Sunday, June 26, 2011

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis Manusia!

image

Makanan tiruan kini kerap menjadi isu, khabarnya dunia mengalami krisis makanan global. Dan ada pihak yang bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan mencari inisiatif untuk mencipta makanan tiruan seperti telur ayam tiruan, daging lembu tiruan dan yang terbaru Jepun telah muncul dengan inovasi baru iaitu menghasilkan daging burger dari bahan buangan manusia!

Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak.

Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.

63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20 kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.

Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. Dan video berikut adalah tentang kajian Profesor ini sendiri.

Bila manusia dah terlebih cerdik???!!!!

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Sunday, June 19, 2011

Apa Dah Jadi dengan Logo Halal di Penang??

Bak kata orang tua-tua “Sudah Terang Lagi Bersuluh” tanda halal pada makanan yang sah haram disisi Islam.

Ianya tercetak pada setiap menu di kedai Makanan bukan Islam yang berada di Pulau Pinang.

image

image

Foto^: Logo Halal jelas kelihatan pada kulit menu.

Perkara ini bukan lagi perkara yang seharusnya dipandang ringin kerana sudah ada pihak-pihak yang kurang ajar cuba untuk memperlekehkan kepentingan Umat Islam.

image

image

Foto^: Hidangannya pula jelas adalah babi.

Loga Halal adalah merupakan satu simbol yang amat penting bagi orang Islam sebagai penanda keramat pada produk tidak kiralah pada makanan atau produk lain yang digunakan seharian.

Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah atau isu ini bagi memberi pengajaran kepada pihak yang kurang ajar ini.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak perlu untuk menunggu laporan terlebih dahulu bahkan sebaliknya pihak berkuasa turun padang bagi mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang bertanggungjawab mempermainkan keutuhan dan maruah logo Halal.

Jika perkara ini berterusan pastinya kepercayaan terhadap Logo Halal akan semakin luntur bahkan Orang Islam pasti akan kehilangan tanda rujukan kepada kesasihan Halal setiap produk terutamanya produk makanan yang akan menjadi darah daging kita selamanya.

Sesuatu yang haram yang memasuki tubuh badan kita ini akan meninggalkan kesan secara langsung & tidak langsung. Sudah tentu sekali kesan yang akan tinggal menjadi darah daging kita ini adalah tidak elok & memudaratkan.

Makanan yang haram yang masuk kedalam jasad kita akan meninggalkan kesan secara langsung pada akhlak & tingkah laku. Anak-anak yang memakan makanan haram samaada makanan itu haram atau dari sumber pendapatan haram maka anak-anak ini akan lebih degil, pemarah, kurang ajar & kasar.

Makanan haram yang dimakan yang mendiami batang tubuhnya akan membuatkan mereka ini jauh dari perkara yang baik.

Para penyelidik Islam sendiri telah berpendapat bahawa salah satu penyebab keruntuhan moral & ahklak remaja kita sekarang adalah kesan dari makanan haram yang masuk kedalam badan mereka sejak kecil lagi.

Bertindaklah sebelum terlambat demi Islam yang Tercinta…fikirkanlah…

Sekian, Wassalam…

Read more »

Hukum menyebut OOO! M.G - (Oh My God)

image

Sebaiknya kita menyebut “Subhanallah” dari menyebut OMG. Ini kerana ianya jelas lebih menjurus niat & perkataan kita adalah kerana ALLAH.

OMG hanya melambangkan ikutan kita terhadap amalan & perkataan orang barat yang tidak bermatlamat. Ucapan yang disebut hanyalah sebutan kosong tanpa makna.

“Sesungguhnya ikutan yang dari perbuatan & perkataan adalah datangnya dari Sunnah Rasulullah S.A.W" bukannya pengaruh barat.

Wallahu Alam….

