Sunday, January 09, 2011

Bahasa Menunjukkan Bangsa...

Salam Semua,

Semoga sentiasa sihat & ceria selalu...amiinn..

Abg yakin pasti ramai diantara kita yg familiar dengan pernyataan seperti tajuk perbincangan kita kali ini. Malah, pernyataan tersebut pernah dijadikan kempen satu masa dulu.

Nyata sekali & benar sekali, jika bahasa yg kita pertuturkan seharian akan menunjukkan bangsa kita.

Jika baik & sopan bahasa yg dipertuturkan pasti imej & juga maruah bangsa kita akan dipandang mulia, begitulah juga sebaliknya.

Sungguh menyedihkan sekarang kerana bahasa kita semakin tercemar. Ini kerana ramai diantara belia-belia lebih senang mempertuturkan perkataan buruk dari perkataan baik.

Mencarut & memaki-hamun sudah dijadikan rutin biasa dlm perbualan seharian. Perkataan-perkataan mencarut seperti p*u*k*mak, mother f**ker, damm, sial, bodoh & banyak lagi sering meniti dibibir remaja kita malah kanak-kanak di sekolah rendah jugak terikut-rikut dgn contoh yg ditunjukkan oleh abg-abg & kakak-kakak mereka.

Adakah ini warisan bahasa yg hendak kita wariskan kepada mereka?. Dengan rosaknya bahasa maka akan punahlah bangsa.

Dalam Islam, setiap perkataan yg diungkapkan pasti akan dihisap dihadapan ALLAH kelak. Jika banyak perkataan yg buruk kita ucapkan dengan bibir kita pasti balasan yg buruk juga yg akan kita perolehi nanti.

Fikirkanlah...

Wassalam.

Read more »