Wednesday, May 25, 2011

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Saturday, May 21, 2011

Dosa memilih Pemimpin yang Mungkar

Ceramah dari Uztaz Azhar Idrus

Intisari & Ringkasan Ceramah:-

  1. Dosa yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan ditanggung oleh rakyat.
  2. Namun jika kita tahu pemimpin tersebut melakukan mungkar tetapi kita memilihnya untuk menjadi pemimpin kita maka segala dosa dan maksiat yang dilakukan akan kita sama-sama mendapat “saham akhirat” (dosa/pahala) daripada apa yang dilakukannya.
  3. Berlainan pula jika semasa kita memilihnya dia adalah seorang yang baik tetapi setelah berkuasa maka dia telah membuat mungkar maka kita tidak akan mendapat “saham” dari dosa yang dilakukannya itu.
  4. Ada juga diantara “orang-orang agama” yang hanya mendiamkan diri diatas kemungkaran yang berlaku hanya kerana upahnya yang tidak seberapa sedangkan hukuman akhirat nanti jauh lebih siksa & azab.
  5. Sesiapa yang menyokong atau bersubahat didalam kemungkaran akan dihumban kedalam api neraka. (Waliyazubillah)
  6. Oleh yang demikian, pilihlah pemimpin yang betul yang bencikan kemungkaran.
  7. Bagi mereka yang pernah memberi undi kepada pemimpin yang mungkar bersegeralah bertaubat selagi ada waktu & perbetulkan kesilapan anda sebelum terlambat.
  8. Memberi sokongan kepada pemimpin yang mungkar sama dosanya menentang ajaran Rasulullah S.A.W.

Read more »

Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Lembah Azwin, Hulu Langat.

Salam kepada semua,

Berita yang baru abg terima dari seorang teman, Rumah Anak Yatim di Lembah Azwin, Hulu Langat Selangor telah ditimbusi runtuhan tanah runtuh akibat hujan lebat & ribut petir yang baru sahaja berlaku petang ini.

Dikhabarkan setakat ini 6 orang penghuninya telah terselamat manakala dianggarkan seramai 24 orang masih lagi tidak dijumpai.

Abg memohon kepada semua untuk sama-sama mendoakan semoga 24 orang lagi yang masih tidak dijumpai akan dijumpai dengan selamatnya…amiinnn..

YA-ALLAH selamatkanlah mereka YA-ALLAH…amiinn..

Sekian, Wassalam… Sad smile

Read more »

KATEGORI SOLAT: Apakah kategori Kita???

Di Padang Mahsyar nanti, Allah memanggil manusia untuk diperiksa solat mereka. Solat dikategorikan
kepada beberapa peringkat: 
l. Solat Si Jahil.
2. Solat Si Lalai.
3. Solat Orang Yang Separuh Lalai Separuh Khusyuk.
4. Solat Orang Khusyuk.
5. Solat Para Nabi dan Rasul.

A. SOLAT SI JAHIL
Solat Si Jahil ialah solat yang dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang solat. Dia tidak tahu rukun dan sunat serta dilakukan tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Oleh itu, awal-awal lagi
solatnya ditolak malah dia berdosa kerana tidak belajar (Maknanya hukum belajar atau menuntut ilmu
dinamakan wajib sebelum wajib)

B. SOLAT SI LALAI
Solat Si Lalai ialah solat yang sempurna zahirnya tetapi hatinya tidak langsung hadir dalam solat.
Bermacam-macam hal yang diingatkan sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam solatnya. Dari
awal hingga akhir, hatinya sedikitpun tidak mengingati Allah. Solat jenis ini tidak mendapat pahala
malah dibalas dengan Neraka Wail (Lihat Suratul Maauun dan hayatilah tafsirannya untuk keinsafan
diri).

C. SOLAT ORANG YANG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK
Solat orang yang separuh lalai separuh khusyuk ialah solat yang di dalamnya berlaku tarik-menarik
dengan syaitan, Maknanya orang itu sentiasa sedar, bila syaitan mula melalaikannya dari Allah, cepat-
cepat dikembalikan ingatannya kepada Allah. Begitulah yang berlaku hingga akhir solat. Ada waktu
lalai, ada waktu khusyuk. Solat begini tidak berdosa tetapi juga berpahala, malah orang ini dimaafkan.

D. SOLAT ORANG KHUSYUK
Solat orang yang khusyuk ialah sepanjang solatnya itu penuh ingatan kepada Allah dan kepada apa
yang dibacanya. Orang ini dapat merasakan bahawa dia sedang menghadap Allah, perhatiannya tetap
kepada Tuhan, memohon ampun kepada Allah, berdoa kepada Nya, menghina diri kepada Nya dan
mengagungkan yang diibadati Nya.

Solat beginilah yang akan menghapuskan dosa, memperbaharui ikrar ubudiah, menguatkan iman,
mendekatkan hati kepada Allah, meningkatkan takwa dan mengclakkan diri dari perbuatan keji dan
mungkar. Itulah keuntungan di dunia yang diperolehinya. Di Akhirat Allah anugerahkan pahala dan
syurga yang penuh kenikmatan (Lihat: Awal Suratul Mukminun serta hayati tafsirannya demi
peningkatan taqwa).

