Sunday, February 13, 2011

Hari Valentine adalah Haram.

14 February bakal menjelma lagi, akan bermulalah sekali lagi episod cinta pasangan kekasih yg kebanyakkannya akan berakhir dengan maksiat & perzinaan.

Pada hari ini jugalah harga bunga, coklat serta hadiah-hadiah yg romantik & comel akan naik mendadak.

Akan terhambur keluar ucapan-ucapan serta kata-kata manis & indah dari mulut si teruna utk memikat & seterusnya menjerat si dara.

Apa yg menyedihkan kehancuran yg dibawa oleh perayaan ini banyak menimpa remaja yg beragama Islam.

Seharusnya kita sedar sebenarnya perayaan ini adalah masa yg paling sesuai utk memusnahkan akhlak & keperibadian Islam.

Kenalilah sejarah & juga asal-usul perayaan hari kekasih ini. Amati & kenali dgn sebenar-benarnya siapakah penganjurnya & atas dasar apakah ianya dirayakan.

Majlis Fatwa Kebangsaan & negeri Selangor telah mengharamkan perayaan valentine ini kerana ianya tidak pernah dianjurkan oleh islam. Selain itu, ianya mengandungi unsur-unsur kristian & maksiat.

Ramai remaja Islam merayakan kerana bersuka ria & terikut-ikut dengan cara & dakyah orang kafir.

Sememangnya tiada istilah hari kekasih dalam islam. Ini kerana Islam menggalakkan berkasih sayang setiap hari tetapi berkasih sayang antara lelaki & perempuan yg bukan muhrim ada saluran yg dihalalkan iaitu melalui perkahwinan.

Valentine adalah berasal dari nama seorang paderi yg kononnya kekasih yg hebat & penyelamat kepada kekasih.

Mengikut catholic ensiklopedia, terdapat 3 cerita berbeza tentang valentine.

Kononnya semasa kerajaan rome tengah sibuk berperang pada kurun, kerajaan rome telah melarang askarnya dari berkasih sayang kerana bimbang kekuatan orang berkahwin akan semakin org lemah jika dibandingkan tenaga & kekuatan yg ada pada tenteranya yg belum berkahwin. Namun begitu seorang paderi bernama valentine telah membantu tentera yg sedang berkasih sayang utk berkahwin secara senyap-senyap.

Akhirnya kegiatan ini diketahui oleh raja rome & menyebabkan dia dipenjarakan. Kemudian dia dikatakan telah jatuh cinta kepada seorang gadis anak penjaga penjara tersebut.

Dia sempat mengirimkan surat ukt gadis tersebut sebelum dihukum bunuh.

Hari hukuman itulah akhirnya dijadikan diingati & dirayakan sempena memperingati hari kematiannya.

Statistik menunjukkan ramai bayi-bayi yang dilahirkan tanpa ayah dikalangan orang melayu.

Marilah kita sama renung-renungkan pengajarannya:-
1. Hari kekasih adalah kristian.
2. Umat islam tidak boleh menyambut & menyokong segala usaha utk merayakannya.
3. Islam menyuruh org utk berkasih sayang sepanjang masa bukanya pada hari-hari tertentu sahaja.

Sekian, Wassalam...

0 comments:

Post a Comment