Saturday, February 05, 2011

Halalkah darah kita..?

Salam Semua,

Teringat abg dengan kisah dizaman Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

Ketika itu Rasulullah S.A.W baru sahaja wafat. Sesetengah umat Islam ada yg enggan membayar zakat. Mereka ini mendakwa hanya akan membayar zakat kepada Rasulullah.

Mereka yg enggan ini adalah mereka-mereka yg tidak pernah tinggal solat, tidak tinggal puasa & mengamalkan semua amalan Islam. Apa yg mereka tinggal & tolak cuma zakat.

Apa tindakan Khalifah Abu Bakar R.A.? Tindakan yg sememangnya berlandaskan perintah ALLAH & ajaran Rasulullah.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A bertindak memerangi golongan ini. 5-1=0, darah mereka menjadi halal.

Pernah suatu ketika Saidina Umar Al-Khatab R.A cuba menghalang tindakan Khalifah Abu Bakar R.A tetapi dgn tegas Khalifah Abu Bakar R.A memarahi Saidina Umar Al-Khatab R.A sambil memegang janggut Saidina Umar R.A seraya berkata "Mengapakah engkau begitu lemah sedangkan dulu engkaulah yg paling geruni oleh kawan & lawan".

Ketegasan Khalifah Abu Bakar R.A telah menyedarkan Saidina Umar tentang iman, setiap orang Islam perlu mengikuti semua rukun Islam yg wajib.

Khalifah Abu Bakar R.A menegaskan tiada gunanya bersolat, berpuasa tetapi tidak membayar zakat. Jika salah satu dari 5 rukun Islam ditinggalkan maka tiada maknanya.

Cuba anda semua bayang, bagaimana pula dengan org yang menolak hukum ALLAH secara terang-terangan seperti yg berlaku sekarang.

Ada lagi kisah seorang jiran Rasulullah yg juga boleh dijadikan contoh seperti situasi diatas.

Akan abg ceritakan pada masa-masa akan datang. Ingatkan abg kalau terlupa.

Banyak benda yg perlu kita betulkan sebelum terlambat.

Fikirkanlah...

Sekian, Wassalam..

0 comments:

Post a Comment