Salam ALL,
Kita sering mendengar azam seorang wanita apabila mula melangkah ke alam rumahtangga iaitu berazam utk menjadi seorang isteri yang baik & seterusnya sebagai ibu yang baik.
Ianya adalah suatu azam yang baik lagi mulia namun jika kita perhatikan & kaji, ramai diantaranya tidak mencapai azam tersebut malah ada yang hanya akhirnya terkubur begitu sahaja.
Ini kerana kesinambungan aplikasi & implimentasi dari azam itu tidak seiring dengan pengorbanan yg perlu dilalui. Ramai diantara para isteri & ibu ini gagal kerana menggunakan acuan masyarakat barat yg sering dihidangkan dikaca-kaca TV & media-media lain yang mana mementingkan hak & perasaan kononnya.
Abg yakin jika acuan yg disarankan oleh Islam diaplikasikan, pasti tidak ada kegagalan kepada azam mulia yg dicita-citakan ini.
Para wanita perlu memusatkan azam tersebut kepada ALLAH, ikhlas & segalanya tidak lain & tidak bukan hanya kerana ALLAH.
Tolak sejauh-jauhnya saranan & ajaran barat yg disematkan didalam hati kita sekian lama kerana Islam adalah jalan yg sempurna.
Islam mengajar kita supaya taat & setia kepada perintah suami, ini bermakna wanita yg berazam utk menjadi isteri yg baik perlu taat & patuh pada perintah suami selagi mana perintahnya tidak melanggar hukum syarak.
Isteri perlu banyak mengalah bukannya berkeras mempertahankan perasaan & logikal akalnya sendiri. Rentak isteri perlu lebih kepada mengikut cara & rentak suami selagi mana tidak dilarang syarak. Buanglah ego & ketepikan rasa hati demi menyatukan objektif utk mencapai azam tersebut.
Azam yang tercapai ini tidak akan merugikan kaum wanita malah kaum wanita akan menang besar diakhirat kelak. Ketepikan rasa hati & perasaan tidak akan membawa wanita ke tangga kejayaan dunia & akhirat. Malah mengikut rasa hati & mementing perasaan yang akan membuatkan ramai wanita hanyut dan gagal dalam hidup yang akhirnya menjerumus wanita tersebut ke arah neraka.
Oleh yang demikian, abg menyeru kepada semua wanita samaada yang sudah mendirikan rumahtangga atau mahu & akan mendirikan mahligai perkahwinan. Teruskan azam mulia anda itu kerana ianya bukan hanya impian murni bahkan ianya dituntut oleh ajaran Islam yang suci yang akhirnya membawa wanita ke dalam Syurga ALLAH yang indah & kekal abadi.
Fokuskan matlamat utk mengejar hidup diakhirat kerana hidup dunia ini hanyalah sementara & hanya ujian buat kita semua…
Wallhualam…
betul tu
pendapat sy
perkahwinan adalah satu peluang drpd Allah utk tambah pahala berganda, apabila setiap pasangan mensasarkan matlamat sebegitu, pasti indah alam rumah tangga kerana masing2 cuba mengejar dan mencipta pahala bersama2
ini sekadar pendapat sy sahaja
lagi satu, sentiasalah minta doa pada Allah semoga kita mampu menerima kelemahan pasangan kita sendiri dan minta pada Allah semoga pasangan kita juga akan mampu menerima segala kelemahan kita seadanya
insyaaallah, perkahwinan akan bahagia dan kekal abadi. sentiasalah cipta kenangan manis bersama
Salam Sis Wanita Bertudung Hijau,
Abg bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sis tu.
Seharusnya kita boleh menerima segala kelemahan pasangan kita itu, cuma pasangan kita itu tidak boleh menjadikan kelemahan itu sebagai alasan utk tidak berusaha utk mengubahnya kearah kebaikan...
Kerana Usaha itu Tangga Kejayaan, apapun usahakan dulu..kecuali pada kelemahan yang tak boleh diubah...
Wallhualam..