E. SOLAT PARA NABI DAN RASUL
Solat Para Nabi dan Rasul ini ialah solat peringkat tertinggi. Khusyuk mercka sangat luar biasa.
Mereka melihat Allah dengan mata hati, solat mereka seakan-akan berbual-bual dengan Allah. Sebab itu
mereka tidak pernah jemu. Bagaimana indahnya perasaan hati orang yang bertemu kekasihnya, begitulah
indahnya perasaan mereka di dalam solat.

Solat adalah salah satu ibadah yang dicintai Rasullullah SAW, sepertimana sabdanya yang bermaksud:
"Solat adalah Penyejuk mataku ". Syurga yang akan`Allah anugerahkan kepada golongan ini ialah syurga
yang tertinggi yang tidak tcrcapai oleh orang-orang awam (maksudnya sebagaimana mukmin biasa).
Justeru itu, tingkatkan diri dalam mempcrbaiki ibadah utama ini di samping memperbanyak solat sunat
supaya kita terus mendapat bantuan Allah dalam bermujahadah. Lakukanlah bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan khusyuk. Dengan bermujahadah kita akan dapat mempertingkatkan iman, sekurang-
kurangnya iman ayan, Iman tahap ketiga inilah yang memungkinkan kita mencapai maqam khusyuk di
dalam solat.

Dalam kontek ini, kita hendaklah merapatkan diri dengan mereka yang berkeahlian dalam ibadat dan
memperdalami selok beloknya secara ikhlas agar dengannya mendapat taufiq Ilahi dan hati merasai
seronok dalam menuntut keredhaan-Nya. lni cucuk dengan wasiat Nabi SAW terhadap Sayyidina Ali :
"Tiga alamatnya orang berbahagia: Memakan makanan yang halal, Solatnya lima waktu dengan berjemaah dan
bergaul dengan orang-orang soleh".

Sumber: Gema Surau Ar-Ridhwan

(Nukilan: Abdul Hadi bin Mahmud)

Read more »

NAKBAH: Israel “Perang Kemerdekaan” dan Malapetaka Palestin (15 Mei 1948)

Othman Palestin & Talam Dua Muka British.

image

Palestin adalah sebahagian daripada Empayar Othmani (Turki) sehingga tahun 1918 ketika kerajaan itu jatuh pada akhir perang dunia pertama.

Sebelum ini, pada 1916, Kerajaan British telah membuat perjanjian rahsia dengan Perancis (perjanjian Sykes-Picot) untuk berkongsi Empayar Othman antara kedua—dua negara, sebahagian daripada Palestin diberi kepada Britian. Pada masa yang sama, British berjanji kepada kerajaan Palestin yang sedia ada akan menyerahkan Palestin dalam masa 10 tahun, sedangkan pada Deklarasi Balfour tahun 1917, Britian menyokong hak penempatan kepada 0rang—0rang Yahudi di Palestin. Di waktu itu bilangan rakyat Palestin adalah 800,000:730,000, Palestin Arab 650,000 Muslim, 80,000 Kristian dan 60,000 Yahudi.

Projek Zionis: Perkauman dan Pembersihan Etnik

Kesatuan zionis Eropah mempunyai rangkaian yang hebat pada kurun ke-19, berselindung disebalik gerakan keagamaan tetapi mempunyai agenda ketenteraan untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin. Di sini terjadinya rebutan bagi dua kelompok yang mendakwa mempunyai tanah yang sama; orang Palestin yang telah tinggal di sana selama berabad-abad dan zionis yang mendakwa Tuhan telah memberikan tanah itu kepada mereka dan mereka memerlukannya sebagai perlindungan dari anti-semitisme.


Pada tahun 1941, David Ben Gurion, Perdana Menteri Pertama Israel, berkata:

"Tidak dapat dibayangkan penghijrahan tanpa paksaan atau paksaan secara brutal"

Resolusi PBB 47/80 16 Disember1992

Perhimpunan Agung PBB menolakdasar dan ideologi yang bertujuan pembersihan etnik dalam bentuk apapun.


Kerana mengetahui cita-cita mereka tidak akan tercapai untuk mengambilnya dari arab maka mereka menggunakan pendekatan perkauman. Kepimpinan zionis tahu bahawa tanah itu sudah didiami dan menyedari bahawa Palestin tidak akan memberikan tanah mereka secara sukarela. Terjadilah dasar merebut tanah secara paksa dan mengusir atau membunuh rakyat tempatan suatu dasar disebut sebagai pembersihan etnik.

image

Kerana mengetahui cita-cita mereka tidak akan tercapai untuk mengambilnya dari arab maka mereka menggunakan pendekatan perkauman. Kepimpinan zionis tahu bahawa tanah itu sudah didiami dan menyedari bahawa Palestin tidak akan memberikan tanah mereka secara sukarela. Terjadilah dasar merebut tanah secara paksa dan mengusir atau membunuh rakyat tempatan suatu dasar disebut sebagai pembersihan etnik.

Peraturan Dibawah Mandat British

Daripada tahun 1918-1948 British telah diberikan mandat, pertama dari kumpulan bangsa-bangsa dan dari bangsa—bangsa bersatu, untuk memerintah Palestin sebagai tanah jajahan British. Kemajuan dari sudut kebendaan maju berbanding dengan negara—negara sekitarnya, perkhidmatan pendidikan, kesihatan, ékonomi pertanian yang aktif, sekitar tahun 1935, Palestin mula mengeksport 65% daripada pengeluaran dalam negaranya.

Britian cuba mencipta sebuah negara arab bersepadu bersama-sama masyarakat Yahudi, tapi pada masa yang sama menyokong rancangan zionis untuk mendirikan negara eksklusif dan membiarkan imigrasi Yahudi berskala besar.

Akhirnya meletus kekerasan antara penduduk majoriti Arab dan penduduk minoriti Yahudi. Ketika pertembungan paling parah meletus pada tahun 1936 secara brutal, Inggeris mengambil kesimpulan bahawa perdamaian Yahudi-Arab tidak akan berlaku. Pada tahun 1939 lnggeris mengesahkan menarik diri dari Deklarasl Balfour dan cuba melakukan sekatan terhadap imigrasi Yahudi dan pembelian tanah. Orang-orang Yahudi bertindak balas dengan kekerasan dan mula melawan lnggeris dan Palestin.

Semasa Perang Dunia ke—2 Palestin adalah pusat logistik utama untukTentera lnggeris untuk mengalahkan Hitler. Selepas Perang, masalah politik Palestin diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pada tahun1947 terhasilnya rancangan pembahagian dua negara.

Pada tahun 1948 jumlah penduduk Palestin adalah 1.7 juta orang, hanya 31% orang Yahudi, yang memiliki tidak lebih dari 6% tanah. Namun, 55% dari tanah itu telah diberikan kepada orang Yahudi, hanya tinggal 45% untuk Palestin.

Deklarasi Negara Israel

Rancangan pembahagian 0Ieh PBB diterima Zionis (walaupun hanya sebagai langkah taktikal sementara) tapi ditolak mentah-mentah oleh Palestin dan negara-negara Arab sekitarnya. Rancangan itu sendiri tidak sah kerana penduduk asal yang bersangkutan belum berunding, seandainya mereka berunding sekalipun, usul tersebut tetap akan ditolak.

Dari Mac 1948, Zionis melakukan rancangan dengan Iebih berhati-hati dengan melakukan "PLAN D", bertujuan mengambil alih semua logistik tentera peninggalan lnggeris, menggunakan kekuatan untuk menghapuskan Palestin seramai mungkin, memusnahkan kampung halaman mereka dan mengambil alih bandar- bandar utama. Perang ini Iakukan secara khusus terhadap orang awam, satu perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.

Israel mengisytiharkan kemerdekaan negaranya pada Mei 14,1948. Negara baru Israel diiktiraf oleh Amerika Syarikat pada hari berikut. PBB, dan Israel telah membina bandar bertembok dari Tebing Barat.

Nakba masih berterusan

Israel terus menolak untuk membenarkan 2-3 juta Palestin yang sekarang ini menjadi pelarian di negara-negara sekitarnya untuk kembali. Kawasan yang masih berbaki untuk pembentukan negara Palestin terbahagi kepada lima blok yang terputus dengan tembok pemisah hanya menyamai 13% dari jumlah keseluruhan Palestin. Jalan penyelesaian membina dua-negara dalam satu kawasan tanah bukan sahaja hampir

mustahil bahkan ia mustahil berlaku. Sikap tidak bermoral, melanggar undang-undang, dlskrimanasi kaum, kekejaman dan sikap jahat yang dllakukan oleh Zionls Israel mencerminkan keadaan mereka yang sebenar. Sejarah menunjukkan bahawa Inggeris mempunyai hutang yang perlu dibayar, dan kita berhutang kepada rakyat Palestin untuk menyokong perjuangan mereka membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.

image

20 April 2011 — Ketua gerakan Islam diwilayah yang dijajah, Palestin 48, Sheikh Raed Salah, berkata rakyat Palestin kemungkinan besar tldak dapat memenangi masalah tahanan Palestin yang merengkok di penjara-penjara lsrael, dengan syarat kita semua bersatu menangganinya dan beliau menegaskan bahawa lsu tahanan adalah lsu penting Palestin, demikian katanya ketika dliwawancara akhbar Palestin. Raed Salah menambah bahawa kita tidak boleh menyelesaikan masalah Palestin sehingga tahanan terakhir pulang ke rumah mereka dengan selamat, dan isu ini tiada tawar menawar atau diambil ringan.

Beliau menjelaskan Iagi, bahawa nasib rakyat Palestin dan penyebabnya, berkaitan rapat dengan nasib tahanan yang berada didalam Tebing Barat, Semenanjung Gaza, atau Golan.

