Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Alhamdulillah diatas segala anugerah & rahmat ALLAH kepada kita semua. Sekali lagi kita diberikan kesempatan utk melalui tahun hijrah yang baru 1433.

Muhasabahlah diri kita semua, jika tahun-tahun yang lepas kita masih ditakuk yang sama, sudah tiba masanya tahun ini kita buat pembaharuan demi hari-hari kembali kita yang semakin hampir.

Jangan sesekali terpukau dengan nikmat dunia yang membuatkan kita lupa apa tujuan asal kita dijadikan. Tingkatkan amalan harian kita, perbaiki solat & ibadah-ibadah lain supaya lebih sempurna & mendapat keredhaan ALLAH.

Kita dituntut juga untuk memajukan diri utk hidup dunia, ingatlah bahawa buatlah ibadah seperti kamu akan mati esok hari & carilah rezeki seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.

Apa yang paling penting adalah keseimbangan. Segala pertimbangan & keputusan yang kita buat perlulah berlandaskan Islam yakni Al-Quran & Hadith. Jika ilmu yang kita ada tidak mencukupi dalam kita menterjemah tuntutan Al-Quran & Hadith maka carilah guru utk mempelajarinya.

Dalam dunia yang serba canggih ini, cukup mudah utk kita mempelajari ilmu Islam. Didalam media massa seperti TV kini telah banyak menyediakan pembelajaran terhadap ilmu Islam.

Sebagai contoh TV AlHijrah & TV9 melalui rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don, Tanyalah Ustaz banyak mendedahkan kita semua kepada ilmu Islam seperti tuntutan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah.

Jika dirasakan ianya masih tidak mencukupi, kita boleh dapatkan sumber ilmu melalui internet. Contohnya melalui youtube kita dapat mempelajari Islam melalui video dari Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim & ramai lagi.

Walaubagaimanapun berhati-hatilah semasa memilih Ustaz yang ada dirangkaian internet kerana ada juga segelintirnya yang cuba menyebarkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya seperti fahaman wahabi & sebagainya.

Semoga kita semua dapat sama-sama mempertingkatkan lagi mutu ibadah & mutu hidup kita pada tahun ini…amiinn..

Salam Maal Hijrah 1433…

Sekian, Wassalam…

0 comments:

Post a Comment