Tuesday, May 07, 2013

DAP???

Salam Semua,

Terdetik dihati abg, bukannya hilang keyakinan tetapi demi agama & negara terasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan DAP dalam PR.

Kebangkitan sokongan terhadap DAP perlu disangsi kerana ianya adalah seperti satu gerakan rahsia yang tiba-tiba meletuskan satu fenomena yang mengancam.

Untuk mengenal kawan & lawan, kita perlu mengkaji & merujuk kepada latar belakang serta sejarah lampau mereka.

Ternyata dengan latar belakang kepimpinan & keperibadian mereka yang lalu kita mampu menilai sekurang-kurangnya serba sedikit tentang mereka. Jika orang yang dinilai telah berubah sekalipun kita masih mampu membuat pemerhatian untuk melihat kejujurannya untuk berubah.

Keadaan kita semakin membimbangkan. Senang bagi kita mengenal & memerangi musuh yang terang-terangan mengaku dia adalah musuh tetapi berdepan dengan musuh dalam selimut boleh menyebabkan kita tidak dapat tidur lena.

Alangkah indahnya jika baginda Rasulullah S.A.W masih bersama kita ketika ini. Tidak perlulah kita risau siapa kawan & siapa lawan kerana baginda mampu mengetahuinya melalui wahyu ALLAH. Tapi jelas ianya mustahil.

Ya ALLAH, kau berikanlah petunjuk kepada kami dalam mengenal & menilai kawan & lawan sebelum terlambat supaya kami kenal mereka sebenarnya.  Dedahkanlah jika disekitar kami itu adalah musuh supaya kami tidak terlambat. ...amiinn

Wallahualam. ..

Read more »

Inilah video Kristianisasi yang abg pernah terima suatu masa dahulu…

Salam Semua Saudara SeislamKu,

Abg menyeru kepada semua yang mengaku Islam & mencintai ALLAH & Rasulullah S.A.W., ambillah masa anda untuk menonton & mendengar rantaian video yang abg sertakan dibawah.

Ianya tentang apa yang amat kita bimbangi iaitu proses memurtadkan orang Islam yang sedang giat dilakukan tanpa kita sedari.

Jangan lagi kita lena & leka dari mimpi indah, sebelum terlambat…

Untuk makluman, abg sendiri pernah menerima VCD video ini dari seorang teman lebih dari 5 tahun yang lepas.

-- Jumlah Video 1 hingga 6 --

1

2

3
4
5
6

Read more »

Sunday, May 05, 2013

PRU13: Perubahan Dicetus, Ini Kalilah.

Salam Semua, semoga anda semua berada didalam lindungan & rahmat ALLAH...amiinn.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH diatas kasih sayangNYA, kita dikurniakan kesihatan & kekuatan utk memartabatkan Islam dinegara kita yang tercinta ini.

Marilah kita sama2 menggunakan kuasa undi kita dengan sebaik mungkin bagi memastikan Islam sentiada diatas & sentiasa menjadi rujukan dalam pentadbiran negara.

Ingatlah bahawa ucapkanlah Bismillah & mohon petunjuk dari ALLAH serta memohon kepadaNYA untuk kemenangan perjuangan Islam.

InsyaALLAH pasti ada perubahan malam ini. Auranya amat hebat...

Takbir. ..ALLAHUAKBAR. ...

Read more »