Syeikh Raed mengucapkan salam kepada semua tahanan yang masih terpenjara dengan berkata, kami sesekali tidak dan tidak akan melupakan kamu semua, tidak akan senang hidup selagi mereka berada dipenjara, kecuali setelah kami melihat mereka tinggal bersama kami di bawah cahaya matahari bebas keluar ke rumah dengan keluarga mereka. Beliau mencontohkan pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela, yang ditahan Iebih 30 tahun di penjara, kebebasan tidak boleh ditutup serta menambah, demi Tuhan, masa untuk mereka bebas semakin dekat, kamu semua akan bebas walaupun kezaliman mencengkam, kami akan segera mengeluarkan kamu dari penjara penjajah ini.

image

21 April 2011 — Sumber Israel mendedahkan bahawa kerajaan mereka akan membuka selama beberapa minggu akan datang sebuah rangkaian terowong dl bawah tanah kawasan Masjid al-Aqsa untuk dijadikan tempat diziarahi ratusan ribu pelancong setiap tahun.

Dalam konteks ini, pakar-pakar ahli arkeologi menekankan keseriusan ancaman terhadap struktur bangunan Palestin di kota tua itu, realitinya adalah untuk kepentingan pendatang haram Yahudi dengan sokongan dari kerajaan mereka. Sejumlah terowong telah digali selama empat puluh tahun terakhir pada tahap dan keadaan yang berbeza—beza, yang didakwa telah dimulakan pada tahun enam puluhan Iagi sehingga abad ke-19, dihentikan sementara kemudian disambung semula pada zaman penjajahan Britian.

Di bawah skim tahap terakhir menyambungan terowong antara satu sama Iain, sehingga boleh memasukkan terowong dari kawasan Silwan yang paling dekat dengan Haram AI-Sharif di Iuar dinding kota tua itu sehingga menyambung ke Tembok Ratapan.

Jumlah Bayi Meningkat di Gaza

image

20 April 2011 - Menurut statistik di Jabatan Dalam Negeri jumlah bayi yang baru Iahir di Jalur Gaza dalam suku pertama tahun ini seramai 13,777 bayi, 7,202 adalah bayi Iaki-Iaki dan 6,575 perempuan dan Semenanjung Gaza menyaksikan kelahiran dalam sehari 151 orang bayi dalam tempoh antara 1 /1 hingga 31/3/2011.

Sumber: Buletin Aman Palestin (Surau MMU)

Read more »

Wednesday, May 18, 2011

Fakta atau Auta: Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

clip_image001Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

Kiriman: Seorang Teman

Read more »

Tuesday, May 17, 2011

Kontrak Mufti Perak disambung

Alhamdulillah, bagi abg inilah berita yang paling gembira sekali pada hari ini. Tergerak hati abg ingin melayari portal harian metro & berita harian.

Apabila selesai load, alangkah gembiranya membaca berita ini. Semoga ALLAH panjangkan Usia Mufti Perak & memberikan beliau kesihatan yang terbaik untuk terus berkhidmat…amiinn..

Bagi abg beliau adalah idola abg & juga seorang pejuang Islam yang berani pada masa sekarang.

---------------------------------------------------------------

Harian Metro:-

IPOH: Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985, berkata kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuatkuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.

"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan...saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak.

----------------------------------------------------------------------

Berita Harian:-

IPOH: Kontrak perkhidmatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985, berkata kontrak beliau yang tamat pada 8 April lalu sudah disambung untuk tiga tahun lagi, berkuatkuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.

"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan...saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak.
Semasa berucap pada majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berlangsung di sini pada sebelah pagi, Harussani dengan nada sebak berkata beliau kemungkinan tidak akan mempengerusikan muzakarah itu pada masa akan datang disebabkan faktor usia dan kesihatan. – BERNAMA.

Read more »

Monday, May 16, 2011

Wajah Penjenayah Simbah Asid

Photobucket

Lakaran wajah suspek psycho yang menyimbah asid kepada ramai wanita di KL yang disiarkan dalam Buletin Utama.

Bangsa : India

No Plat Motosikal: WPV 4963 (Honda EX5)

Mangsa: Perempuan Melayu Bertudung juga perempuan India

Tips : Jika terkena asid jangan sapu, siram dengan air yang banyak.

War-warkan kepada kawan-kawan supaya penjenayah ini cepat ditangkap.

Kiriman: musa basari @ e-kampung

Read more »

Selamat Hari Guru

Saban tahun hari ini pasti akan tiba, hari dimana kita memperingati jasa-jasa mereka yang telah menyumbangkan keringat, masa & kepandaian iaitu mereka yang kita gelarkan Guru atau pun Cikgu.

Kerjaya guru semakin hari semakin mencabar ekoran dari berubahnya mentaliti & juga sikap pada pelajar yang banyak terdedah dengan contoh & pengaruh media barat.

Jika kita lihat pada masa dulu kurang berlakunya sikap kurang ajar pelajar kepada Guru, bahkan guru dihormati & disanjung kerana mereka inilah yang akan menyumbang tenaga bagi memberikan jaminan kehidupan yang lebih bermakna kepada pelajar kelak.

Bukan pelajar sahaja, masyarakat terutama pada ibubapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dalam proses mendidik.

Ibubapa memberikan kebenaran 100% kepada guru untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka walaupun terpaksa menggunakan rotan.

