Saturday, May 05, 2012

Lirik Lagu Perlu Dipantau

Salam Semua,

Tertarik abg utk kongsikan sedikit pendapat mengenai Isu lirik lagu dari Kaka feat Zizan yang bertajuk Bawa Ku Pergi.

Bagi abg perkara ini seharusnya kini perlu dipandang serius. Penggiat seni sepatutnya tidak boleh dengan sewenangnya mencipta lirik lagu kononnya atas nama berkarya.

Mereka ini seharusnya mempunyai garis panduan sewajarnya kerana impak dari lirik ini adalah amat besar terutama kepada para remaja kita.

Sudah tiba masanya satu badan yang sama fungsinya seperti lembaga penapisan filem utk memantau para penggiat seni muzik tanahair supaya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan demi kepentingan semua golongan rakyat Malaysia.

Tujuan penapisan ini bukan ingin menyekat kreativiti para pengkarya tetapi berkarya mengikut garis panduan tertentu. Sedangkan hidup ada garis panduan apatahlagi dalam berkarya.

Para penggiat seni seharusnya tidak terbeban dengan garis panduan atau dengan penapisan karya mereka ini. Tidak ada alasan utk penggiat seni mengatakan yang ketulenan karya mereka akan terjejas dengan tindakan ini.

Ini kerana seorang pengkarya, samaada penggiat seni atau pengkarya dalam apa jua bentuk karya yang ikhlas berjuang demi seni pasti menitikberatkan kesan atau impak yang bakal diterima oleh orang yang menilai seni mereka bukannya berkarya mengikut hawa nafsu & kononnya utk kepuasan diri semata-mata.

Dalam Isu lirik lagu ini, lagu Bawa Ku Pergi bukanlah lagu pertama yang menimbulkan kontroversi tetapi sebelum ini seperti lagu Papa Jahat & sebagainya juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Abg puji keprihatinan kerajaan dalam mengambil tindakan utk mengharamkan lagu-lagu yang menjurus kepada pengajaran yang tidak baik kepada masyarakat.

Seharusnya bukan hanya lagu itu yang diharamkan, malah penulis lirik lagu itu seharusnya dikenakan denda sebagai pengajaran kepada penulis lirik yang lain.

Ini kerana sepanjang lagu itu dimainkan mungkin telah ada beberapa orang remaja telah terpengaruh & terdorong malah telah pun lari dari rumah kesan dari ajaran & ajakan lagu tersebut.

Ini telah mencipta satu situasi yang berat & membawa kesan masalah sosial kepada masyarakat kita, bahkan jika berlarutan ianya boleh membawa kepada kehancuran institusi kekeluargaan.

Mungkin ada diantara kita yang hanya memandang remeh-temeh berkenaan hal ini, tapi harus diingat perkara remeh-temeh inilah yang akan bertindak seumpama kanser didalam badan manusia. Apabila sudah merebak, ianya sudah tidak akan dapat dibendung lagi.

Sekian, Wallhualam…

0 comments:

Post a Comment