Saturday, December 11, 2010

Nasib Melayu DiBumi Melayu...

Salam utk Semua, khususnya warga e-kampung yg dikasihi & dihormati sekalian..

Menarik sungguh tajuk perkongsian abg kali ini..penuh dgn tanda tanya..

Abg yakin bagi peminat buku, pasti ada yg tahu apa yg ingin abg luahkan disini..

Sebenarnya, tajuk perkongsian abg kali ini kena mengena secara langsung dgn tajuk buku terbaru penulisan seorang tokoh agama yg tidak kurang hebatnya dinegara ini..

Orang yg abg maksudkan adalah Dr. Ridzuan Tee Abdullah. Beliau telah menulis buku atas kesedaran betapa pentingnya bangsa Melayu perlu diingati, disedarkan, dikejutkan dari mimpi yg panjang.

Apa yang menariknya, beliau melihat orang Melayu adalah orang Islam & atas dasar itulah beliau menulis buku ini.

Seperti yg kita semua tahu, melalui namanya sahaja, kita pasti dapat mengagak yg beliau adalah berbangsa cina. Namun atas dasar persaudaraan Islam, beliau merasakan yg orang Melayu perlu diingatkan sebelum terlambat.

Abg sendiri pun masih belum sempat utk mendapatkan buku berkenaan, olahan intipati buku tersebut abg tahu melalui temuramah terbuka dengan penulis buku berkenaan di sebuah stesen Radio tempatan.

Abg menyeru kepada anda semua, terutama warga e-kampung utk mendapatkan buku tersebut dipasaran & membacanya.

Sesiapa yg sudah membacanya, marilah kita bincangkan intipati perbincangannya di e-kampung ataupun di facebook abg mavles blog.

Semoga ianya memberi manafaat utk kita bersama.

Sekian, Wassalam..

0 comments:

Post a Comment