Sunday, September 25, 2011

Isu Murtad Perlu Dibimbangi...

Berita TV9 pukul 12 tengahari tadi telah mendedahkan tentang penularan proses memesongkan akidah umat Islam sehingga Murtad.

Seperti kita sedia maklum, isu Murtad ini sememangnya bukanlah suatu isu yang baru, ianya telah didedahkan sejak dari dulu lagi cuma pada masa itu pendedahan yg dibuat hanyalah secara atas talian seperti melalui internet & juga perkongsian maklumat melalui email.

Ianya langsung tidak dihiraukan oleh Media Massa apatah lagi pihak kerajaan. Ada yang berpendapat, isu ini adalah satu isu yg sensitif utk didedahkan kerana ianya melibatkan agama.

Pandangan & sikap berdiam diri inilah yang menjadi sebab utama mengapa isu atau penularan masalah ini semakin menjadi-jadi malahan lebih teruk umpama api dalam sekam yg akan musnah pada bila-bila masa sahaja.

Kesedaran pihak Media walaupun tanpa sokongan kerajaan adalah sesuatu yang patut dipuji & sentiasa diharapkan.

Sebagai contoh, pendedahan yg dilakukan oleh pihak TV9 melalui program beritanya tadi sememangnya dapat membuka mata kita semua.

Golongan remaja hari ini yg lemah dari segi jati diri Islam adalah penyebab utama mengapa golongan ini amat mudah terjebak & akhirnya murtad.

Jati Diri Islam yang dimaksudkan bukan hanya meliputi pengetahuan seseorang remaja itu tentang ilmu agama Islam tetapi juga amalan & juga cara hidup mereka.

Seharusnya para remaja perlu mengamalkan setiap ilmu agama Islam yang dipelajari supaya dapat menjadi benteng & perisai bagi melindungi diri dari dipengaruhi anasir luar yg sentiasa cuba memesongkan kita.

Biasanya mereka yg berjaya dipengaruhi & disesatkan tidak mengamalkan ajaran Islam yg dipelajarinya yg menyebabkan mereka ini semakin hari semakin tersimpang dari ajaran Islam & lebih terikut-ikut trend barat yg berjaya masuk kedalam hati mereka.

Melalui pendedahan yg dibuat ini, kita seharunya tidak lagi boleh berpeluk tubuh & hanya menanamkan rasa benci & marah sahaja. Kita seharusnya bertindak utk mengatasi masalah ini supaya ianya dapat dibendung dari terus menular.

Sebagai orang disekeliling, kita sebenarnya boleh membantu & bukannya hanya membatu. Kita kini perlu mengambil tahu apa yg berlaku pada ahli keluarga, sahabat, kawan-kawan & kenalan.

Ini kerana hanya mereka yg terdekat sahaja yang mampu mengesan perubahan seseorang yang lain. Apabila kita mengesan sesuatu perubahan, nasihatkanlah kawan kita yg semakin hanyut itu supaya sentiasa mengingati ALLAH.

Kenali rakan-rakan bangsa lain yg bergaul dengan kawan kita itu tadi supaya kita turut sama dapat memantau kegiatan kawan bangsa lain itu jika ada matlamat-matlamat jahat yg dia sembunyikan.

Kita sebagai umat Islam perlu bersatu demi menjaga & memartabatkan maruah & keutuhan Islam.

Pertahankanlah Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

Sekian, Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment