Sunday, March 13, 2011

Amina Wadud dan persoalan berkaitan..

Perkongsian Ilmu, jadikan Pengetahuan…

-----------------------------------------------

Assalamu'alaikum..

korang, ambik iktibar ttg perkara ni. kalau kita sayang nabi kita, kalau kita sayang islam kita dan kalau kita sayang Tuhan kita. kat bawah ni aku pastekan soal jawab dari satu webpage tuk kita sesama ambik pengajaran. jangan biar kita tertipu ngan dakyah yahudi dan puak orientalis. yg dah terambik dan termakan tu biarkanlah. taubat dan mudah mudahan tuhan ampunkan kita dengan RahmatNya.

InsyaAllah kalau korang suka aku send banyak lagi cerita2 menarik tuk kita sesama ambik pengajaran.

Wassalam

ps: korang dah dapat lom sambungan Berita Gempar Tahun 2005? berita tu aku dah dengar sejak lama dulu. sejak tahun 80an lagi. alhamdulillah, satu satu dah berlaku. ada banyak lagi berita2 ghaib yg dijangka berlaku. tunggu dan buat persediaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,
Semalam, saya menghadiri satu sesi forum di ISTAC bertajuk :
"Muslims Under Siege : Who Speaks for Islam?"
dan penceramahnya adalah : Dr Khalid Abou El Fadl yang dikatakan seorang pakar dalam perundangan Islam.
Utk pengetahuan, ini adalah kali pertama saya menghadiri apa2 forum anjuran ISTAC dan saya sememangnya pergi atas dasar ilmu dan ingin tahu. Saya tidak pernah mendengar mengenai Dr Khalid dan semalam adalah kali pertama saya mengetahui mengenai beliau dan pandangan beliau.
Apa yang menarik, apabila salah seorang peserta bangun bertanyakan pandangan beliau mengenai Amina Wadud dan tindakannya mengimamkan "mixed-gender" prayer, Dr Khaled telah menjawab bahawa dia sendiri (Dr Khaled) tidak menentang perbuatan tersebut, dia menghormati Amina Wadud kerana katanya Amina Wadud juga seorang ilmuan yang disegani, dan apa yang Amina Wadud lakukan berasas kerana merasakan tindakanya adalah "betul dari segi syariat" dan bukan dilakukan atas dasar persamaan jantina.
"Betul dari segi syariat" di sini mengikut pandangan Dr Khaled adalah kerana "tiada nas dalam Al Quran dan Hadith yang menyatakan sebaliknya". Dia mempromosi "diversity of rules" dan berkata, dia tidak membenarkan sesiapa sahaja menidakkan perbuatan Amina Wadud itu.
Saya sendiri sangat cetek ilmu utk memberi pandangan sendiri dalam hal ini, walaupun jika dilihat dari sejarah Islam di zaman Rasulullah sendiri, baginda tidak melarang penglibatan wanita di dalam masyarakat keseluruhannya malah isteri baginda sendiri, cthnya Saidatina Aishah, menjadi tempat rujukan para sahabat.
Sebagai persediaan diri bagi menegakkan kemurniaan Islam supaya tidak diperkotak katikkan sesuka hati oleh golongan yang merasakan punya hak untuk bercakap atas dasar "banyak ilmu" dan "diiktiraf oleh ilmuan2 kebanyakkan" - saya meminta pihak Rufaqa memberi penjelasan atas isu ini.
Amat menyedihkan bagi orang seperti saya yang tandus ilmu tapi tak mampu memberi hujah bagi menyangkal pendapat dangkal dan merosakkan Islam ini.
Terima kasih. Harap mendapat penjelasan lanjut dari pihak tuan.
Nota : Saya bukan seorang academician dan bekerja di bidang IT.
- Hopelessly ignorant -

Jawapan...

