Thursday, November 20, 2014

AWAS Kristianisasi di Malaysia!!!


Salam Semua,
Ini merupakan salah satu ancaman yang besar kepada umat Islam. Pihak berkuasa sendiri tidak mampu untuk mengekang penularan wabak yang teruk ini.

Fenomena yang pernah abg dedahkan suatu masa dulu kini semakin kritikal. Abg mohon kepada semua saudara-saudara seakidah abg untuk terus berhati-hati dengan wabak ini.

Berikan anak-anak anda semua bimbingan agama yang kukuh, pantau setiap pergaulan mereka terutama kepada anak-anak remaja & belia.

Kenali rakan-rakan mereka ini demi untuk mengelakkan mereka dari terdedak dengan penularan wabak murtad ini.

Lakukanlah segera sebelum terlambat. Sentiasalah berhati-hati dengan keadaan persekitaran kita demi untuk kita sama-sama menjadi harta yang tak ternilai harganya iaitu akidah & pegangan iman kita.

Sebarkan kepada semua kenalan anda untuk makluman & perhatian semua.

Sekian, Wassalam.

Read more »

Saturday, November 01, 2014

Wajarkah???

Macammana pihak stesen minyak ingin membezakan pendapatan seseorang?..

Akan wujudkah satu projek untuk orang-orang tertentu membina perisian & juga peralatan yang akan menelan belanja yang lebih besar dari tanggungan subsidi minyak kerajaan???...

Read more »

Tuesday, July 15, 2014

Bantuan ALLAH... ALLAHUAKBAR! !!!

Semoga ALLAH akan memberikan bantuan terhadap kemampuan roket HAMAS untuk melakukan serangan balas kepada Israel...amiinn..

Tujuan kami bukan untuk membalas dendam tetapi berjuang untuk mempertahankan diri, negara & agama.

ALLAHUAKBAR! !!!

Read more »

Kereta Jenazah utk yg masih hidup

Fenomena biasa saban tahun, pasti ada yang sudi untuk diiring menaiki kenderaan yang biasanya untuk mereka yanv telah meninggal dunia.

Abg yakin pasti tidak ada lagi orang-orang seperti ini jika hukum hudud dilaksanakan.

Kenapa?, kerana kesedaran Ramadan kepada seluruh umat Islam dinegara ini akan lebih baik dengan hukuman yang lebih berat...

Wallahualam.

Read more »

Fesyen...

Salam Semua,

Pakaian merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui pakaian kita dapat menilai pendirian & sifat seseorang individu.

Pandangan sesetengah orang bahawa tidak ada apa pada pakaian yang penting adalah hati adalah satu pandangan yang hipokrit.

Sifat, keperibadian serta dalaman seseorang individu akan tersurat melalui cara dia berpakaian. Berpakaian sopan akan menunjukkan kesopanan si pemakai, berpakaian menjolok mata adalah melambangkan kemurahan si pemakai.

Berfesyen tidak menjadi satu masalah bagi orang Islam, apa yang penting adalah ianya mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.

Islam menggalakkan kita semua berpakaian bersih, sopan, cantik mengikut kemampuan kita. Tapi sentiasa berpegang kepada pada batas yang telah ditetapkan.

Oleh itu, berhati-hatilah memilih pakaian sebelum dipakai, buat telahan, rujuk kepada para ulama & ustaz sebelum membelinya. Semoga tindakan berhati-hati kita ini akan mendapat keredhaan ALLAH & seterusnya makam yang tertinggi iaitu taqwa...

Wallahualam.

Read more »

Seloka penuh makna...

Read more »

Saturday, July 12, 2014

Proxy israel sanggup menidakkan yang hak.


Salam Semua,

Lama rasanya abg tidak berbicara diblog sendiri. Kekangan waktu membataskan segalanya.
Namun apabila keluarnya statement-statement yang amat teruk ini tergerak untuk abg komen.
Apatah lagi dengan peristiwa yang menyayat hati yang menimpa saudara kita di Palestin.

Jelas sekali kita mungkin tidak mampu untuk pergi ke sana untuk turut berjuang tetapi segala usaha yang boleh membantu saudara kita disana seperti doa, sedekah & juga dengan apa jua tindakan yang boleh melumpuhkan pihak lawan.

Salah satunya melalui tindakan kita memboikot barangan keluaran pihak lawan yang mana mampu melumpuhkan ekonomi mereka. Sebagai orang Islam, kita seharusnya mengalakkan bukannya melarang & yang lebih malang lagi menidakkan usaha tersebut.

Ianya jelas menunjukkan orang-orang ini adalah proxy israel yang takut pada ancaman musuh Islam. Ini merupakan suatu perjuangan demi untuk membantu saudara kita. Mana pulak silapnya.
Sememangnya jelas, bagi yang melarangnya ada masalah dengan imannya & kecintaannya kepada saudara sesama Islam.

Oleh yang demikian, abg menyeru kepada semua umat Islam yang beriman & yang sayangkan saudaranya untuk memboikot semua jenis produk buatan & keluaran Israel.

Kita tidak akan mati kalu kita tidak menggunakan barangan keluaran mereka...banyak lagi barangan keluaran tempatan yang boleh mengantikannya.

Teruskan memboikot demi perjuangan kita utk saudara kita.

Wallahualam.

Read more »

Rancang Haji utk Anak Anda.



Kini, ibubapa perlu memainkan peranan untuk merancang ibadah haji untuk anak-anak mereka.
Ini bagi memberi peluang kepada anak-anak untuk menikmati & menunaikan haji pada usia yang lebih muda jika dibandingkan dengan peluang yang diperolehi oleh generasi sekarang.

Seperti yang kita tahu, generasi kini perlu menunggu lama untuk mendapatkan tempat bagi menunaikan ibadah haji. Ada kemungkinan giliran mereka akan tiba pada usia yang sangat tua & mungkin juga sudah meninggal dunia.

Perancangan awal terutama dari segi kewangan akan membantu anak-anak untuk layak menunaikan ibadah haji dengan lebih awal kerana pada usia yang muda lagi (kanak-kanak), mereka telah mula menunggu giliran untuk mendapatkan tempat.

Semoga ini dapatkan memudahkan generasi muda dalam melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.

Wallahualam.

Read more »