ku dengar lirik ini, ku rasa sebak. Mengapa? Bayangkan tika kita bangun pagi, kita merasakan tidur kita tidak mencukupi. Jika boleh, kita mahu agar kita mempunyai masa yang lebih untuk tidur.

Namun, di masa kelak, pabila kita menghembuskan nafas terakhir di dunia ini mungkin kita akan meminta untuk dihidupkan semula. Sehingga kita merintih. Ingin dihidupkan semula.

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)

Kadang-kadang kita terlalu leka dengan nikmat dunia. Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”
( Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi)

Semoga kita tidak terus leka.

Jejak Jari :

Kadang-kadang kesibukan dunia pun membuatkan kita leka, lupa di hari kelak
Mempunyai masalah mental disorder agaknya. Cepat terlupa.
Esok merupakan hari tersibuk. Bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam. Perlu mencari ruangan masa kosong.
Ya Allah, berikanlah ku kekuatan kepada hamba mu yang lemah ini.

Read more »

Wednesday, January 11, 2012

BEBAS DAN TIADA BULU


BEBAS DAN TIADA BULU

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar).

"Penghakiman sudah diputuskan, dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada "rule of law" atau keunggulan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Dr Rais berkata, Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

Gelombang terkini dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia, katanya.

Dr Rais memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu juga, rakyat harus terus berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang.

"Tiada siapapun berada di tahap lebih tinggi daripada undang-undang negara.

"Dan saya yakin dengan keputusan ini, pengikut dan penyokong Anwar akan merasionalkan kedaulatan undang-undang negara yang tersisip dalam Rukun Negara," katanya.

Beliau berharap tidak akan ada lagi spekulasi atau gesaan yang boleh memecah-belahkan institusi atau elemen pentadbiran negara serta perpaduan di negara ini.

"Keputusan dan pendapat mahkamah yang mencerminkan keadilan wajar kita hormati.

"Saya sendiri amat bangga dengan badan kehakiman Malaysia yang menjalankan tugas tanpa memilih bulu," katanya.

Mengulas lanjut keputusan kes itu, Dr Rais berkata, suara keadilan telah diluahkan dan menggambarkan badan kehakiman Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam memutuskan apa yang adil dan saksama.

"Lebih daripada itu, kita mesti sedar akan kepentingan bagi kita menghormati keputusan undang-undang, pada masa sama memberi peluang untuk Gagasan 1Malaysia berkembang bagi membangunkan bangsa Malaysia yang kita perlukan," katanya.

Menjangkakan pelbagai pandangan, polemik serta kesimpulan yang bakal timbul, beliau berkata, semua itu tidak harus dilayan.

"Mari kita maju ke depan dan tinggalkan semua ini sambil kita membangunkan 1Malaysia yang kita perlukan," katanya. - BERNAMA

(Renungan Rimau : Auuummm. Nak cakap apa lagi?)

Read more »