Sunday, September 23, 2012

Revolusi Kopiah

Baru-baru ini kita diperkenalkan dengan "revolusi setanjak" yang mana abg akui ianya adalah satu langkah yang baik untuk kita mengekalkan akar tradisi pemakaian salah satu dari pakaian tradisional kita.

Melalui revolusi ini peserta digalakkan untuk memakai setanjak kemana sahaja mereka pergi bagi menunjukkan kesungguhan dalam memperkenalkan semula setanjak kepada semua orang.

Namun disini abg ingin mengajak & memperkenalkan satu revolusi baru yang mana ianya adalah salah satu amalan Rasulullah S.A.W iaitu "Revolusi Kopiah".

Semua peserta perlu memakai kopiah walau kemana sahaja mereka pergi. Ianya adalah amalan sunnah yang mana jelas kita akan diberikan ganjaran pahala.

Oleh yang demikian, abg menyeru kepada semua anda diluar sana untuk sama-sama menghidupkan amalan sunnah ini.

Mungkin ada diantara kita yang berpendapat hanya orang tua & orang yang dalam ilmu agama sahaja yang berhak untuk memakai kopiah dikepala.

Sebenarnya, semua orang berhak untuk mendapat ganjaran sunnah ini. Inilah revolusi yang ingin abg perkenalkan & sama-samalah kita mengamalkannya & mendapat ganjaran darinya.

Hidup revolusi kopiah...

Wassalam.

Read more »

Friday, September 21, 2012

Imamkanlah Jenazah Ibu Bapa Kita & Panduan Solat Jenazah.

Apabila ditanya kepada setiap ibu bapa yang mengharapkan keredaan Allah SWT, adakah mereka ingin anak-anak lelaki mereka atau menantu-menantu lelaki mereka agar salah seorang daripadanya boleh mengimamkan solat jenazah dan mendoakan mereka? Maka sudah pasti itu adalah impian setiap daripada mereka yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.

Namun, adakah kita sebagai anak sudah bersedia untuk menunaikan perkara tersebut dengan sebaiknya. Sedangkan suasana hari ini kita lebih gemar menolaknya supaya orang lain seperti imam masjid dan orang lain yang tidak ada pertalian dengan kita mengimamkan solat jenazah ibu bapa kita, buat hanya sekadar menuntut tuntutan fardu kifayah. Adakah kita seperti itu?

Walhal, itulah khidmat yang terakhir yang sangat diharapkan oleh setiap yang bergelar ibu bapa. Di saat getir menghadapi saat kematian, maka mereka mengharapkan ada doa-doa yang ikhlas supaya dapat mendoakan keampunan buat mereka sebelum masuk ke liang lahad yang lebih hebat dan mencabar daripada alam dunia ini. Di dalam hadis sahih mengatakan bahawa: “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu; Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.”

Berdasarkan hadis ini, kita dapat lihat hikmahnya apabila Allah SWT hanya menerima doa-doa yang ikhlas. Kita bayangkan apabila orang lain yang mengimamkan jenazah ibu bapa kita, maka kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan mereka dalam menunaikan tugasan tersebut. Tetapi apabila kita yang mengimamkan solat jenazah ibu bapa kita, sudah pasti kita dapat mengukur sendiri sejauh mana keikhlasan yang ada pada diri kita selaku anak yang ingin mengharapkan keredaan dan keampunan buat ibu bapa kita yang sedang berada di alam barzakh.

Jika setiap daripada kita menghayati kata-kata nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar Al-khattab r.a. bertanya: “Adakah akan dikembalikan akal-akal kita (di dalam kubur kelak)?” Nabi menjawab: “Ya, ia akan dikembalikan sebagaimana keadaan kamu sekarang”. (Riwayat Ahmad No 6603, 2/172: Ibnu Hibban, 7/387 Majma’ Zawaid, 3/47)

Maka sudah pasti kita akan kesian memikirkan keadaan mereka di alam barzakh kelak jika amalan mereka kurang dan dosa mereka banyak. Sedarlah bahawa kita ada peluang untuk menyelamatkan mereka di sana iaitu dengan kesolehan kita supaya kita manfaatkannya buat ibu bapa kita setelah mereka berganding bahu dan bersusah – payah membesarkan kita serta memberikan didikan yang sempurna.

Mari kita pasakkan niat yang ikhlas agar suatu hari nanti kita dapat mengimamkan solat jenazah serta dapat mendoakan mereka dengan penuh khusyuk. Belajarlah, kerana ia sangat mudah.

Ringkasan Susunannya

1. Imam berdiri berhadapan dengan kepala mayat lelaki. Sekiranya mayat tersebut perempuan maka imam berdiri berhadapan dengan bahagian tengah badan mayat tersebut

2. Menyusun tiga shaff (barisan)

3. Niat di dalam hati untuk mengerjakan solat Jenazah

“Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala”

4. Takbiratul Ihram (takbir pertama)

5. Membaca surah al-Fatihah

6. Takbir kedua

7. Membaca selawat ke atas Nabi

8. Takbir ketiga

9. Mendoakan ke atas mayat

10. Takbir keempat

11. Mendoakan ke atas mayat

12. Memberi salam ke kanan dan ke kiri

13. Bacaan sesudah salam:-

a) Surah Al-Ikhlas 3 kali.

b) Surah Al-Falaq 1 kali.

c) Surah An-Nas 1 kali.

d) Surah Al-Fatihah 1 kali.

e) Surah Al-Baqarah ayat 1-5.

f) Ayat Kursi 1 kali.

g) Doa yang sesuai.

Akhirnya, menunaikan solat jenazah adalah perkara yang sangat mudah, apa salahnya jika kita yakinkan diri untuk menjadi imam jenazah buat ibu bapa kita tanda penghormatan terakhir kita kepada mereka.

Kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kita sejak daripada kecil dahulu.

Maafkanlah, andai kata mereka jahil dalam mendidik kita. Supaya mereka bahagia hidup di sana, di pangkuan tuhan yang Maha Pengampun. Percayalah, bahawa kita adalah syafaat besar buat mereka di sana.

- Wallahualam -

# kiriman seorang teman #

Read more »

Monday, September 17, 2012

Isu penyebaran movie menghina Rasulullah S.A.W

Salam Semua,

Sekali lagi kita digemparkan dengan penghinaan yang dilakukan oleh orang kafir terhadap manusia yang paling kita sayangi iaitu Nabi kita.

Penghinaan ini seharusnya dipandang serius oleh semua umat Islam khususnya kita diMalaysia.

Terus-terang abg katakan yang abg sendiri masih tidak melihat video tersebut, namun apa sahaja yang berkaitan penghinaan kepada Rasulullah seharusnya kita sudah tidak boleh duduk diam.

Penghinaan ini haruslah ditentang habis-habisan kerana ianya melibatkan batang tubuh & maruah baginda.

"Kami rela mati keranaMu"

Sekian. Wassalam.

Read more »