Sunday, January 29, 2012

UAI vs AJL (29/1/2012)

Salam ALL,

Terdetik hati abg utk katakan sesuatu berkenaan program hebat malam ini. Abg yakin ramai yang diantara kita sedia maklum mengenainya, terutama sekali kepada pengikut setia UAI (Ustaz Azhar Idrus) yang sentiasa mengikuti perkembangan UAI.

Malam ini, UAI akan menemui kita semua penduduk-penduduk Lembah Klang & Selangor khususnya dikawasan Shah Alam melalui sebuah program hebat yang akan diadakan seperti dibawah:-

TARIKH: 29 Januari 2012 (Ahad)
TEMPAT: Masjid Negeri Selangor (Masjid Shah Alam)
MASA: Selepas Maghrib

Program ini secara langsungnya akan bertembung dengan satu lagi program hiburan tahunan yang terkenal iaitu AJL (anugerah juara lagu) yang akan ditayangkan di TV3.

Pertembungan ini akan dilihat suatu petanda yang jelas kepada kita, program manakah yang paling disukai ramai melalui kehadiran & sokongan. Ianya pasti akan menjadi suatu sejarah yang hebat terhadap kebangkitan seorang Ulamak tempatan yang tidak pernah kenal erti jemu untuk memartabatkan Islam yang tercinta.

Seperti yang semua sedia maklum, setiap kali UAI mengadakan ceramah atau kuliyyah, pasti akan berduyun-duyun lautan manusia yang akan mengimarahkan tempat tersebut. Mereka cintakan & dahagakan Ilmu Islam yang disampaikan dengan cara yang segar & menarik.

Fenomena ini telah memberi nafas baru yang indah & mampu menarik golongan muda-mudi kita mencintai ilmu ISLAM.

Manakala AJL pula, seperti saban tahunnya pasti menghidangkan program hiburan yang membatasi syarak & berunsurkan maksiat.

Sudah tiba masanya kita semua membuka mata masyarakat utk berpaling dari hiburan & memandang tepat pada ISLAM yang jauh lebih indah dari hiburan yang melalaikan.

Tidak salah utk berhibur atau menyanyi tapi biarlah mengikut syarak, kaum hawa seharusnya tidak dibenarkan menyanyi langsung kecuali kepada muhrimnya sahaja & bukannya utk ditayangkan kepada semua rakyat Malaysia.

Itu telah jelas bertentangan dengan ajaran ISLAM yang suci.

Walaupun media yang digunakan pada pertembungan malam ini adalah 2 media yang berbeza iaitu UAI adalah melalui ceramah secara live tanpa siaran langsung dikaca TV manakala AJL pula akan ditayangkan terus ke kaca TV setiap rumah tanpa perlu kemana-mana. Namun kekuatan tarikan cara & penyampaian UAI pasti akan memberikan impak yang amat menakjubkan…

Menurut info akhbar tempatan, dijangka 50,000 orang akan menghadiri program UAI malam ini.

Abg menyeru kepada semua umat ISLAM diluar sana utk hadir beramai-ramai ke  Masjid Negeri Selangor, Shah Alam malam ini utk mendapat ilmu yang berkekalan.

Bagi mereka yang tidak dapat bersama-sama UAI malam ini di Masjid Shah Alam, anda boleh terus bersama UAI dirumah melalui internet (online) iaitu melalui TVS (TV Selangor) dengan melayari www.tvsnews.net

Semoga ALLAH memberkati Majlis UAI malam ini..amiinn..

Sekian, Wassalam…

0 comments:

Post a Comment