Sunday, February 06, 2011

Bermimpi Melihat Kehidupan Alam Barzakh...

Salam Semua,

Mulai hari ini, abg akan cuba kongsikan kisah-kisah & koleksi mimpi Rasulullah S.A.W & Para Solehin.

Episod 1:-

Dari Samurah binti Jandad berkata, pada suatu hari Rasulullah S.A.W berkata kepada Para Sahabatnya, "Malam tadi aku melihat (dalam mimpi) datang 2 orang lelaki kepadaku, lelaki berkenaan mengajak aku utk mengikuti mereka. Setelah tiba disuatu tempat bersama 2 lelaki berkenaan, kami berjumpa dengan seorang lelaki yg sedang berbaring, manakala disebelah lelaki yg berbaring itu kelihatan seorang lelaki yang sedang berdiri sambil kedua-dua belah tangannya sedang menjulang sebuah batu yang amat besar".

"Dia menjatuhkan batu yg besar tadi keatas kepala orang yang berbaring tadi sehingga pecah kepala lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, lelaki yg berdiri tadi mengeserkan batu tersebut kepada kepala lelaki yang berbaring tadi walaupun sudah pecah. Perbuatan tersebut berulang-ulang berlaku tanpa henti, kepala yang pecah kembali seperti sediakala dan proses memecahkan kepala tersebut berlaku dan terus berlaku".

Melihat dari kejadian yang berlaku itu, Rasulullah S.A.W bertanya kepada 2 lelaki yang membawanya tadi, kenapakah lelaki tersebut diseksa sedemikian rupa?. Namun soalan Baginda tidak dijawab oleh kedua-dua lelaki tersebut sambil mereka terus mengajak Baginda ke tempat yang lain.

Beberapa ketika kemudian, Baginda telah melihat seorang lelaki sedang terlentang manakala disebelahnya ada seorang lelaki yang berdiri sambil memegang sebilah sabit. Lelaki yang berdiri itu terus menghayunkan sabit yang dipegangnya ke arah mulut lelaki yang terlentang tadi dan ditariknya sekuat-kuat hati sehingga terkoyak mulut lelaki yang terlentang itu sehingga ke paras telinga.

Jelas kelihatan lelaki tersebut kesakitan & banyak darah yang keluar dari mulutnya, perbuatan tersebut berulang pula utk pipi sebelah lagi. Sabit yg sama dihayunkan sehingga koyak pula pipi disebelah lagi. Lelaki yang mengoyakkan pipi lelaki yang terlentang langsung tidak menunjukkan sebarang rasa kesian, malahan raut wajahnya melihatkan kebencian yang mendalam. Perbuatan itu juga sentiasa berulang, setelah kedua-dua belah pipi dikoyakkan, ianya akan kembali seperti asal & kemudian pipi lelaki itu dikoyakkan lagi tanpa henti.

Rasulullah S.A.W bertanya lagi kepada 2 lelaki yang membawanya, tetapi sekali lagi soalannya itu tidak dijawab. Lalu Baginda dibawa lagi ke tempat yang seterusnya.

Tidak berapa jauh dari tempat tadi, Rasulullah S.A.W telah ternampak sebuah kawah atau kuali yang amat besar. Dari dalam kawah tersebut, Baginda mendengar suara yang amat bising & ianya datang dari sebuah kumpulan suara yang ramai.

Baginda lantas melihat kedalam kawah tersebut, didapati ada lelaki & perempuan yg berada didalam keadaan telanjang disusun didalam kawah tersebut secara beramai-ramai. Tidak lama kemudian, tiba-tiba api telah dinyalakan dibawah kawah itu. Lelaki & perempuan yang berada didalam kawah tadi terus menjerit meminta tolong & cuba melarikan diri tetapi gagal.

Melihat kejadian itu, Baginda bertanya lagi tetapi seperti sebelumnya, soalan Baginda masih tidak dijawab oleh kedua-dua lelaki yang membawanya itu.

Rasulullah S.A.W terus dibawa pergi ke tempat yang lain, setibanya disuatu tempat Baginda melihat ada sebuah sungai yang amat merah airnya seperti darah. Di sungai itu Baginda ternampak seorang lelaki sedang sibuk mengutip & mengumpulkan batu. Sementara itu ditengah sungai pula kelihatan seorang lelaki sedang berenang.

Setelah lelaki yang mengutip batu itu selesai mengutip sejumlah batu, dia terus memanggil lelaki yang sedang berenang tadi. Setibanya lelaki yang berenang itu mendekati lelaki yang mengutip batu tadi, lelaki yang mengutip batu itu terus memasukkan batu yang dikutipnya itu kedalam mulut lelaki yang berenang secara paksa. Kemudian lelaki yg berenang itu disuruh berenang semula.

Perbuatan ini juga berulang-rulang tanpa henti. Batu yg dikutip dimasukkan kedalam mulut tanpa henti-henti. Baginda cuba lagi melontarkan soalan kepada kedua-dua lelaki tadi tetapi malangnya soalan Baginda masih lagi tidak dijawab sebaliknya Baginda lalu dibawa ke tempat lain.

Tidak lama kemudian, Baginda & 2 lelaki tadi tiba disuatu tempat lain. Disitu Baginda telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berwajah seram & garang. Tidak jauh dari tempat lelaki itu berdiri kelihatan ada api sedang marak menyala.

Baginda bertanya siapakah lelaki berwajah seram tadi tetapi kedua-dua lelaki tersebut hanya terus membawa Baginda ke tempat yang lain.

Tidak berapa jauh berjalan, akhirnya Rasulullah S.A.W & 2 lelaki tadi tiba di sebuah taman yang indah. Ditaman itu berdiri seorang lelaki yang tinggi sehingga mencecah langit. Manakala dikiri & kanan lelaki itu kelihatan ramai kanak-kanak yang comel & berpakaian cantik.

Baginda bertanya kepada kedua-dua lelaki itu, siapakah lelaki & kanak-kanak yang berada bersamanya. Namun tindakbalas yang diberikan lelaki itu masih sama seperti sebelumnya. Baginda terus diajak meneruskan perjalanan.

Tidak berapa lama kemudian Baginda & 2 lelaki tadi tiba disebuah taman yang amat luas & indah. Perjalanan diteruskan dari taman itu sehingga mereka tiba disebuah kota yang cukup bersih & cantik. Dikota itu tersergam indah bangunan-bangunan yang cantik & jalan-jalan raya yg tersusun kemas. Apa yang paling mengagumkan semua bangunan yang ada dikota tersebut dihiasi dengan emas & perak.

Baginda & 2 lelaki tersebut memohon kebenaran dari penjaga kota utk masuk & permohonan mereka diperkenankan. Setelah memasuki kota itu, Baginda hairan kerana mendapati semua penghuni kota yg indah itu memiliki rupa yang pelik. Separuh badannya kelihatan cantik manakala separuh badan lagi kelihatan hodoh & sangat kotor.

Kedua-dua lelaki yang membawa Rasulullah tiba-tiba mengarahkan penguni kota itu supaya segera mandi didalam sungai yang ada dikota berkenaan. Sebaik sahaja mereka mandi, segala kotoran yang ada dibadan mereka tadi hilang secara tiba-tiba.

Kemudian kedua-dua lelaki tadi datang kepada Rasulullah & berkata inilah Syurga & inilah tempatmu. Maka Rasulullah pun bertanya bolehkah aku memasukinya. Jawab 2 lelaki tadi, tidak, belum lagi tapi kamu akan memasukinya nanti.

Baginda juga bertanya berkenaan peristiwa & perbuatan yang dilihatnya sepanjang perjalanan tadi. Kali ini kedua-dua lelaki tadi menjawab setiap soalan yang belum dijawab sebelum ini.

"Lelaki yg pertama sekali dijumpai tadi adalah lelaki yang dipecahkan kepalanya merupakan perumpamaan & gambaran pada umatMu yang menolak Al-Quran & tidur sebelum mengerjakan solat fardu (tidak solat sehingga habis waktunya)".

"Lelaki yang kedua pula yg dikoyakkan mulutnya pula mengambarkan umatMu yang banyak berbohong". Dari gambaran yang dilihat Baginda, bukan hanya mulut yang dikoyakkan malahan semua anggota muka berdekatan juga terkoyak seperti pipi, hidung, mata, telinga & juga tengkuk.

Ini kerana menurut Ibnu Hubairah, semua anggota muka juga turut sama koyak & dihukum kerana semasa seseorang berbohong seluruh anggota muka juga bersubahat dengan mulut (bergerak & memainkan peranan).

"Lelaki & perempuan yang dijumpai bertelanjang didalam kawah atau kuali besar pula adalah gambaran umatMu yang suka berzina. Lelaki yang dipaksa makan batu disungai pula adalah gambaran umatMu yang suka makan riba'".

"Manakala lelaki seram & garang yg kita jumpai berhampiran unggun api pula adalah merupakan Malaikat Penjaga Neraka Jahanam. Lelaki yang tinggi lampai bersama kanak-kanak comel itu adalah merupakan Nabi Ibrahim A.S, manakala kanak-kanak tersebut adalah merupakan kanak-kanak yang meninggal dunia semasa kecil".

Semasa Baginda menceritakan mimpi ini ada diantara Para Sahabat bertanya, "Bagaimana pula dengan anak-anak orang kafir yg meninggal dunia, adakah mereka juga berada disamping Nabi Ibrahim A.S?". Baginda pun menjawab, "anak-anak orang kafir pun termasuk diantara kanak-kanak yang ada disamping Nabi Ibrahim A.S".

Semua persoalan pada Rasulullah S.A.W kini terjawab, cuma ada satu soalan sahaja yang belum berjawab, bagaimana pula dengan penghuni kota yang separuh badannya cantik manakala separuh lagi hodoh & kotor.

Sebenarnya mereka ini adalah gambaran umat Rasulullah S.A.W yang mencampur-adukkan perbuatan & amal soleh dengan maksiat.

Semoga mimpi Rasulullah S.A.W ini dapat dijadikan pedoman & panduan kepada kita betapa azabnya seksa ALLAH pada mereka yang engkar & lalai.

Ketahuilah bahawasanya mimpi Rasulullah S.A.W & Para Solehin bukan mainan tidur seperti kita, ianya merupakan petunjuk dari ALLAH.

Ikuti mimpi Baginda & Para Solehin seterusnya nanti. Semoga bermanafaat.

Sekian, Wassalam....

0 comments:

Post a Comment