Masih teringat masa abg kecil dulu, jika dimaklumkan kepada ibubapa yang kita telah dipukul cikgu disekolah, pasti ibubapa tersebut akan menambah hukuman yang dikenakan bukannya memarahi & memaki-hamun & malah menyaman guru seperti yang  berlaku sekarang.

Sikap yang beginilah telah menjatuhkan martabat profesen perguruan pada masa sekarang. Gelaran yang dulunya gah kini telah diperkotak-katikkan oleh tindakan segelintir ibubapa yang terlalu sayangkan anak tidak bertempat.

Namun ada juga kes yang mana melibatkan kelakuan guru itu sendiri. Sikap & akhlak guru sekarang juga telah menyumbang secara langsung kepada kejatuhan maruah gelaran guru itu sendiri.

Ramai diantara guru-guru sekarang tidak menjadikan kerjaya guru ini sebagai satu minat atau pilihan utama tetapi ianya adalah merupakan pilihan terakhir dalam kerjaya.

Ini telah menyebabkan tumpuan mental, hati & juga perasaan tidak diberikan sepenuhnya semasa mengajar. Hanya seperti melepaskan batuk ditangga.

Ada pula beberapa kes yang mana ada guru-guru terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti dadah dsb. Tidak kurang pula guru yang mengambil kesempatan dengan mencabul pelajarnya sendiri.

Perkara-perkara seperti ini telah melunturkan kepercayaan & rasa hormat masyarakat kepada kerjaya guru.

Kebelakangan ini pula banyak media yang mendedahkan kes-kes salahlaku guru yang menekankan status guru tersebut terutamanya yang bergelar Ustaz.

Media seolah-olah cuba men”sensasi”kan cerita mereka dengan menampakkan title Ustaz itu tidak memberikan sebarang makna pada masyarakat.

Ini telah menyebabkan rasa hormat & sanjungan kepada golongan Ustaz secara tidak langsung akan luntur dari jiwa masyarakat terutama golongan remaja yang baru mencari identiti mereka.

Oleh yang demikian, abg berpesan kepada semua  guru-guru yang ada terutama sekali di Malaysia. Jagalah tingkahlaku, perbuatan serta tutur kata anda semua.

Anda semua adalah dipilih oleh ALLAH untuk menjadi pendidik anak bangsa. Pilihan ini bukan lagi hanya kebetulan ataupun “last resort” pilihan terakhir tetapi telah tersurat yang anda telah dipilih untuk mendidik.

Oleh yang demikian, jangan hanya menekan proses pendidikan itu diberikan didalam bilik darjah atau dikelas sahaja tetapi juga diluar kelas.

Sentiasa jaga penampilan & tingkah laku anda kerana pada pelajar anda sentiasa memperhatikan anda walalupun semasa anda diluar. Oleh itu jadilah contoh yang terbaik kepada pelajar anda.

Kembalikan semula martabat & maruah kerjaya guru dimata semua ahli masyarakat. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Selamat Hari Guru”

Sekian, Wassalam….

Read more »

Tuesday, May 10, 2011

4 Perempuan Isi Neraka

Ceramah dari: Ustaz Kazim Elias

Intisari & Ringkasan Ceramah:-

4 Jenis Perempuan yang menjadi Isi Neraka:-

  1. Jahat Perkataan kepada suami, kondem cakap Suami. Mengungkit. Mengutuk Suaminya.
  2. Perempuan yang membuat Suaminya tidak mampu, dibodohkan suaminya. Buat Suami mengikut telunjuknya. Mintak permintaan yang tak mampu disediakan oleh Suami.
  3. Perempuan yang taknak menutup dirinya daripada laki-laki, tidak memakai tudung, tidak menutup aurat.
  4. Perempuan yang hanya suka makan & seronok-seronok sahaja. Tidak mahu sembahyang, hanya makan-minum & tidur.

Hukum bagi Isteri yang engkar/bantah, tidak mahu ikut pada ajaran/arahan suami adalah termasuk dalam dosa-dosa yang besar & dimurkai oleh ALLAH S.W.T serta dimasukkan kedalam Neraka.

Technorati Tags:

Read more »

Isteri: Jangan Melawan Suami

Ceramah dari Uztaz Azhar Idrus:-

Intisari & Ringkasan Ceramah:-

  1. Bagi Lelaki ketaatan tidak akan berubah walaupun selepas kahwin. Ketaatan kepada Ibu & Bapa.
  2. Manakala Isteri perlu taat kepada suami selepas kahwin kerana wanita yang perlu taat pada orang yang menanggung dosanya.
  3. Suami yang akan menanggung dosa Isteri setelah berkahwin.
  4. Antara 4 jenis perempuan yang akan mendiami dasar neraka adalah Perempuan yang berkata buruk/kasar kepada Suami.
  5. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan Isteri tinggal-tinggalkan.
  6. Suami adalah seorang yang lebih tinggi darjat & kedudukannya kepada Isteri lebih dari darjat seorang raja mahupun pemerintah negera.
  7. Nescaya, Jika seluruh badan suami disaluti nanah & si isteri menjilatnya kesemuanya pun masih belum tertunai hak seorang suami itu.
  8. Hanya ada Istilah Isteri derhaka kepada suami yang akan masuk neraka tetapi tidak ada istilah suami derhaka kepada isteri akan masuk neraka.

Read more »

Dasyatnya Doa Seorang Ibu.

Assalamualaikum Semua,

Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2, adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

1. Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

2. Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

3. *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

4. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

5. Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka:-

  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  • Membaca quran sehingga menitis air mata.
  • Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

6. 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor:-

  • Anak
  • Ibu
  • Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

  • Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu.
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
  • Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut.
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
  • *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik.
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”:-
    • “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
    • *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
    • Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan.
    • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah.
    • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah.
    • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”.
    • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”.
    • Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.
  • *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!.
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!.
  • *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
  • Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time.
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala! .
  • *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
  • *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.
  • Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu.

  • Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
  • Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi / budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok / rasa mengantuk selepas asar.
  • Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
  • Symptom dah terkena saka:-
    • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
    • Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
    • Susah nak dapat anak, senang gugur.
    • Ada rasa kelibat orang lalu.
    • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
    • Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
    • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah

  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

Anak Degil

  • *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK:-
    • Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi J.
    • You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Sunday, May 08, 2011

Sentiasalah Bersyukur & Mengingati ALLAH

Keratan Video yang baik utk dikongsikan, dengarlah dengan teliti jikalau pada waktu malam yang tenang dengan menggunakan Earphone. Nescaya anda akan kenali iman anda.

Read more »

Saturday, May 07, 2011

Straws for drinks/juices dangerous !

Straws for drinks/juices....dangerous !

CHECK THE STRAW BEFORE YOU PLACE IT INSIDE THE DRINK
Very Important – Please read and pass along.


Useful information:
I ordered a Club Sandwich and a Sprite in a restaurant at the mall. When I finished half of the sandwich I sipped the Sprite. It didn't taste like the usual Sprite I drink. So I sipped once more, but it still tasted the same. It tasted like a Sprite mixed with some kind of oil.
I called the clerk and asked him if the Sprite had expired.. He said it was just delivered today. So I asked him to taste it. Then he also found that something was  wrong with it.


Both of us were wondering for a while. Then I got to look inside the straw. There were a lot of tiny black round things that looked like eggs. So I cut the middle of the straw lengthwise to have a better look.. Yuck. There were a lot of tiny black round things in it.. I suppose they were cockroach eggs. About 1000 eggs were there. Then I began to check all the other straws in the box one by one. Almost all of them contained black eggs that seemed to be either the cockroach eggs or excretions..


After the incident I began to check all the straws in the restaurants and fast food chains that I had gone to.. Almost of all the straws contained the same black eggs. Especially the darker the colors of straws, the more black eggs were found. In black straws, extreme amount of black eggs were found. It was found out that it's because the cockroaches live (hatch eggs and excrete) in the dark places.


* 80% or more restaurants in the malls use red or black colored straws.


SO NEXT TIME.... BE CAUTIOUS.... . CHECK THE STRAW BEFORE YOU PLACE IT INSIDE THE DRINK.

Kiriman: Gee @ e-kampung

Technorati Tags: ,

Read more »

Sunday, May 01, 2011

Hak Saudara Seislam ketika Bersin

Setiap dari kita pasti juga pernah mengalami bersin. Tapi tahukah bahwa saat kita bersin agar mengucapkan pujian kepada Yang Maha Pengasih ( Ar Rahman ) yaitu dengan mengucap Al hamdulillah. Karena saat kita bersin terhambur dari badan ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Pentingnya sesuatu yang kebanyakan merugikan tubuh kita. Jadi bersin merupakan sebuah anugrah yang mendatangkan manfaat yang besar bagi tubuh kita.
Kemudian bagi orang yang mendengar orang lain bersin dan lalu memuji Allah agar membalas pujian tersebut. Rasulullah bersabda:
"Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum "(HR. Bukhari, 6224)
Mengucapkan syukur dengan mengucapkan Al hamdulillah setelah kita bersin itu sunat namun menjawabnya menjadi sebuah kewajiban bagi yang mendengarnya. Karena itu termasuk dari pada 5 hak seorang muslim yang berarti wajib depenuhi oleh muslim lain.
sabda Rasullullah Shalallahu ‘Alaihi wassalam :
“ Hak Muslim atas muslim lainnya : Menjawab salam, Menjenguk orang sakit, Mengantar jenazah, Menjawab bersin dan Memenuhi undangan”
Muttafaqun Alaihi
Jadi mari kita penuhi hak saudara muslim kita dengan menjawabnya ketika dia bersin.

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Hadith 144

Hadith 144:

Daripada Annas ra katanya, “Tiga orang telah datang mengunjungi rumah isteri-isteri Nabi Muhammad saw bertanyakan hal ibadah Rasulullah. Ketiga mereka diberitahu, seolah-olah mereka merasa sedikit beribadah.

Mereka berkata, dimanakah kita hendak diukur dengan Rasulullah saw, Baginda telah diampuni dari dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian. Maka tidak mengapalah Baginda mengerjakan ibadah dengan cara sedikit.