Read more »

Bayi Tiruan

image

Dulu riuh pasal telur tiruan, daging tiruan. Sekarang ni timbul pulak pasal bayi tiruan. Hebat nya manusia zaman sekarang.
Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England , Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip sengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi.
Anak patung yang dinamakan “reborn babies” ini dibuat semirip mungkin dengan bayi yang sebenar. Kelembutan plastiknya hampir tidak ada bezanya dengan kulit bayi. Begitu juga dengan warna kulit dan matanya. Jarinya juga dilengkapi kuku dan kepalanya memiliki rambut tipis seperti bayi. Yang paling unik, anak patung ini boleh mengeluarkan air liur.

image

Anak patung ini itu tidak dibuat dengan jumlah yang banyak. Pembeli harus memesannya terlebih dulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan. Kerena itu harganya cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.
Selain para pengumpul anak patung, pembelinya ialah para ibu yang kehilangan bayinya meninggal. Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun, yang puterinya meninggal kerana leukemia pada usia tujuh tahun.
Hasty menamakan anak patungnya “Abby” dan meletaknya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. “Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi,” katanya.
Bagi Hasty, Abby bukan sekadar anak patung. “Saya tahu dia tidak akan sakit dan tidak akan mati. Saya tidak akan merasa tertekan lagi,” kata ibu kepada seorang anak lelaki yang memberinya cucu perempuan berusia lapan tahun.

image

Ada juga wanita yang memesan anak patung itu kerana ingin memiliki anak tetapi tidak mempunyai waktu untuk menjaganya. Alasan mereka, anak patung ini tidak bertambah besar sehingga tidak perlu sering membeli baju.
Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ialah bayi sebenar. Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis harus memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta.

Kiriman: Seorang Kenalan

Read more »

Saturday, June 11, 2011

Laut Galilee , Dajjal Dan Kiamat

Sebut sahaja Laut Galilee mungkin sudah pasti ramai yang menggaru-garukan kepalanya. Persoalan pertama yang mungkin terpacul di dalam fikirannya ialah dimanakah letaknya Laut Galilee ini ? Keduanya sudah pasti akan terbayang di dalam kepalanya bahawa ianya sama sahaja dengan mana-mana laut lain di mana airnya masin.

image

Sebenarnya, Laut Galilee ini merupakan sebuah tasik air tawar yang terletak di bahagian utara negara Israel. Ia merupakan sebuah   destinasi perlancongan yang penting di Israel. Banyak hotel mewah dan restoran dibina di sini bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke sini pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.

image

image

Laut ini dikenali dengan berbagai-bagai nama, di antaranya ialah   Laut Galilea, Tasik Tiberias dan Tasik Kinneret. Uniknya ialah, laut ini terletak 220 meter di bawah paras laut, separuh dari kedalaman laut mati iaitu 441 meter. Orang Israel menyebutnya sebagai Kinnereth. Ia memberi maksud “Kinar Dawwod” iaitu “harp of David,” Ini kerana, Sea of Galilee jika dipandang dari udara seperti sebuah alat muzik. Laut ini  adalah sebuah tasik air tawar yang terendah di dunia. Tasik ini mempunyai keluasan kira-kira 53 kilometer persegi dan mempunyai kedalaman lebih daripada 200 meter.

image

Foto^: Laut Galilee dari angkasa, kelihatan seperti alat muzik.

Laut air tawar ini sangat penting dan strategik serta seringkali menjadi punca kepada konflik kerana ianya membekalkan sumber air tawar untuk minuman dan pengairan bagi negara-negara sekitar khususnya Israel, Lebanon dan Jordan. Terdapat 27 jenis ikan di sini dan yang paling popular ialah ikan Talapia. Ia juga merupakan salah satu punca kepada Sungai Jordan yang hulunya terletak  di utara Israel dekat Kibbutz Sede Nehemya dan mengalir ke hilir di Laut Galilee terus ke Laut Mati. Sungai sepanjang 251 kilometer ini menjadi sebahagian daripada sempadan antara Israel dan negara Jordan.

image

Laut Mati Semakin Masin

Menurut laporan, Laut Mati dikatakan menjadi semakin masin akibat daripada   paras air lautnya yang semakin merosot. Laut Mati dilaporkan telah merosot lebih 20 meter semenjak 40 tahun lepas. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Jordan menunjukkan bahawa paras air laut tersebut  merosot sebanyak 1 meter setiap tahun dan semakin meningkat semenjak Israel menguasai sumber yang menjadi punca kepada Sungai Jordan selepas penjajahan Israel ke atas Tebing Barat selepas Perang Arab-Israel pada tahun 1967.

image

Foto^: Bahagian hulu Sungai Jordan yang berpunca dari Laut Galilee.

image

Foto^: Bahagian hilir Sungai Jordan dan Laut Mati.

Punca kepada kepada fenomena tersebut menurut laporan itu ialah akibat daripada kegiatan Israel selama kira-kira 30 tahun, yang melencongkan kebanyakan daripada anak-anak sungai yang mengalir ke Sungai Jordan dan mengawal  air yang mengalir dari Laut Galilee yang mengakibatkan paras air sungai teruk terjejas. Selain itu, Israel juga telah mengepam air daripada Laut Galilee bagi tujuan pengairan di Negev dan kawasan-kawasan lain di Israel.

Kemerosotan Paras Air Laut Galilee

Akibat daripada tindakan rakus pihak berkuasa Israel, bukan sahaja paras air Laut Mati merosot, bahkan juga lebih teruk kerana mengakibatkan paras air Laut Galilee yang menjadi sebahagian daripada punca air Laut bagi Mati juga terjejas dengan teruk.

Menurut laporan Israel Today pada 2 Januari 2008, paras air Laut Galilee akan mencapai paras terendah dalam tempoh 5 tahun. Air laut tersebut telah surut lebih 12 kaki di bawah paras “red line”.

Akhbar Haaretz.com pada 11 Mac 2008,  telah melaporkan paras air di Laut Galilee yang menjadi pembekal air yang utama kepada Israel dijangka akan merosot dengan teruk di bawah paras minimum yang selamat menjelang akhir musim panas yang bakal menjejaskan kualiti air. Akibatnya pihak berkuasa air terpaksa menggali punca-punca air yang baru bagi meningkatkan bekalan air di laut tersebut.

Menurut laporan, jumlah defisit keseimbangan air iaitu jumlah air yang dipam keluar berbanding dengan jumlah hujan akan mencapai 410 juta cubic meters menjelang akhir tahun hamper dua kali ganda dari tahun sebelumnya (2007). Secara keseluruhannya semenjak empat tahun sebelumnya defisit terkumpul mencecah satu billion cubic meter.

Akhbar itu juga melaporkan paras air Laut Galilee pada masa tersebut  ialah 60 sentimeter  lebih rendah daripada tahun sebelumnya dan  lebih  3 meter lebih rendah dari empat tahun sebelumnya.

Seterusnya,  menurut laporan SKY NEWS pada 5 May 2009 pula, air Laut Galilee telah menyusut sebanyak beratus-ratus meter. Paras air sekarang amat rendah sehinggakan pam terpaksa digunakan bagi mengepam air ke atas bukit sebelum dapat memasuki Sungai Jordan.

Kemerosotan paras air Laut Galilee dikatakan berpunca akibat daripada  peningkatan jumlah penggunaan air akibat daripada pertambahan jumlah penduduk. Penggunaan air domestic dianggarkan akan mencapai 796 juta cubic meter menjelang akhir tahun 2008, iaitu lebih 134 juta daripada jumlah penggunaan pada tahun 2000.

Krisis air yang yang berpunca daripada pengeringan Laut Galilee ini dijangka akan berterusan dan akan menjadi semakin kritikal walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa Israel bagi meningkatkan paras air laut tersebut. Menurut pengkaji, krisis tersebut akan mencapai kemuncaknya pada tahun 2012.

Laut Galilee dan Tanda-Tanda Kiamat

Apakah signifikannya pengeringan air Laut Galilee ini kepada tanda-tanda akhir kiamat ? Sebenarnya pengeringan air Laut Galilee ini telahpun diperkatakan sejak lebih 1431 tahun yang lalu. Terdapat satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mengaitkan peristiwa pengeringan air laut tersebut dengan peristiwa kemunculan DAJJAL AL MASIH. Selain daripada itu terdapat juga satu lagi hadis lain pula yang mengaitkan Laut Galilee ini dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang berlaku sesudah Dajjal berjaya dihapuskan oleh Nabi Isa AS. Berikut adalah catatan berkenaan dengan peristiwa yang bakal berlaku.