Waalaikumsalam,
Rasanya tidak perlu kita bahaskan tentang Puan Amina Wadud yang telah menimbulkan kontroversi tidak lama dahulu. Tuhan sudah memberitahu kita bahawa musuh lahir yang utama bagi umat Islam ialah Yahudi.Jadi mari kita belajar tipu daya Yahudi sejak zaman RSAW hingga sekarang. Mereka sangat berjaya.Mari kita lihat satu aspek sahaja. Kita akan hurai, ulas, bagaimana mereka berjaya hingga umat Islam terkeliru.
Yahudi sangat faham bahawa umat Islam sama ada yang sayang dengan ulama atau tidak, umat Islam tak boleh lepas dari ulama. Apa bangsa pun tak boleh lepas dari ulama, samada sayang atau tidak mereka perlukan ulama setidak-tidaknya untuk menjaga fardu ain, nikah kahwin, kenduri kendara, harapkan doa. Ini Yahudi amat faham.
Padahal kalau setakat itu saja keperluan umat Islam terhadap ulama tak jadi benda. Tapi itupun diambil berat oleh Yahudi hingga dia fikirkan bagaimanakah dia akan kucar kacirkan peranan ulama agar umat Islam kucar kacir kerananya. Dia gunakan ulama untuk kucar kacirkan umat Islam.
Ada 5 golongan ulama yang mana sejarah mereka diputarbelitkan hinggakan masyarakat Islam terpengaruh dengan putar belit sejarah yang digambarkan Yahudi. Jadi haru biru umat Islam. Yahudi suluh semua golongan ulama. Yang mana patut ditonjol, mana patut ditutup dan mana patut ditayang. Yang ditayang, diputarbelit tentang mereka itu.
Orang Yahudi tahu adanya ulama mazhab, mujadid, ahli-ahli sufi, ada ulama liberal, ada ulama fikir ilmu sains saja, atau fikir falsafah. Kita lihat bagaimana dia akan gunakan ulama samada positif pada mereka atau negatif pada mereka.

1. Mazhad Ulama.

Yahudi tahu ulama mazhab ini termasuk penyelamat sebab mereka amat menjaga aqidah. Mana-mana yang tidak faham syariat dia jaga. Ulama mazhab kalau dibiarkan tak diputar belit nanti untung Umat Islam. Akhirnya diputar belit. Dia gunakan ulama Islam yang boleh dibeli samada dengan duit atau pengaruh. Ulama ini digunakan untuk mengatakan kedatangan ulama mazhab memecah belahkan umat Islam. Jadi ulama yang dibeli itu menyerang ulama mazhab. Yahudi gunakan ulama wahabi yang anti mazhab. Sebab itu selepas kedatangan wahabi (100 tahun yang lepas) haru biru dibuatnya kerana mereka sangat menentang mazhab. Jadi dengan cara itu mereka kucar kacirkan umat Islam. Pada kita ulama mazhab rahmatan lil alamin kata Rasulullah SAW. Mereka yang menjaga ilmu Islam supaya ilmu Islam yang hak dapat dikekalkan. Tetapi Yahudi gunakan ulama wahabi untuk mengatakan kedatangan ulama mazhab memecah belah umat Islam. Sebab itu waktu itu tidak berjaya tetapi sekarang sudah berjaya dipecah belahkan.Masyarakat tak sebut lagi ulama mazhab. Orang tak sebut lagi 4 imam mazhab. Sekitar 50 tahun ke belakang orang sudah tak sebut, kurang sangat sebut. Akibat terpengaruh pendapat yang mengatakan ulama mazhab memecah belah. Ulama yang diputar belitkan.

2. Ulama mujadid.

Subjek ini ditutup terus sebab Yahudi tahu ulama mujadid ini bawa kebenaran yang mana dia bukan saja bawa ilmu tetapi Islam realiti, Islam praktikal, zahirina ala haq. Orang hanya kenal 1 atau 2 saja seperti Imam Syafei, Umar ibn Azis tapi yang lain tidak kenal. Siapa kenal Fakrurazi, Imam Sayuti, begitu masyhur, patut orang kenal tetapi sejarah mereka berjaya ditutup. Ulama mazhab tadi dibuka, dibiarkan masyarakat kenal tetapi dinegatif-negatifkan. Ulama mujadid ini ditutup terus ceritanya.

3. Ulama sufi, ulama tarikat.

Yahudi juga putarbelitkan hal-hal tentang mereka, padahal mereka orang soleh walaupun bukan mujtahid dan mujadid, mereka banyak ibadah, banyak kelebihan dan berlaku khawariqul'adah, keramat-keramat pada mereka. Waktu masa tak adanya mujadid dan mujtahid orang banyak hormat pada ulama tarekat walaupun mereka bawa ibadah sahaja setidaknya mampu menjaga bara api Islam supaya tak padam. Yahudi dorong dengan dibesar-besarkan perkara-perkara khawariqul'adah.

Akhirnya umat Islam yang jahil terpesona dengan khawariqul'adah. Apa yang dia buat kerana terpesona dengan khawariqul'adah. Apabila datang ulama kemudian yang hendakkan pengaruh juga tapi tidak setaraf dengan ulama sebelum itu, jadi ulama-ulama yang datang kemudian, apa dia buat? kerana tidak setaraf dengan yang sebelumnya anugerah khawariqul'adah tak dapat, walaupun taqwa. Diusahakan ilmu khadam seperti boleh jalan atas air atau timbul benda-benda pelik.Ulama yang awal tadi mendapat anugerah Tuhan kerana taqwa.

Orang ramai yang jahil-jahil ini mudah terpengaruh melihat ulama-ulama ini. Orang jahil giat beribadah tetapi dengan tujuan untuk dapat ilmu kadam. Habislah. Wali yang diusahakan, sebenarnya itu bukan wali, itu orang yang dapat berkat. Yang wali itu pada ulama yang sebelumnya. Sebab tu ulama dulu banyak ada ilmu ini.Boleh jalan atas air, kebal, tak nampak oleh orang. Orang yang tak faham anggap tok guru tersebut adalah wali. Berjaya Yahudi putar belit. Sebab lahirnya sama. Yang satu kerana taqwa, yang satu ilmu khadam. Jadi nampaknya banyak orang beribadah tetapi kerana itu . Tertipu diri sendiri. Ibadah banyak tapi tipu diri sndiri. Yang mana cara itu tidak direstui oleh Tuhan. Sebab itu tak heran waktu perang nak merdeka di Indonesia banyak ulama Indonesia kebal tak nampak oleh musuh, boleh jalan atas air, kalau musuh baling bom sambut baling jadi roti. Berjaya yahudi. Digunakan ulama yang baik tadi kepada yang negative iaitu ulama generasi kemudian lepas ulama tarikat itu terutama ulama pondok pesantren. Sebab itu masa perang banyak orang melayu kebal, banyak tok guru instant yang kebal.

4.Ulama Liberal.

Yahudi gunakan ulama liberal untuk cadangkan kemajuan orang Islam. Mereka katakan orang Islam mundur sebab tak ada kemajuan. Di antara tokoh-tokohnya Mohd Abduh, Rasyid Redha, Jamaludian Afghan, ini tokoh ulama liberal. Sebab itu Mohd Abduh kalau nak ilham jumpa ulama di Barat. Jadi lahirlah ulama yang fikir nak membangun tanpa fikir halal haram lagi, lupakan ibadah, dicadangkan maju sebab Islam suruh maju. Yang ini Yahudi sangat berjaya sampai sekarang dicadangkan lagi kemajuan-kemajuan atas nama Islam.

5. Ulama falsafah.

Ulama dari ahli-ahli sains barat, ahli-ahli falsafah barat, dia fikir ilmu sahaja. Lahirnya Ibnu Sina, Al Farabi, ahli sufi dan falsafah. Mereka sangat dibesar-besarkan oleh Yahudi. Ditonjolkan riwayat hidup mereka sedangkan dikalangan ulama itu ada yang minum arak, ini pun berjaya diketengahkan oleh Yahudi sampai terpengaruh umat Islam, yang mana umat Islam begitu didorong untuk tahu sains teknologi sebab nak maju.

Akhirnya ulama yang benar-benar jadi contoh tenggelam terus. Bahkan kalau timbul satu ulama di satu zaman, masyarakat Islam memusuhi terutama pemerintah akan musuhi. Dianggap sesat, jumud, anti establishment dan lain lain. Begitulah berjayanya Yahudi menggunakan 5 golongan ulama, ditonjolkan mengikut apa yang dia mahu.Kadang-kadang dalam bentuk negatif, kadang-kadang positif,nampak positif tetapi sebenarnya negatif. Atau tutup terus ulama mujadid. Jadi semua golongan ulama 5 ini sudah berjaya diputar belitkan Yahudi hinggalah umat Islam hari ini amat susah nak dipulihkan.

Begitu dia berjaya tonjolkan ulama moden seperti Mohd Abduh, berjaya tonjolkan ulama yang hendak ilmu sahaja seperti Ibnu Sina, itu cara Yahudi gunakan ulama untuk pecah belahkan umat Islam. Sekarang kemuncak kejayaan Yahudi, diwaktu ini mereka sangat berjaya menipu daya ulama, ramai ulama-ulama yang sudah diputarbelitkan.Itulah pentingnya untuk kita cari ilmu, faham sejarah, faham putar belit Yahudi.

Kiriman: Wira @ e-kampung

0 comments:

Post a Comment