Saturday, February 05, 2011

Tegur-menegurlah & nasihat-menasihatilah antara kita demi kebaikan...

Dalam kehidupan kita seharian, kita banyak melakukan dosa samaada sengaja atau tidak sengaja, besar mahupun kecil. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia biasa yg tidak dapat lari dari melakukan kesilapan & kesalahan.

Namun begitu sebagai manusia juga kita perlu cepat-cepat sedar dengan kesilapan yg kita lakukan & cepat-cepat pula memohon maaf & bertaubat diatas kesalahan yg kita lakukan.

Tapi bagaimana pula jika kita tidak langsung sedar dengan kesilapan yg kita lakukan?..

Disinilah peranan orang disekitar kita. Peranan mereka amat penting. Inilah diantara satu sbb yg nyata & jelas manusia tidak mampu utk hidup bersendirian.

Kita seharusnya sentiasa tegur-menegur & ingat-mengingati antara satu sama lain. Orang-orang disekitar kitalah yg perlu menegur kesilapan atau kesalahan yg kita lakukan.

Masyarakat & orang disekitar tidak seharusnya hanya mendiamkan diri apabila melihat sesuatu kesalahan, kesilapan serta kemungkaran yg berlaku didepan mata. Mereka seharusnya membuka mulut utk menegur.

Tegurlah & nasihatilah sesiapa sahaja disekitar kita yg memerlukan teguran kita, cuma cara teguran & nasihat yg hendak diberikan perlukan lebih berhemah & lemah-lembut.

Dengan cara ini sahajalah, masyarakat kita tidak terus hanyut dalam melakukan kesilapan & dosa.

Mereka harus segera disedarkan dari terus lupa bahawa apa yg mereka lakukan itu adalah satu dosa & kesilapan yg akan memusnahkan hidup mereka didunia ini & diakhirat kelak.

Nasihatilah & tegurlah abg jika ada kesilapan & kesalahan yg abg lakukan samaada sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya abg memerlukan anda semua utk memperbaiki diri abg.

Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment