Saturday, January 21, 2012

Syaitan & Iblis Tetap Musuh Sejati Kita…

Salam Semua, diharapkan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera semuanya.

Tergerak hati abg untuk cuba sedarkan kenyataan yang sebenarnya susah utk diterima tetapi perlu diterima dengan akidah & kecintaan kita kepada ALLAH & diri kita sendiri.

Abg pasti ramai diantara anak muda kita hari ini, jika bercakap tentang bola terutama sekali liga Inggeris, pasti pasukan yang menjadi kesukaan adalah Manchester United.

Abg tidak menafikan yang pasukan Man U sememang sebuah pasukan yang unggul & hebat dipersada inggeris & amat terkenal dengan barisan pemain yang mantap & sukar utk ditandingi.

Abg juga yakin ramai diantara kita yang tahu & nampak lambang yang digunakan oleh pasukan ini sebagai simbol pasukan mereka. Apatah lagi jelas “nickname” atau nama samaran pasukan yang bergelar “red devil” jelas menunjukkan yang pasukan ini menggunakan syaitan & iblis sebagai simbol utama dalam pasukan mereka.

Apa yang menyedihkan, walaupun ramai yang jelas & nyata tahu tentang perihal ini masih tidak mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga akidah kita.

Tidak ada salahnya menyukai pemain atau permainan yang dipersembahkan tetapi jangan sesekali menggunakan lambang pasukan itu pada pakaian atau mana-mana tempat sekali pun.

Seharusnya apa sahaja bentuk atau simbol yang melambangkan syaitan & iblis perlu kita jauhi sejauh-jauhnya demi cinta kita pada ALLAH.

Didalam Al-Quran secara jelas & nyata telah menyatakan bahawa syaitan & iblis ini adalah merupakan musuh kita buat selama-lamanya.

Tidak akan ada perdamaian antara manusia dengan syaitan & iblis buat selama-lamanya. syaitan & iblis telah bersumpah akan cuba sedaya-upaya utk menyesatkan Anak Cucu Nabi Adam A.S sehingga kiamat & laknatullah ini tidak akan berputus asa melakukannya.

Jika kita menggunakan rupa bentuk & simbol yang menunjukkan diri mereka, apakah agaknya yang mereka rasa, abg yakin mereka akan merasa seronok, gembira & bangga malah mungkin melompat-lompat keriangan kerana melihat Anak Cucu Nabi Adam A.S sendiri datang menyembah taat setia kepada mereka.

Bukan itu sahaja, para Ulamak sendiri pernah menyatakan antara sebab doa seseorang tidak dimakbulkan adalah kerana kita dekat dengan syaitan & iblis.

Oleh itu, jika anda seorang yang beriman & sayangkan ALLAH & Rasulullah S.A.W, berhati-hatilah dengan simbol tersebut.

Jika anda menyukai pasukan itu teruskan tetapi jangan sesekali mempamerkan, menggunakan logo, bendera & sebagainya yang tertera simbol atau gambar syaitan merah bertanduk itu….

Wallahualam…

0 comments:

Post a Comment