Saturday, March 28, 2009

Hukum Merokok dalam Islam

Rokok adalah Haram.


Mengikut pendapat Ulama' terkenal Yusuf Al-Qardawi, merokok adalah haram kerana faktor-faktor kesihatan. Mengapa ulama-ulama terdahulu mengatakannya makruh?.


Ini kerana ulama-ulama terdahulu tidak terdedah kepada kesan-kesan merokok kepada manusia. Mereka hanya melihat rokok pada bau asap sahaja tanpa mengetahui kesan buruk kepada kesihatan. Oleh yang demikian dijatuhkan hukum makruh kerana bau asap yang busuk.


Mengapa makruh rokok dari segi baunya? ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang memakan bawang merah, bawang putih dan kuchai, maka dilarang dia untuk masuk ke masjid, ianya kerana menganggu ketenteraman para jemaah yang lain untuk beribadah.


Berbalik kepada pandangan Yusuf Al-Qardawi pulak, beliau memandang kepada kesan rokok kepada kesihatan. Rokok boleh membawa seseorang perokok dan orang disekitarnya kepada pelbagai penyakit antaranya kanser dan banyak lagi.


ALLAH berfirman yang bermaksud: "Jangan kamu membunuh dirimu"


Kedua, Yusuf Al-Qardawi memandang kepada pembaziran. Merokok tidak mendatangkan apa-apa manafaat bahkan membawa pembaziran. Perokok sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk melepaskan gian rokok sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah dan bermanafaat.


Fikir-fikirkanlah...


Dipetik dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus di Singapura.

Read more »

Thursday, March 05, 2009

Terus memboikot...

Assalamualaikum kepada semua warga e-kampung yang dihormati dan dikasihi sekalian...


Agaknya kita semakin lupa tentang sesuatu yang telah berlaku beberapa minggu yang lalu, oleh kerana media cetak dan media elektronik yang semakin tidak memberi penekanan terhadap isu ini, maka kita jugak turut terlupa...


Demi agama dan demi penderitaan yang telah ditanggung dan dirasai oleh saudara kita di Gaza, Palestin, abg menyeru kepada semua untuk terus memboikot semua produk yang dibelakangi dan semua produk yang menyokong dan mendokong pergerakan dan kekejeman zionis...


Seperti yang kita tahu antara beberapa produk yang menyokong dan mendokong kekejaman zionis kepada saudara kita di Gaza adalah seperti berikut:-




dan banyak lagi...


Abg menyeru sangat jangan sesekali lupa kekejaman yang telah mereka lakukan kepada saudara kita disana..


TERUSKAN MEMBOIKOT....JANGAN SESEKALI MEMBELI PRODUK KELUARAN MEREKA...


Kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, pihak mereka sudah mengurangkan harga produk dan perkhidmatan mereka kerana kurangnya sambutan yang diberikan.....


Lihatlah betapa kita semua pengguna mempunyai kemampuan untuk memberikan mereka pengajaran diatas perbuatan mereka...


TERUSKAN MEMBOIKOT DEMI AGAMA DAN SAUDARA KITA...


Sekian, Jazakallah...

Read more »

Wednesday, March 04, 2009

Sakaratul Maut

Sakaratul Maut, Siapkah kita untuk menghadapinya ?




"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar."(niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).




"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim


(berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat


memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !"




Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan,karena


kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan


kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).




Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar.




Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan


dengan hati-hati.
Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap


teramat menyakitkan.




"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang".


(H.R. Ibnu Abu Dunya).




Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan


sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir didalam


kesibukannya sehari-hari.




Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal


itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia


kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia.


Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan


menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.




"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail, "Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke


rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.




Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba


saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh


Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap".
Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.




Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya"


itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum


dan menggiurkan.


"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail


(menguji Nabi Idris a.s).


"Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.


"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.


"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau


berkata:"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan


yang haram".




Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah.
Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu.


Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s. "Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.


"Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.


Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.


"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.


"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat."Atas izin Allah, aku sekedar


berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.




Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.


"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s


"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.


"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang.


Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah


rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris


a.s.


"Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.




Pada saat itu pula Alloh SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan




permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa


Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.




Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar


menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah


dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.


"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.


"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris


a.s. "Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.




MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris


a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Siapkah kita untuk menghadapinya ?

Read more »

Sunday, February 15, 2009

BERMIMPI PERANG MENGHARUNGI LAUTAN

BERMIMPI PERANG MENGHARUNGI LAUTAN




DARI Anas bin Malik ra. berkata: "Pada suatu hari Rasulullah SAW bertamu ke rumah Ummu Haram binti Malhan (ibu saudara Anas). Ummu Haram menjamu Rasulullah SAW menjelang tengah hari. Selesai makan, Rasulullah tidur sejenak (tidur Qailulah). Tiba-tiba Ra­sulullah SAW terbangun dalam keadaan tertawa. Melihat yang demikian Ummu Haram bertanya: "Mengapa engkau nampak gembira dan tertawa ya Rasulullah?"



Rasulullah SAW menjawab: "Satu kelompok dari umatku diperlihatkan kepadaku bahawa mereka pergi perang Fisabilillah. Mereka terpaksa mengharungi laut menuju ke tempat musuh."



Ummu Haram binti Malhan berkata: "Doakanlah kepada Allah supaya aku dijadikan-Nya termasuk di dalam kelompok mereka itu." Rasulullah SAW mendoakannya kemudian beliau berbaring lagi dan kemudian tertidur. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW bangun lagi dalam keadaan gembira dan tersenyum. Melihat yang demikain Ummu Haram bertanya: "Mengapa engkau nampak gembira dan tersenyum ya Rasulullah?"



Rasulullah SAW menjawab: "Satu kelompok dari umatku diperlihatkan kepadaku mereka pergi perang Fisabilillah. Mereka terpaksa mengharungi laut menuju ke tempat musuh."



Mendengar yang demikian Ummu Haram berkata: "Doakanlah kepada Allah supaya aku termasuk dalam kelompok mereka itu." Rasulullah SAW menjawab: "Engkau sudah termasuk dalam kelompok yang pertama tadi."



Mimpi Rasulullah SAW itu menjadi kenyataan. Ummu Hararn binti Malhan ikut berperang dengan mengharungi lautan pada zaman pemerintahan Muawiyah. Dia tergelincir dari kapal kemudian jatuh ke laut dan mati ditempat kejadian.



Intisari Hadith:-


Adapun kesimpulan dan hukum yang diambil dari mimpi atau cerita Rasulullah itu adalah sebagai berikut:


1. Boleh bercita-cita mati syahid. Ummu Haram, sekalipun dia wanita, dia ingin mati syahid. Ketika Rasulullah SAW mengatakan melihat dalam mimpinya satu kelompok dari umatnya pergi berperang melalui jalan laut dan mereka mati syahid di laut itu, maka Ummu Haram meminta Rasulullah supaya mendoakan dirinya termasuk dalam kumpulan itu. Mimpi Rasulullah itu memang benar, doanya makbul, sehingga Ummu Haram akhirnya mati syahid.


2. Dalam agama kita disuruh tidur Qailulah kerana dengan tidur itu akan menguatkan badan kita untuk mengerjakan ibadat pada waktu malam. Tidur Qailulah maksudnya tidur sebentar menjelang masuknya waktu Zuhur. Dalam hadis di atas tadi Rasulullah pun tidur menjelang masuknya waktu Zuhur dan waktu itulah beliau bermimpi melihat umatnya pergi berperang.


3. Hadith itu menerangkan keutamaan mati syahid atau perang Fisabilillah. Rasulullah SAW tertawa setelah bangun tidur tentunya kerana bergembira melihat umatnya yang bakal mendapat mati syahid.


4. Dalam hadith itu Rasulullah SAW menerangkan peristiwa yang akan terjadi, ternyata memang berlaku. Ini menunjukkan bahawa mimpi-mimpi Rasulullah itu benar. Ini adalah salah satu tanda kenabian beliau.


5. Boleh bergembira atau tertawa sekadarnya ketika mendapat kesenangan atau nikmat. Rasulullah SAW bergembira melihat semangat umatnya berjihad, begitu juga melihat ganjaran yang bakal mereka terima.

Read more »