Tuesday, March 15, 2011

Isteri Kekasih Orang…

Salam kepada semua pembaca Blog ini terutama warga e-kampung, Semoga anda semua sentiasa berada didalam rahmat ALLAH Taala…amiinn..

Teringat pagi tadi pengakuan ikhlas & kurang ajar seorang wanita yang bergelar isteri tetapi mempunyai kekasih diluar.

Pengakuan ini abg dengar melalui radio Hot FM pagi tadi, sungguh menyedihkan. Kini masyarakat kita telah terlalu berani melakukan perbuatan terkutuk dengan menduakan suami.

Dengan bangganya pulak si Isteri durjana ini telah mengaku diruangan udara. Lebih berjuta masyarakat Malaysia mendengarnya, sungguh memalukan.

Si Isteri durjana ini, menceritakan yang dia menjadi lebih tabah & lebih berani selepas mempunyai kekasih untuk melawan suaminya.

Inikah asam garam perkahwinan sekarang, seharusnya si Isteri perlu taat & setia kepada si Suami. Ini kerana bagi seorang Isteri, Suaminyalah tiket & jaminan utk dia mendiami Syurga ALLAH kelak.

Taraf seorang suami adalah sama dengan taraf seorang Ibu kepada anak lelaki.

Seorang Isteri akan dilaknat ALLAH dengan hanya keluar rumah tanpa izin suami apatah lagi mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Nada & luahan yang dilontarkan oleh si Isteri durjana yang abg dengar kedengaran amat bangga dengan apa yang dia buat, bukannya menunjukkan penyesalan tetapi diluahkan dengan semangat.

Cuba kita bayangkan apakah yang boleh mereka ini lakukan jika berada dalam hasutan hawa nafsu & syaitan. Jika tidak terjebak dengan perbuatan zina sekalipun, hukuman curang kepada Suami itu telah cukup utk si Isteri durjana dihumban kedalam api neraka jika tidak bertaubat & mendapat kemaafan dari si Suami.

Sedarlah wahai Isteri-isteri sekalian, taatilah SuamiMu dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali jika suami menyuruh kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak.

Kepada mereka yang sedang & pernah melakukan perbuatan ini, segeralah kembali kepada ALLAH, bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Luahkanlah kesalahan yang dilakukan kepada Suami & mohonlah ampun darinya.

Terimalah sebarang keputusan & hukuman yang akan dijatuhkan oleh Suami dengan sabar & terbuka.

Jika rasa sudah tidak ada keserasian dalam hubungan rumahtangga, berbincanglah dengan Suami untuk ambil keputusan yang terbaik, berpisahlah jika perlu demi kebaikan bagi kedua-dua belah pihak.

Dari terus menanggung dosa kepada suami…

Abg bukannya menggalakkan anda meruntuhkan masjid yang telah dibina sekian lama tetapi jika sudah tidak ada jalan penyelesaian terbaik yang lain, adalah lebih baik mengikut haluan masing-masing dari terus membuat dosa & maksiat.

Segeralah kembali kepada ALLAH jika anda mempunyai masalah…mengadulah padaNYA. InsyaALLAH pasti ada jalan dari ALLAH.

Sekian, Wassalam…

0 comments:

Post a Comment