Salah seorang daripada rombongan itu berkata, “Sesungguhnya aku sentiasa hendak mengerjakan sembahyang diwaktu malam”. Salah seorang lagi berkata, “Aku hendak berpuasa sepanjang masa, tidak pernah tinggal (walaupun  sehari)”. Seorang yang lain pula berkata, “Aku hendak menjauhkan diri daripada perempuan (tidak berkahwin) selama-lamanya”. Maka dating Rasulullah saw menemui mereka lalu bersabda, “Kamu telah berkata sedemikian rupa, tidakah aku ini orang yang paling takut dari kalangan kamu dan paling bertakwa kepada Allah SWT? Tetapi aku berpuasa, aku berbuka, aku juga bersembahyang, aku juga tidur dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka menurut jejak langkah ku bukanlah daripada aku”.

(Al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadith:

1. Sahabat-sahabat Rasulullah saw sentiasa menjadikan Baginda sebagai tempat rujukan dan tauladan.

2. Islam melarang seseorang yang berbangga dengan amalannya dan menceritakan pula kepada orang lain.

3. Setiap orang hendaklah beribadat mengikut sunah Rasulullah saw tanpa melampaui batas serta bercanggah dengan syarak.

Dipetik daripada Kitab Riyadhus Solihin, Jilid 1.
Karangan Sheikh Imam Nawawi dan diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Kiriman: Gee @ e-kampung

Technorati Tags:

Read more »

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

 

1.         PENUBUHAN

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970sebagaimana diperuntukan pada Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada Mac 1968.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersidang buat pertama kalinya pada 23 hingga 24 Jun 1970 yang dipanggil dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut berlangung sebanyak 18 kali dan yang terakhir diadakan pada 14 Mei 1980. Kemudiaannya penggunaan perkataan Persidangan ditukar kepada perkataan Muzakarah. Maka pada tarikh 28 hingga 29 Jun 1981 diadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Kali Pertama.

2.      TUGAS

Tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut pada Perkara 14 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja.

3.       KEANGGOTAAN

Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada:

i.    Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;

ii.    Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;

iii.   Lima orang alim ulama yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan

iv.   Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan

Mengikut Perkara 13 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menyatakan bahawa tiap-tiap ahli melainkan Pengerusi dan Mufti-Mufti hendaklah daripada calon-calon yang diperakukan oleh Perdana Menteri, selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun, tetapi ia adalah layak dilantik semula. Ia hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

4.         KAEDAH PENGELUARAN HUKUM/PANDANGAN SYARAK OLEH JAWATANKUASA FATWA

             Pengeluaran hukum/pandangan syarak oleh Jawatankuasa adalah melalui dua cara ;

i. Arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

               Proses pengeluaran hukum/pandangan syarak ini bermula apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan hukum atau pandangan syarak tentang sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa akan diadakan dan apabila Mesyuarat bersetuju mengeluarkan hukum atau pandangan syarak, maka hukum atau pandangan syarak berkenaan akan dirafa’kan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Hukum atau pandangan syarak yang telah diterima oleh Majlis Raja-Raja tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa/Perundingan Syarak Negeri-negeri tanpa boleh dipinda dan seterusnya akan diwartakan oleh negeri berkenaan sebagai fatwa.

ii.            Tanpa Arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Proses pengeluaran hukum atau pandangan syarak ini adalah melalui permohonan dari masyarakat Islam atau pihak-pihak tertentu. Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah atau Mesyuarat Panel Kajian Akidah mengikut kategori isu yang dibincangkan. Seterusnya satu kertas kerja berserta keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah / Akidah akan dibentangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Keputusan dan pandangan yang diputuskan dalam Muzakarah ini akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa / Perundingan Syarak Negeri-negeri dan negeri boleh meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan. Maka seterusnya dilakukan proses pewartaan sebagai fatwa di peringkat negeri-negeri.

Pihak-pihak tertentu yang pakar akan dipanggil untuk memberikan pandangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang tidak jelas atau memerlukan penjelasan dan taklimat terperinci supaya semua Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mendapat maklumat yang tepat bagi membuat dan memutuskan keputusan.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my

Read more »

Kenali Pengerusi-Pengerusi JKF


TAN SRI DATO’ ABD. JALIL BIN HJ. HASSAN


Pengerusi JKF Yang Pertama (1970 hingga 1990)

Tan Sri Dato’ Abd. Jalil Bin Hj. Hassan dilahirkan pada 10 Januari 1912M(Syawal1332H) di No. 7 Kg. Serom, Muar, Johor Darul Takzim. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Johor dan kemudiannya pada tahun 1925 hingga 1927 beliau menyambung pengajian di Royal Inggeris School Singapura. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke Maahad Al-Azhari Bil Jamik Al-Azhar As Syarif Fil Kasam Al Ibtidai’ dan Sanawi di Kaherah, Mesir (1930-1938). Kemudian beliau menyambung pengajian di Kuliyah Usuluddin, Universiti Al-Azhar dan berjaya memperolehi Syahadah Al-A’Liyah Kuliah Usuluddin Al-Azhar pada tahun 1944. Akibat peperangan Jepun dengan Malaya, beliau tidak dapat pulang ke tanahair dan tertahan di Mesir sehingga Disember 1946,


DATO' SYEIKH ABDUL HALIM BIN OSMAN


Pengerusi JKF Ke-2 (1991 hingga 1992)

Dato' Syeikh Abdul Halim dilahirkan pada 31 Oktober 1910 di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jitra dan kemudiannya mendapat ilmu keagamaan bermula secara pondok di Madrasah Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Limbong Kapal, Alor Star, Kedah. Pada tahun 1927, beliau menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda.


TUAN GURU DATO’ HAJI TAJUDIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN


Pengerusi JKF Ke-3 (1994 hingga 1999)

Dato’ Haji Tajudin dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan 1343H bersamaan 18 Septe 1924M). Nama penuh beliau ialah Haji Tajudin bin Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi. Bagaimanapun beliau lebih dikenali dengan berbagai panggilan bersesuaian dengan sikap, sifat dan kebolehan serta pribadi yang dimilikinya. Panggilan-panggilan seperti Tok Ayah dan Tok Guru merupakan dua panggilan yang begitu sinonim terutama bagi murid-murid dan masyarakat setempat.


DATO’ DR. ISMAIL BIN IBRAHIM


Pengerusi JKF Ke-4 (2000 hingga 2005)

Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim telah dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kg. Matang Berangan, Mukim Pinang Tunggal Kuala Muda Kedah. Bapa beliau, Hj. Ibrahim bin Wan Hanafi merupakan seorang yang sangat dihormati oleh masyarakat setempat dan merupakan Penghulu Kg. Matang Berangan. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Fatimah Abd. Ghani, seorang bekas tenaga pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah dikurniakan dua(2) orang anak, Ahmad Zaki dan Ilham Zakiah. Kedua-duanya merupakan peguam lepasan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN


Pengerusi JKF Ke-5 (2005 hingga sekarang)

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor dilahirkan di kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. Bapanya Haji Husin seorang guru agama kampung dan ibunya Hajah Maryam seorang surirumah tangga. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tebing Tinggi dan kemudian menyambung pelajarannnya di peringkat menengah di Sekolah Al-Junid Singapura.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my

Technorati Tags:

Read more »

Apa Itu Fatwa?

Definisi Fatwa

Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:

  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:

  1. Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
  2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
  3. Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
  4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
  5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.

Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI

Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikatnegeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarahbagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan  melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my

Technorati Tags:

Read more »

Snake caught in Calumpit, Philippines

Inilah dia gambar seekor Ular Sawa yang berjaya ditangkap di Calumpit, Filipina tidak lama dahulu.

Setelah dibelah perutnya, didapati terdapat satu mayat manusia yang sempurna sifatnya yang juga dipercayai telah menjadi habuan Ular Sawa tersebut.

image

image

image

image

Read more »

Gymnastics in China

Kesian kanak-kanak ini, dipaksa menjalani latihan yang berat & keras pada usia yang terlalu mentah. Tidak hairanlah China mempunyai atlet Gimnastik yang hebat:-

image

image

image

image

Kesian…

Technorati Tags:

Read more »

9 jenis anak setan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :-

  1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
  2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
  3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
  4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
  5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
  6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
  7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) -
  8. Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

  9. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
  10. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Kenali musuh anda ini untuk peranginya habis-habisan…

Technorati Tags:

Read more »

KL Zaman Dulu

image

image

image

image

image

Technorati Tags:

Read more »

SUARA WANITA: Aurat atau Bukan ?

Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Tidak dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dalam perkara ini. Pada kesempatan kali ini, sekali lagi kita akan turut membahaskan perkara ini. Apa yang bakal kami tampilkan di sini merupakan prinsip yang dipegang oleh penulis setelah mengkaji secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) berdasarkan nash-nash yang ada. Sekiranya para pembaca menginginkan penjelasan lanjut, anda dialu-alukan berhubung terus dengan sidang redaksi.

Adakah boleh mendengar nyanyian dari seorang wanita ? Apakah kedudukannya dan bagaimanakah seharusnya sikap dan pendirian kita ? Mungkin persoalan sedemikian rupa sering berlegar di benak pemikiran kita. Ada yang mengatakan bahawa yang boleh didengar adalah nyanyian dari lelaki, sedangkan nyanyian seorang wanita adalah haram untuk didengar. Alasannya, suara wanita itu aurat (hal yang tidak boleh ditampilkan). Jawapannya wallahu ‘alam.

Walaupun nyanyian yang memalukan itu haram dikerjakan bila disertai dengan perbuatan haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya ditempat maksiat (contohnya konsert secara langsung), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan sipenyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikkannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya. Inilah yang diharamkan oleh syara’, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu.

Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya ? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima bai’at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.

Selain itu, syara’ telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran kepada kaum wanita untuk melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara’ akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara’ melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]

Syara’ tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikkan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]

Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang ma’ruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan yang mungkar.

Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:

“Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya dii dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya.” [HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i dan Ibn Majah]

Jadi, itulah sedikit penjelasan ringkas yang dapat kami berikan berhubung perkara ini. Sebarang komentar bolehlah dipanjangkan kepada kami. InsyaAllah kami sedia menerima sebarang komentar anda. Wallahu ‘alam.

Sumber: http://unity99.tripod.com

Technorati Tags: ,

Read more »