Salam Semua,
Bercakap berkenaan isu PTPTN ini, abg berpendapat ianya adalah perlu diteruskan demi untuk membela & meringankan beban pelajar yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan.
Ini secara tidak langsung akan membuka sinar harapan baru kepada keluarga tersebut utk berubah dalam menjalani hidup dimuka bumi ini.
Cuma yang menjadi soalnya, mengapakah dana ini perlu dikenakan sebarang interest jika kerajaan ikhlas utk membela nasib rakyat.
Sebelum ini, sebanyak 4% caj interest telah dikenakan kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian. Kemudiannya caj ini telah dikurang melalui skim Ujrah iaitu sebanyak 1%.
Persoalannya mengapakah masih ada nilai keuntungan dalam memberikan perkhidmatan atau bantuan kepada golongan rakyat sendiri.
Abg difahamkan, selain interest ini terdapat juga caj-caj lain yang dikenakan seperti caj pentadbiran & sebagainya.
Jika caj pentadbiran telah dikenakan adakah kerajaan perlu mengenakan interest 1% ini sebagai alasan utk menampung kos pentadbiran & sebagainya.
Seharusnya, bantuan pendidikan ini tidak perlu diniagakan demi utk tujuan ikhlas membantu rakyat yang memerlukan.
Bukankah tanggungjawab kerajaan utk menyediakan bantuan ini kepada rakyat?.
Sekian, Wallahualam…
0 comments:
Post a Comment