Sunday, July 10, 2011

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC



TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

By: Abdul Shukur Mohamad

2 comments:

  • Mohamad Shuhmy Shuib says:
    July 10, 2011 9:29 AM

    Assalamualaikum warga blog semua, sama-samalah kita lihat tuntutan ini apabila ianya menjadi kenyataan. Apa nak Jadi...hancusss dan berkecamuk jadinya.

  • Abg Mavles™ @ e-kampung says:
    July 10, 2011 12:12 PM

    Salam Tuan & semua, abg yakin jika semua tuntutan tersebut menjadi kenyataan maka negara kita ini akan huru-hara jadinya. Jika kita lihat keadaan sekarang ni pun tanpa tuntutan tersebut sahaja telah banyak perkara yang tidak terduga boleh terjadi, apatahlah lagi jika tuntutan tersebut tertunai.

    Perjuangan BERSIH adalah suatu perjuangan yang baik demi menegakkan sistem pilihanraya yang telus & tepat, namun pemilihan si ambiga ini adalah satu kesilapan yang amat besar kerana latar belakangnya & sejarah perjuangannya yang songsang & berhasrat jelas ingin menentang ISLAM.

    Kita semua sebagai seorang ISLAM tidak seharusnya menjadikan si ambiga ini sebagai peneraju atau ketua pergerakan kerana ianya pasti akan mengundang musibah & mala-petaka yang amat buruk kepada umat ISLAM kelak.

    Pemimpin-pemimpin ISLAM didalam BERSIH perlu sedikit demi sedikit menyingkirkan ambiga utk perancangan yang akan datang.

    Kenali kawan & lawan kita dahulu sebelum bersekongkol, jika dia seorang kafir yang baik, tidak salah utk dia sama-sama berjuang tapi jika dia seorang kafir yang jahat, dia harus diperangi.

    Wallahulam...

Post a Comment