Saturday, May 21, 2011

KATEGORI SOLAT: Apakah kategori Kita???

Di Padang Mahsyar nanti, Allah memanggil manusia untuk diperiksa solat mereka. Solat dikategorikan
kepada beberapa peringkat: 
l. Solat Si Jahil.
2. Solat Si Lalai.
3. Solat Orang Yang Separuh Lalai Separuh Khusyuk.
4. Solat Orang Khusyuk.
5. Solat Para Nabi dan Rasul.

A. SOLAT SI JAHIL
Solat Si Jahil ialah solat yang dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang solat. Dia tidak tahu rukun dan sunat serta dilakukan tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat. Oleh itu, awal-awal lagi
solatnya ditolak malah dia berdosa kerana tidak belajar (Maknanya hukum belajar atau menuntut ilmu
dinamakan wajib sebelum wajib)

B. SOLAT SI LALAI
Solat Si Lalai ialah solat yang sempurna zahirnya tetapi hatinya tidak langsung hadir dalam solat.
Bermacam-macam hal yang diingatkan sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam solatnya. Dari
awal hingga akhir, hatinya sedikitpun tidak mengingati Allah. Solat jenis ini tidak mendapat pahala
malah dibalas dengan Neraka Wail (Lihat Suratul Maauun dan hayatilah tafsirannya untuk keinsafan
diri).

C. SOLAT ORANG YANG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK
Solat orang yang separuh lalai separuh khusyuk ialah solat yang di dalamnya berlaku tarik-menarik
dengan syaitan, Maknanya orang itu sentiasa sedar, bila syaitan mula melalaikannya dari Allah, cepat-
cepat dikembalikan ingatannya kepada Allah. Begitulah yang berlaku hingga akhir solat. Ada waktu
lalai, ada waktu khusyuk. Solat begini tidak berdosa tetapi juga berpahala, malah orang ini dimaafkan.

D. SOLAT ORANG KHUSYUK
Solat orang yang khusyuk ialah sepanjang solatnya itu penuh ingatan kepada Allah dan kepada apa
yang dibacanya. Orang ini dapat merasakan bahawa dia sedang menghadap Allah, perhatiannya tetap
kepada Tuhan, memohon ampun kepada Allah, berdoa kepada Nya, menghina diri kepada Nya dan
mengagungkan yang diibadati Nya.

Solat beginilah yang akan menghapuskan dosa, memperbaharui ikrar ubudiah, menguatkan iman,
mendekatkan hati kepada Allah, meningkatkan takwa dan mengclakkan diri dari perbuatan keji dan
mungkar. Itulah keuntungan di dunia yang diperolehinya. Di Akhirat Allah anugerahkan pahala dan
syurga yang penuh kenikmatan (Lihat: Awal Suratul Mukminun serta hayati tafsirannya demi
peningkatan taqwa).

E. SOLAT PARA NABI DAN RASUL
Solat Para Nabi dan Rasul ini ialah solat peringkat tertinggi. Khusyuk mercka sangat luar biasa.
Mereka melihat Allah dengan mata hati, solat mereka seakan-akan berbual-bual dengan Allah. Sebab itu
mereka tidak pernah jemu. Bagaimana indahnya perasaan hati orang yang bertemu kekasihnya, begitulah
indahnya perasaan mereka di dalam solat.

Solat adalah salah satu ibadah yang dicintai Rasullullah SAW, sepertimana sabdanya yang bermaksud:
"Solat adalah Penyejuk mataku ". Syurga yang akan`Allah anugerahkan kepada golongan ini ialah syurga
yang tertinggi yang tidak tcrcapai oleh orang-orang awam (maksudnya sebagaimana mukmin biasa).
Justeru itu, tingkatkan diri dalam mempcrbaiki ibadah utama ini di samping memperbanyak solat sunat
supaya kita terus mendapat bantuan Allah dalam bermujahadah. Lakukanlah bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan khusyuk. Dengan bermujahadah kita akan dapat mempertingkatkan iman, sekurang-
kurangnya iman ayan, Iman tahap ketiga inilah yang memungkinkan kita mencapai maqam khusyuk di
dalam solat.

Dalam kontek ini, kita hendaklah merapatkan diri dengan mereka yang berkeahlian dalam ibadat dan
memperdalami selok beloknya secara ikhlas agar dengannya mendapat taufiq Ilahi dan hati merasai
seronok dalam menuntut keredhaan-Nya. lni cucuk dengan wasiat Nabi SAW terhadap Sayyidina Ali :
"Tiga alamatnya orang berbahagia: Memakan makanan yang halal, Solatnya lima waktu dengan berjemaah dan
bergaul dengan orang-orang soleh".

Sumber: Gema Surau Ar-Ridhwan

(Nukilan: Abdul Hadi bin Mahmud)

0 comments:

Post a Comment