Sunday, May 01, 2011

Kenali Pengerusi-Pengerusi JKF


TAN SRI DATO’ ABD. JALIL BIN HJ. HASSAN


Pengerusi JKF Yang Pertama (1970 hingga 1990)

Tan Sri Dato’ Abd. Jalil Bin Hj. Hassan dilahirkan pada 10 Januari 1912M(Syawal1332H) di No. 7 Kg. Serom, Muar, Johor Darul Takzim. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Johor dan kemudiannya pada tahun 1925 hingga 1927 beliau menyambung pengajian di Royal Inggeris School Singapura. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke Maahad Al-Azhari Bil Jamik Al-Azhar As Syarif Fil Kasam Al Ibtidai’ dan Sanawi di Kaherah, Mesir (1930-1938). Kemudian beliau menyambung pengajian di Kuliyah Usuluddin, Universiti Al-Azhar dan berjaya memperolehi Syahadah Al-A’Liyah Kuliah Usuluddin Al-Azhar pada tahun 1944. Akibat peperangan Jepun dengan Malaya, beliau tidak dapat pulang ke tanahair dan tertahan di Mesir sehingga Disember 1946,


DATO' SYEIKH ABDUL HALIM BIN OSMAN


Pengerusi JKF Ke-2 (1991 hingga 1992)

Dato' Syeikh Abdul Halim dilahirkan pada 31 Oktober 1910 di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jitra dan kemudiannya mendapat ilmu keagamaan bermula secara pondok di Madrasah Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Limbong Kapal, Alor Star, Kedah. Pada tahun 1927, beliau menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda.


TUAN GURU DATO’ HAJI TAJUDIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN


Pengerusi JKF Ke-3 (1994 hingga 1999)

Dato’ Haji Tajudin dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan 1343H bersamaan 18 Septe 1924M). Nama penuh beliau ialah Haji Tajudin bin Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi. Bagaimanapun beliau lebih dikenali dengan berbagai panggilan bersesuaian dengan sikap, sifat dan kebolehan serta pribadi yang dimilikinya. Panggilan-panggilan seperti Tok Ayah dan Tok Guru merupakan dua panggilan yang begitu sinonim terutama bagi murid-murid dan masyarakat setempat.


DATO’ DR. ISMAIL BIN IBRAHIM


Pengerusi JKF Ke-4 (2000 hingga 2005)

Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim telah dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kg. Matang Berangan, Mukim Pinang Tunggal Kuala Muda Kedah. Bapa beliau, Hj. Ibrahim bin Wan Hanafi merupakan seorang yang sangat dihormati oleh masyarakat setempat dan merupakan Penghulu Kg. Matang Berangan. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Fatimah Abd. Ghani, seorang bekas tenaga pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah dikurniakan dua(2) orang anak, Ahmad Zaki dan Ilham Zakiah. Kedua-duanya merupakan peguam lepasan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN


Pengerusi JKF Ke-5 (2005 hingga sekarang)

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor dilahirkan di kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. Bapanya Haji Husin seorang guru agama kampung dan ibunya Hajah Maryam seorang surirumah tangga. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tebing Tinggi dan kemudian menyambung pelajarannnya di peringkat menengah di Sekolah Al-Junid Singapura.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my

Technorati Tags:

0 comments:

Post a Comment