Saturday, December 11, 2010

Bersama Kukuhkan Ekonomi Islam.

Salam utk Semua, semoga sentiasa sihat & dilimpahi rahmat sentiasa.

Dalam dunia sekarang yg penuh dengan kebendaan, kekuatan sesuatu bangsa, organisasi mahupun orang persendirian adalah terletak kepada kekukuhan ekonominya.

Kekuatan orang Islam masa kini juga perlu berteraskan kepada ekonomi selain Akhlak, Ilmu, Iman & Amal.

Dengan keteguhan ekonomi banyak perkara atau agenda dapat dilaksanakan. Orang Islam akan dapat membina Dana yg bersih & telus dalam memastikan nasib orang Islam yg lain terpelihara & terbela.

Sering kita dengar kemiskinan & kedaifan umat Islam mampu mengundang kejatuhan akidah kepada orang Islam. Ramai orang Islam yg kita dengar telah "dibeli" dengan wang ringgit yg pada awalnya bersifat wang pertolongan atau wang kebajikan.

Banyak badan-badan yg menjadikan wang sumbangan & janji kemewahan kepada saudara Islam kita yg daif yg akhirnya tergadai keIslaman mereka.

Orang Islam perlu bersatu, langkah pertama yg amat penting yg telah diamalkan & sedang diamalkan oleh masyarakat cina contohnya ialah menyokong barang & perkhidmatan yg dikeluarkan oleh bangsa cina itu sendiri.

Cuma yg bezanya disini, kita bukan berteraskan bangsa tetapi Agama. Kita sokong produk & servis orang Islam tidak mengira bangsa Melayu, Cina, India mahupun bangsa-bangsa lain.

Abg percaya dinegara kita ini hampir semua produk yg ada dipasaran ada dikeluarkan atau diusahakan oleh Orang Islam kecuali produk tidak Halal. Cuma kita perlu lebih peka & ambil berat tentang keluaran orang Islam yg ada disekeliling kita.

Kalau boleh kongsikan secara sukarela info tentang perniagaan & perusahan orang Islam kepada semua.

Dengan inisiatif langkah pertama ini, jika ianya kita amalkan dengan bersungguh-sungguh & penuh ikhlas, abg yakin kesan pertumbuhan kepada ekonomi orang Islam akan meningkat dengan hebatnya.

Marilah kita bersama bersatu-padu mengamalkan cara ini sebagai usaha utk membantu ekonomi orang Islam.

"Jika tidak kita yg membantunya? siapa lagi"

Ambillah masa sejenak & fikirkanlah sedalam-dalamnya demi Islam yg tercinta

Read more »

Nasib Melayu DiBumi Melayu...

Salam utk Semua, khususnya warga e-kampung yg dikasihi & dihormati sekalian..

Menarik sungguh tajuk perkongsian abg kali ini..penuh dgn tanda tanya..

Abg yakin bagi peminat buku, pasti ada yg tahu apa yg ingin abg luahkan disini..

Sebenarnya, tajuk perkongsian abg kali ini kena mengena secara langsung dgn tajuk buku terbaru penulisan seorang tokoh agama yg tidak kurang hebatnya dinegara ini..

Orang yg abg maksudkan adalah Dr. Ridzuan Tee Abdullah. Beliau telah menulis buku atas kesedaran betapa pentingnya bangsa Melayu perlu diingati, disedarkan, dikejutkan dari mimpi yg panjang.

Apa yang menariknya, beliau melihat orang Melayu adalah orang Islam & atas dasar itulah beliau menulis buku ini.

Seperti yg kita semua tahu, melalui namanya sahaja, kita pasti dapat mengagak yg beliau adalah berbangsa cina. Namun atas dasar persaudaraan Islam, beliau merasakan yg orang Melayu perlu diingatkan sebelum terlambat.

Read more »