Monday, August 01, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 2011

Salam kepada semua warga e-kampung khususnya & semua Umat Islam.

Abg ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan “Selamat Berpuasa” dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Alhamdulillah, ALLAH masih memberikan peluang kepada kita untuk menemui Ramadhan tahun ini & seterusnya memanafaatkan ganjaran yang melimpah-ruah dari bulan yang Mulia ini.

Jalanilah Ibadah Puasa anda dengan sepenuh hati & jiwa. Tinggallah segala amalan buruk anda seketika dibulan Ramadhan ini & terus meninggalkannya walaupun selepas Ramadhan berlalu.

Berusahalah untuk melakukan Puasa yang paling tinggi darjatnya iaitu Khususul Khusus yakni amalan puasa yang dijalani oleh para Ambia’ & para Wali ALLAH.

Bukan hanya berlapar & dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa tetapi meninggalkan terus keseronokkan duniawi.

Pelihara Mata: jaga mata dari melihat kemungkaran walaupun dengan hanya memandang rambut wanita bukan muhrim. Elakkan memandang aurat orang lain. Banyakkan melihat ayat-ayat Al-Quran.

Pelihara Telinga: jaga telinga dari mendengar umpatan, muzik, atau apa sahaja yang menyeronokkan kecuali mendengar alunan ayat Suci Al-Quran.

Pelihara Minda: jaga minda dari berimaginasi sesuatu yang tidak baik.

Pelihara Syahwat: banyakkan berzikir & mengingati ALLAH.

Rebutlah ganjaran Ramadhan yang telah diberikan oleh ALLAH ini. Semoga kita akan sentiasa diredhai-NYA & Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita….amiinn..

Sekian, Wassalam…

0 comments:

Post a Comment