Kedatangan Dajjal

image

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabatRasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah mela marku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata,

“Celaka kau, apakah kamu ini ?

Binatang itu menjawab.

‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya,

‘Mata-mata apa?”

Dia menjawab,

‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’

Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.

Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga mema suki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?

Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu in Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”

(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)

Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamu  apakah kurma berbuah?”

“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’

Lalu dia berkata lagi.

“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabariyyah!”

(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)

“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan’

“Apakah tasik itu masih berair ?

‘Ya Tasik itu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”

Dia berkata,

“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”

(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)

“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”

“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”

“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”

Ya”

“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?” “Ya”

‘lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”

Orang ramai menjawab :”Benar.”

Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Iaut Syam atau di Iaut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”

Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan- akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

Berikut pula kisah Yakjuj dan Makjuj dengan Laut Galilee seperti yang direkodkan di dalam Sahih Muslim, hadis an-Nawwas bin Sam’an dengan  lafaz yang panjang, menegaskan:

“Yakjuj dan Makjuj, ketika Isa putera Maryam Berjaya membunuh Dajjal, Allah berkata kepadanya, ‘ Aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku, di mana tidak ada kekuatan pun yang sanggup membunuh mereka (Yakjuj dan Makjuj). Oleh itu berlindunglah bersama-sama hamba-Ku di Gunung Thur’. Mereka akan keluar, lantas sekelompok pertama akan meminum air yang ada di Tasik Tiberia. Kemudian, kelompok terakhir daripada mereka yang melewati tasik tersebut akan berkata, ‘dahulu, di sini ada mata air air’. Selepas itu, mereka melepaskan anak-anak panah mereka ke langit, lantas anak-anak panah tersebut kembali kepada mereka dalam keadaan berlumuran darah. Mereka pun berkata: “Kita telah menguasai semua penduduk  bumi dan mengalahkan penduduk langit”.

Sesudah Yakjuj dan Makjuj ini keluar dan melakukan banyak kerosakan serta kemusnahan di muka bumi , lalu Nabi Isa berserta pengikutnya berdoa lepada Allah. Allah pun mengirimkan ulat-ulat ke leher mereka sehingga semua Yakjuj dan Makjuj tersebut binasa.

Begitulah kisah tentang Laut Galilee  yang sebenarnya sangat penting untuk dihayati dan direnung-renungkan. Apa yang bakal berlaku ke atas laut tersebut sudah ditakdirkan  oleh Ilahi dan tidak mungkin kita sebagai manusia mampu mengubahnya. Masanya sudah tiba, kebenaran sudah terserlah, marilah kita mempersiapka diri kita berserta keluarga bagi menghadapinya kerana apa yang bakal dihadapi sungguh dahsyat sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Allah ta’aala tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam ’alihis-salaam hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal.”(Hadis Riwayat Thabrani 1672)

Seterusnya Rasulullah SAW ada menganjurkan kepada kita supaya berdoa doa bagi menghindarinya:

Dari Abu Hurairah RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bila kalian membaca tasyahud terakhir maka hendaknya berlindung kepada Allah ta’aala dari empat perkara, “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari (1) azab jahannam dan (2) azab kubur dan (3) fitnah kehidupan serta kematian dan dari (4) jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal” (Hadis Riwayat Muslim 923)

DOA MENGHINDARI FITNAH DAJJAL

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu.

Sila tonton video dibawah utk maklumat tambahan:-

Gunakan Pengetahuan Islam & Iman anda ketika menonton video ini kerana ianya banyak menerapkan fahaman agama lain.

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

PERISTIWA 13 MEI 1969 – LAUTAN DARAH

Sekadar Ingatan & Sejarah, Semoga Tidak Berulang…Jadikan Teladan & Sempadan.

image

05 JUN 2011-Pada 13 mei 2011 yang lalu, genaplah 42 tahun peristiwa berdarah yang melanda Negara kita.pertempuran kaum yang meletus benar-benar menyedarkan kita betapa pentingnya kita sebagai rakyat berbilang kaum memupuk nilai kesejahteraan didalam diri masing-masing agar Negara kita terus kekal aman dan makmur di waktu Negara-negara lain terus berperang Antara satu sama yang lain.pengajaran juga harus dijadikan ikhtibar kepada bangsa Melayu agar kekal bersatu dan buang semua perasaan hasad dengki sesama kita.dalam arus politik yang semakin bercelaru  sekarang,bangkit dan bersatulah wahai bangsa Melayu agar tanah tumpah darah kita tidak akan terus dijajah..dalam pada itu,kita juga harus menghapuskan perkauman bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali..

