Tuesday, July 15, 2014

Fesyen...

Salam Semua,

Pakaian merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui pakaian kita dapat menilai pendirian & sifat seseorang individu.

Pandangan sesetengah orang bahawa tidak ada apa pada pakaian yang penting adalah hati adalah satu pandangan yang hipokrit.

Sifat, keperibadian serta dalaman seseorang individu akan tersurat melalui cara dia berpakaian. Berpakaian sopan akan menunjukkan kesopanan si pemakai, berpakaian menjolok mata adalah melambangkan kemurahan si pemakai.

Berfesyen tidak menjadi satu masalah bagi orang Islam, apa yang penting adalah ianya mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.

Islam menggalakkan kita semua berpakaian bersih, sopan, cantik mengikut kemampuan kita. Tapi sentiasa berpegang kepada pada batas yang telah ditetapkan.

Oleh itu, berhati-hatilah memilih pakaian sebelum dipakai, buat telahan, rujuk kepada para ulama & ustaz sebelum membelinya. Semoga tindakan berhati-hati kita ini akan mendapat keredhaan ALLAH & seterusnya makam yang tertinggi iaitu taqwa...

Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment