Sunday, November 24, 2013

Selamat Bercuti & Berhati-hati selalu.

Sempena musim cuti sekolah ini, abg yakin ramai yang telah merancang untuk membawa ahli keluarga untuk bersiar-siar sambil bercuti ditempat-tempat menarik. Kemana pun destinasi yang kita rancang & bakal kita tujui. Mulakan dengan persediaan yang terbaik.

Pastikan segala keperluan dibawa bersama. Elakkan penyediaan keperluan disaat-saat akhir.

Apa yang paling penting sekali adalah langkah-langkah keselamatan samaada keselamatan dalam perjalanan ataupun keselamatan harta benda yang kita tinggalkan sementara itu.

Seperti biasa maklumkan kepada jiran anda tentang ketiadaan anda nanti. Minta jasa baik jiran untuk sama-sama menjaga keselamatan rumah kita.

Manakala untuk keselamatan semasa perjalanan pula pastikan kenderaan yang akan kita naiki diperiksa & diselenggarakan serta sentiasa berada dalam keadaan baik.

Dapatkan rehat yang secukupnya demi untuk memastikan kita dapat memandu kenderaan dengan baik & segar.

Apa yang paling penting, sebelum memulakan perjalanan nanti jangan lupa berdoa supaya perjalanan anda sentiasa mendapat rahmat & perlindungan ALLAH. .. amiinn. .

Abg doakan agar anda semua sentiasa bergembira bersama keluarga & sentiasa dilindungi ALLAH selalu.... amiinn.

Read more »