Tuesday, February 08, 2011

6000 perokok didakwa.

Salam Semua,

Menurut laporan akhbar Malay Mail hari ini, seramai 6,000 orang perokok telah dihadapkan mahkamah pada tahun lepas (2010) diatas kesalahan merokok secara terbuka ditempat awam, manakala seramai 854 orang pula telah dikenakan saman serta-merta diatas kesalahan yang sama yang cecah nilai sebanyak RM228,000.

Ini merupakan suatu petanda yg baik kepada penguatkuasaan terhadap larangan merokok ditempat awam.

Jika dulu undang-undang ini hanyalah undang-undang semata-mata tanpa ada penguatkuasaan yg intensif kini ianya menunjukkan satu perubahan yang sihat.

Sepatutnya penguatkuasaan yang tegas telah mula dijalankan secara menyeluruh semasa undang-undang ini mula diperkenalkan dulu & berterusan, nescaya kesedaran masyarakat kita terhadap kesan buruk rokok kepada persekitaran akan berubah.

Para perokok seharusnya menghormati orang lain disekitarnya sebelum rokok itu dinyalakan.

Kerajaan & pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu mempertingkat lagi usaha-usaha penguatkuasaan secara lebih giat lagi ditempat-tempat awam seperti dikedai makan, taman rekreasi, pusat membeli-belah & banyak lagi.

Semoga kita dapat membentuk persekitaran yang lebih sihat pada masa-masa akan datang lebih-lebih lagi ditempat-tempat awam.

Sekian, Wassalam...

0 comments:

Post a Comment