Saturday, July 12, 2014

Rancang Haji utk Anak Anda.



Kini, ibubapa perlu memainkan peranan untuk merancang ibadah haji untuk anak-anak mereka.
Ini bagi memberi peluang kepada anak-anak untuk menikmati & menunaikan haji pada usia yang lebih muda jika dibandingkan dengan peluang yang diperolehi oleh generasi sekarang.

Seperti yang kita tahu, generasi kini perlu menunggu lama untuk mendapatkan tempat bagi menunaikan ibadah haji. Ada kemungkinan giliran mereka akan tiba pada usia yang sangat tua & mungkin juga sudah meninggal dunia.

Perancangan awal terutama dari segi kewangan akan membantu anak-anak untuk layak menunaikan ibadah haji dengan lebih awal kerana pada usia yang muda lagi (kanak-kanak), mereka telah mula menunggu giliran untuk mendapatkan tempat.

Semoga ini dapatkan memudahkan generasi muda dalam melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.

Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment