Tuesday, February 01, 2011

Lempar Batu Sembunyi Tangan...

Salam Semua, Semoga sentiasa sihat & ceria selalu...

Abg yakin peribahasa "Lempar Batu Sembunyi Tangan" bukanlah sesuatu yang baru kita dengar, malah peribahasa ini sering kita dengar meniti dibibir-bibir ramai orang terutama sekali mereka yang sering berbicara.

Bukan itu sahaja, dalam dunia yang sering mencabar ini, ramai diantara orang yg berpengaruh menggunakan peribahasa ini untuk menuduh & menempelak sesuatu dakwaan atau tuduhan.

Persoalannya kini ramai diantara kita yang sudah tidak tahu mendefinisikan & menggunakan peribahasa ini secara tepat. Ada diatara mereka menggunakan peribahasa ini kepada tindakan-tindakan yang baik.

Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan kebaikan tetapi tidak menampilkan dirinya demi kebaikan semua juga ditafsirkan sebagai "Lempar Batu Sembunyi Tangan". Padahal jelas & nyata perbuatan didalam peribahasa ini iaitu lempar batu adalah merujuk kepada perbuatan yang tidak baik sahaja.

Ini kerana sudah menjadi sifat batu, jika dilempar & mengena sesuatu pasti ianya akan membinasakan. Jika batu itu terkena pada manusia atau haiwan pasti kecederaan akan berlaku manakala jika ianya terkena kepada barangan atau harta benda pasti ianya sedikit sebanyak akan merosakkan benda tersebut.

Seharusnya kita perlu bijak dalam menggunakan peribahasa yang telah dicipta oleh orang-orang sebelum kita yang sesungguhnya mempunyai maksud yang tersirat, tersurat & penuh keindahan.

Jika seseorang yang jujur & ikhlas memperjuangkan sesuatu tetapi tidak mahu identitinya diketahui bukanlah bermakna dia seorang penakut atau pengecut. Ini kerana idea, pendapat & juga buah fikiran yang baik tidak perlu datang bersama identiti seseorang asalkan idea itu dapat digunakan & dimanafaatkan oleh orang lain.

Kita seharunsya ingat & sedar, walaupun identiti kita tidak diketahui oleh orang ramai tetapi kita tetap seseorang disisi ALLAH (hamba ALLAH) & ALLAH mengetahui dengan arif siapakah kita yang sebenarnya.

Kita dituntut oleh Rasulullah S.A.W utk menyampaikan kebaikan walaupun dengan hanya sepotong ayat.

Jangan disebabkan kita tidak mahu menonjol diri dihadapan orang ramai menjadi penghalang kepada kita utk menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang lain.

Teruskan menyampaikan sesuatu yang baik, teruskan berkarya dalam memperjuangkan Islam yang tercinta ini dalam apa jua keadaan sekali pun.

Semoga kita sentiasa mendapat pertolongan & rahmat ALLAH dalam perjuangan murni kita ini...amiinnn..

Sekian, Wassalam...

0 comments:

Post a Comment