Pada ketika peristiwa 13 mei 1969 melanda Negara,saya masih belum dilahirkan lagi..segala fakta dan informasi yang diperolehi adalah hasil kajian saya melalui buku-buku dan emel-emel berkenaan peristiwa tersebut.kisah tragis ini perlu diketahui oleh semua bangsa Melayu dan yang lain agar semua faham akan akibat dari perbuatan yang melampaui batasan serta tindakan yang mengikut emosi..

Cerita bermula apabila pilihan raya umum diadakan pada tahun tersebut.ketegangan politik pada ketika itu memang dapat dirasai oleh setiap penduduk di Malaysia.masalah perpaduan kaum yang berlaku sebenarnya jika dilihat betul-betul,ia adalah angkara dan permulaan dari kerajaan British yang menjajah Negara kita sebelum kita mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.tindakan kerajaan British membentuk peringkat serta perbezaan kaum telah mengakibatkan perpaduan kaum sukar dicapai walaupun selepas kemerdekaan lebih-lebih lagi setelah kemasukan pengaruh komunis dari Negara China.peristiwa 13 mei 1969 mempunyai banyak persamaan semasa Negara dikuasai Parti Komunis Malaya ( PKM ) suatu ketika dahulu.darurat,perbalahan Antara orang melayu dan cina serta pertumpahan darah..pada bulan april 1969,bertempat di Pulau Pinang,permulaan kepada peristiwa hitam 13 mei bermula apabila seorang pekerja UMNO,allahyarham Kassim Omar telah dibelasah hingga mati oleh sekumpulan kaum cina dari parti Buruh,parti yang bertunjangkan PKM.mayatnya telah disapu cat merah di muka dan di tulis perkataan “jangan mengundi pada pilihanraya”..peristiwa tersebut jelas telah menjadi titik tolak kepada kemuncak kemarahan orang Melayu,lebih-lebih lagi selepas parti Gerakan dan DAP ketika itu mempersoalkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan serta hak istimewa orang melayu ke atas tanah Melayu.pada ketika itu,kebanyakan pemimpin-pemimpin Melayu berusaha keras mengawal perasaan orang-orang Melayu yang kesabaran serta maruah mereka sudah dicabar..

image

Foto1: Mayat encik Kassim Omar yang baru dibunuh dicat merah di bahagian muka pada April 1969.

Pada waktu itu, kehidupan bangsa melayu tidaklah semaju bangsa cina kerana baru 12 tahun mengecapi kemerdekaan sedangkan kaum cina yang mendapat taraf penduduk tetap pada tahun 1948 datang atas tiket perniagaan lombong bijih timah.provokasi serta kesombongan mereka serta hinaan yang melampau telah mencetuskan api kemarahan orang Melayu sebagai pribumi di Malaysia..ketika pilihanraya umum pada 10 mei 1969,parti Perikatan(UMNO,MCA dan MIC )telah gagal memperolehi 2/3 daripada kerusi parlimen yang dipertandingkan.pada ketika itu,parti Gerakan dan DAP Berjaya mendapat 25 kerusi dan ini jelas satu kemenangan besar buat kaum cina walaupun tidak dapat membubar parlimen dari parti Perikatan yang ketika itu majority bangsa Melayu dibawah nama UMNO.selain itu,parti Pas yang juga terdiri dari orang-orang Melayu tetapi di pihak pembangkang telah memperolehi 12 kerusi.atas kemenangan besar parti Gerakan dan DAP,orang-orang cina secara provokasi melampau telah keluar berarak dijalan-jalan sekitar negeri Selangor setelah mendapat permit dari pihak berkuasa.menurut sumber,kebiadaban mereka semakin menjadi-jadi apabila dikatakan mereka meludah orang-orang Melayu yang berada di tepi jalanan.perkara itu menambahkan lagi api kebencian kaum pada ketika itu..

image

Foto2: Pengikut parti Gerakan berarak meraikan kemenangan di DUN Selangor pada 1969.

image

Foto3: Kaum cina membawa penyapu besar ketika berarak yang menjadi pencetus pertumpahan darah di Selangor.

Dalam perarakan itu,orang-orang cina telah membawa bersama penyapu besar yang bermaksud “sapu Melayu ke laut “.bangsa Melayu difahamkan memang pantang dengan penyapu yang membawa maksud “sial”.orang-orang Melayu dikatakan dikumpulkan menteri besar Selangor ketika itu,Dato’ Harun Idris bagi meredakan kemarahan mereka tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila yang datang berkumpul di rumah dato;’ Harun Idris semuanya membawa senjata parang,keris dan lembing..orang melayu yang marah membalas dengan melakukan perarakan bagi kemenangan parti perikatan. kemarahan orang Melayu tidak dapat ditahan lagi apabila dikatakan orang cina telah membunuh seorang wanita melayu yang sedang sarat mengandung dan kandungannya dicangkuk dengan besi pencangkuk daging babi. selepas itu,orang-orang melayu Selangor telah bertindak balas dengan membunuh orang-orang cina yang mereka jumpa.kepala mereka dikatakan diletakkan diatas pagar.pada 13 mei 1969,medan pertumpahan darah terjadi di negeri Selangor.orang-orang cina membakar dan membunuh setiap orang melayu yang dijumpai begitu juga dengan orang Melayu.dipanggung Odeon,orang-orang cina telah mengepung dan memberi isyarat agar orang cina keluar dari panggung.semua orang melayu didalam panggung habis disembelih!

image

Foto4: Panggung Odeon dikawal pihak polis selepas pembunuhan beramai-ramai orang Melayu pada 13 mei 1969.

image

Foto5: Mayat-mayat mangsa pembunuhan bergelimpangan di jalanan pada 13 mei 1969.

Pada ketika itu,orang-orang Melayu dari Perak dan persatuan Serampang Merah Batu Pahat dan Muar,Johor telah bergerak ke Selangor bagi memberikan bantuan tetapi mereka tidak dapat masuk ke Selangor atas perintah darurat yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.sementara itu keadaan terus menjadi huru hara.sesiapa yang keluar dari rumah,menjadi mangsa pertempuran kaum ini.

image

Foto6: Jalan raya menjadi sesak akibat pertempuran berdarah pada 13 mei 1969.

image

Foto7: Kedai-kedai habis dibakar akibat huru hara yang berlaku pada 13 mei 1969.

Dikatakan pada ketika itu,orang-orang Melayu yang berperang telah berkumpul di Kampung Baru Kuala Lumpur bagi mendapatkan ilmu kekebalan diri bagi menghadapi rusuhan kaum tersebut.ada kiyai yang hadir memberikan ilmu-ilmu mereka sehingga dikatakan orang melayu yang berperang pada ketika itu ada yang boleh terbang.dari cerita inilah wujudnya kisah parang terbang sehinggalah ke hari ini.sementara bagi menghentikan perbalahan yang semakin meruncing,kerajaan telah mengarahkan pasukan tentera bagi menangani isu tersebut.setiap pelusuk kawasan di masuki tentera bagi menghentikan perbalahan tersebut.

image

Foto8: Anggota keselamatan mengawal keadaan di negeri Selangor pada 13 mei 1969.

Selepas pertumpahan darah paling buruk dalam sejarah Malaysia reda,kerajaan Malaysia telah mengadakan satu perjumpaan dengan semua parti-parti politik bagi menangani isu tersebut.atas persetujuan semua,Dasar Ekonomi Baru dan rukun Negara telah diperkenalkan bagi menstabilkan permusuhan kaum di dalam Negara.dasar tersebut juga telah diterima oleh parti politik cina kerana menstabilkan kedudukan setiap kaum di Malaysia samada Melayu,India mahupun cina.bermula pada itu jugalah,kerajaan telah membentuk satu pakatan yang dinamakan Barisan Nasional bagi membuktikan kesaksamaan Antara semua kaum.parti Gerakan bersetuju untuk menyertai Barisan Nasional tetapi tidak untuk parti DAP dan Pas.

Walaupun berdepan tugasan yang berat, tetapi tindakan pemerintah pada masa itu sekurang-kurangnya telah Berjaya memupuk perpaduan kaum dinegara Malaysia. angka mangsa yang terkorban pada peristiwa 13 mei tersebut tidak terhitung banyaknya walau dalam masa 1 hari sahaja! peristiwa tersebut juga telah dijadikan penanda aras kepada semua kaum di Negara ini agar janganlah diwujudkan lagi budaya yang boleh mencetuskan huru hara dalam masyarakat majmuk di Malaysia, tika ini. semoga mangsa-mangsa yang terkorban akan di tempatkan di kalangan orang-orang yang matinya syahid, demi menegakkan agama, bangsa dan Negara. sekian..

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Sunday, June 05, 2011

Spectacular Mammatus Clouds over Hastings, Nebraska.

These photos were taken by Jorn Olsen, he lives on Heartwell Park in Hastings, Nebraska. 
Three of these photos were featured on the front and back cover of the Journal of Meteorology

and circulated in 26 countries.

image

image

image

image

image

image

Kiriman: Seorang Teman

Read more »

Hukum Menggunakan Pewarna Rambut

Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Kontemporari, Soal Jawab Pakaian dan Perhiasan
Oleh : Mufti Brunei

PEWARNA RAMBUT

Fatwa siri : 22/2001

Di masa ini telah banyak berjual di pasaran jenis pewarna rambut yang bertanda “cap” halal oleh Kerajaan Malaysia. Akibat daripada tanda halal tersebut orang-orang Islam “kitani” khususnya di kalangan pelajar telah menggunakan bahan pewarna tersebut dengan tiada keraguan.

Persoalannya:

(i) Pada setakat manakah kehalalan pemakaian bahan pewarna tersebut?

(ii) Apakah ianya tidak menghalang sampainya air ketika mengangkat hadas kecil dan besar?

Jawapan:

Perkataan halal pada kebiasaanya adalah digunakan untuk barang makanan termasuklah sumber pendapatan sebagaimana yang biasa disebut iaitu rezeki yang halal. Adapun barang gunaan umpamanya pewarna rambut, minyak rambut dan barang-barang kosmetik,
penggunaan perkataan halal itu tidak tepat. Jika tujuan penamaan label HALAL itu adalah untuk membolehkan orang Islam memakai atau menggunakannya, perkataan yang tepat ialah suci bererti tidak najis kerana kita dilarang menggunakan atau memakai barang-barang yang najis. Inilah pemakaian atau penggunaan yang patut diketahui oleh
orang-orang Islam.

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu). Ini bererti air yang bersih mesti sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhu.

Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi hadas besar dan wudhu berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhunya itu tidak terangkat.

Dari itu sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan
tersebut adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air daripada sampai ke bahagian yang wajib dibasuh.

Pada suatu masa dahulu pernah ditanya kepada Jabatan ini tentang pewarna rambut ‘dye’ yang sifatnya menghalang air sampai ke rambut. Tentulah pewarna ‘dye’ itu tidak boleh dipakai sekalipun ia suci atau menurut istilah setengah negara sebagai HALAL.

Selain daripada memerhatikan kepada aspek atau jenis pewarna yang digunakan untuk mewarnakan rambut itu sebagaimana yang telah dibincangkan di atas serta kesan pemakaiannya yang boleh menyebabkan tidak sah ibadat yang dilakukan sekiranya ibadat
tersebut disyaratkan melakukannya dalam keadaan thahârah, adalah penting untuk kita menilai sejauh manakah pandangan syara‘ tentang hukum mewarnakan rambut ini.

Mewarna rambut itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna yang digunakan itu adalah halal ataupun suci.

Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

Bahawasanya orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan (uban mereka) maka hendaklah kamu tidak menyerupai mereka.
(Hadits riwayat Muslim)

Ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa ketika Abu Quhafah (ayah kepada Sayidina Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu) dibawa ke hadapan Baginda pada hari pembukaan Makkah yang mana ketika itu rambut dan junggutnya dipenuhi dengan uban, maka Baginda bersabda:

Maksudnya:
Tukarkan (warna uban) ini dengan sesuatu dan jauhilah daripada (menggunakan) pewarna hitam.
(Hadits riwayat Muslim)

Berdasarkan hadits di atas para ulama berpendapat bahawa mewarnakan uban yang tumbuh pada rambut kepala adalah sunat sama ada lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan pula ialah kuning atau merah kecuali warna hitam, kerana haram menggunakan pewarna hitam menurut pendapat al-ashah.

Walau bagaimanapun harus mewarnakan uban itu dengan pewarna hitam sekiranya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad. Sebagaimana yang dijelaskan oleh hadits di atas bahawa tujuan mewarnakan uban itu adalah untuk membezakan kebiasaan kaum Yahudi dan Nashrani yang mana mereka itu meninggalkan perbuatan mewarnakan uban.

Sementara itu pula rambut yang tidak beruban adalah sayugianya ianya dikekalkan atau dibiarkan sepertimana aslinya. Ia tidak perlu diwarnakan kecuali jika ada sesuatu yang memerlukan ianya diwarnakan umpamanya untuk tujuan perubatan.

Akan tetapi jika perbuatan mewarnakan itu dengan bentuk atau gaya sepertimana fesyen dan penampilan orang-orang kafir yang tidak sesuai dengan akhlak Islam sebagaimana yang kita saksikan yang menjadi ikutan oleh anak-anak Islam, maka perbuatan itu adalah haram sekalipun pewarna yang dipakai itu suci. Dengan melakukan perbuatan itu bererti mengikut budaya orang bukan Islam. Ini adalah perkara yang dilarang oleh hukum syara‘ kerana larangan menyerupai mereka disebut oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan sabda Baginda:

Maksudnya:
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka.
(Hadits riwayat Abu Daud)

Menyerupai mereka dari sudut penampilan zahiriah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu al-Qaiyim al-Jawjiyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ianya juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggapnya satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukannya. Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi adat atau kebiasaan kepada dirinya. Dengan itu akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang kafir itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa tujuan meniru perbuatan mereka itu, demi menjaga iman dan aqidah umat Islam daripada terjebak ke arah perkara yang membawa kufur. Wal‘iyâdzubillah.

Selain daripada itu mewarna rambut khususnya bagi wanita sudah tentu akan membawa kepada pendedahan aurat, kerana tujuan mewarnakan itu sendiri adalah untuk ditonton dan disaksikan. Jika yang menyaksikan itu mahramnya, maka tidaklah haram, tetapi jika bukan, yakni lelaki ajnabiy (asing), maka perbuatan mendedahkan aurat di hadapan orang bukan mahram itu hukumnya adalah haram.

Berbalik kepada tanda atau logo halal pada barang gunaan, ia bukanlah suatu jaminan bahawa benda itu boleh dipakai, kerana penipuan boleh saja berlaku, bahkan telah pun banyak berlaku, di mana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan label halal semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan pengguna.

Jika sifat pewarna rambut itu menghalang air sampai ke rambut, maka ia tidak boleh dipakai sekalipun ia suci. Walaupun ada tertera label halal atau suci, namun apa yang lebih selamat ialah meninggalkannya demi menyelamatkan diri daripada syubhah. Lagipun tidak jelas dari segi keperluan memakainya.

Menjauhi perkara syubhah atau samar-samar itu merupakan tuntutan syara‘. Dengan menjauhinya akan terpeliharalah agama.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:
Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau
. (Hadits riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya:
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas (terang) dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya daripada) segala yang kesamaran,sesungguhnya dia telah memelihara agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati.

(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

WaLlahua’lam bissowab

Rujuk : http://www.mufti.gov.bn/fatwa/Fatwa%20pilihan/2011/Bil%206-2011%20-%20Fatwa%2022%202001%20-%20MEWARNA%20RAMBUT.pdf

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?

*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan.

Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Kiriman: Gee @ e-kampung

Read more »