Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Saban tahun hari ini pasti akan tiba, hari dimana kita memperingati jasa-jasa mereka yang telah menyumbangkan keringat, masa & kepandaian iaitu mereka yang kita gelarkan Guru atau pun Cikgu.

Kerjaya guru semakin hari semakin mencabar ekoran dari berubahnya mentaliti & juga sikap pada pelajar yang banyak terdedah dengan contoh & pengaruh media barat.

Jika kita lihat pada masa dulu kurang berlakunya sikap kurang ajar pelajar kepada Guru, bahkan guru dihormati & disanjung kerana mereka inilah yang akan menyumbang tenaga bagi memberikan jaminan kehidupan yang lebih bermakna kepada pelajar kelak.

Bukan pelajar sahaja, masyarakat terutama pada ibubapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dalam proses mendidik.

Ibubapa memberikan kebenaran 100% kepada guru untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka walaupun terpaksa menggunakan rotan.

Masih teringat masa abg kecil dulu, jika dimaklumkan kepada ibubapa yang kita telah dipukul cikgu disekolah, pasti ibubapa tersebut akan menambah hukuman yang dikenakan bukannya memarahi & memaki-hamun & malah menyaman guru seperti yang  berlaku sekarang.

Sikap yang beginilah telah menjatuhkan martabat profesen perguruan pada masa sekarang. Gelaran yang dulunya gah kini telah diperkotak-katikkan oleh tindakan segelintir ibubapa yang terlalu sayangkan anak tidak bertempat.

Namun ada juga kes yang mana melibatkan kelakuan guru itu sendiri. Sikap & akhlak guru sekarang juga telah menyumbang secara langsung kepada kejatuhan maruah gelaran guru itu sendiri.

Ramai diantara guru-guru sekarang tidak menjadikan kerjaya guru ini sebagai satu minat atau pilihan utama tetapi ianya adalah merupakan pilihan terakhir dalam kerjaya.

Ini telah menyebabkan tumpuan mental, hati & juga perasaan tidak diberikan sepenuhnya semasa mengajar. Hanya seperti melepaskan batuk ditangga.

Ada pula beberapa kes yang mana ada guru-guru terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti dadah dsb. Tidak kurang pula guru yang mengambil kesempatan dengan mencabul pelajarnya sendiri.

Perkara-perkara seperti ini telah melunturkan kepercayaan & rasa hormat masyarakat kepada kerjaya guru.

Kebelakangan ini pula banyak media yang mendedahkan kes-kes salahlaku guru yang menekankan status guru tersebut terutamanya yang bergelar Ustaz.

Media seolah-olah cuba men”sensasi”kan cerita mereka dengan menampakkan title Ustaz itu tidak memberikan sebarang makna pada masyarakat.

Ini telah menyebabkan rasa hormat & sanjungan kepada golongan Ustaz secara tidak langsung akan luntur dari jiwa masyarakat terutama golongan remaja yang baru mencari identiti mereka.

Oleh yang demikian, abg berpesan kepada semua  guru-guru yang ada terutama sekali di Malaysia. Jagalah tingkahlaku, perbuatan serta tutur kata anda semua.

Anda semua adalah dipilih oleh ALLAH untuk menjadi pendidik anak bangsa. Pilihan ini bukan lagi hanya kebetulan ataupun “last resort” pilihan terakhir tetapi telah tersurat yang anda telah dipilih untuk mendidik.

Oleh yang demikian, jangan hanya menekan proses pendidikan itu diberikan didalam bilik darjah atau dikelas sahaja tetapi juga diluar kelas.

Sentiasa jaga penampilan & tingkah laku anda kerana pada pelajar anda sentiasa memperhatikan anda walalupun semasa anda diluar. Oleh itu jadilah contoh yang terbaik kepada pelajar anda.

Kembalikan semula martabat & maruah kerjaya guru dimata semua ahli masyarakat. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Selamat Hari Guru”

Sekian, Wassalam….

0 comments:

Post a Comment