Saturday, May 05, 2012

Banyak Ketawa, Hati Mati.

Kalau kita amati, disekitar kita kini banyak sangat sajian lawak jenaka yang keterlaluan yang kadang-kadang menyebabkan kita lupa dunia buat seketika.

Pada masa sekarang rancangan kegemaran ramai rakyat Malaysia seperti Maharaja Lawak & sebagainya begitu ghairah menyediakan rancangan lawak yang mampu membuat orang yang melihatnya ketawa terbahak-bahak.

Tidak kurang pula ada yang terbawak-bawak lakonan yang dilakonkan oleh watak komedi tadi didalam kehidupan sehariannya yang kadang sehinggakan mampu membuatkan seseorang itu lara.

Didalam Islam sendiri, berada dalam keadaan gembira amatlah dituntut tetapi secara berpada-pada. Sebagai manusia kita perlu menyeimbangkan perasaan kita supaya hati kita sentiasa hidup & sihat.

Ini tidak bermakna salah utk kita sentiasa ceria & gembira cuma jangan sehinggakan kita lara dan asyik melayan rasa seronok sepanjang masa.

Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati". (Hadis Riwayat Ahmad & At- Tirmizi).

Sesekali hati kita perlu menangis utk kita melatih diri supaya sentiasa nampak kekurangan & kekerdilan diri kita dihadapan ALLAH.

Kesedihan ini dapat membantu kita sentiasa insaf diatas sebarang kesalahan yg kita pernah lakukan.

Apabila hati kita sudah keras dek ketawa sepanjang masa kerana sememangnya tidak ada kesedihan yang berlaku dalam hidup kita maka ambillah inisiatif utk mendengar cerita & pengalaman orang lain.

Amati & kaji sedalam-dalamnya. Namun yang lebih baik adalah kita amati sirah Perjuangan Rasulullah S.A.W serta para sahabat.

Kaji tentang susah senang Baginda & mereka semua dlm memartabatkan Islam kepada semua.

Pasti airmata kita akan berderai jika betul hati kita masih bernyawa.

Sekian, Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment