Friday, October 22, 2010

Jangan taksub pada duit mudah di Internet...

Salam kepada semua pembaca, semoga sentiasa sihat & ceria selalu.

Sejak kebelakangan ini, apatah lagi sejak kemunculan laman sosial yg terkenal didunia kini iaitu Facebook, ramai yg menjadikan internet sebagai tempat atau sumber pendapatan sambilan mahupun tetap.

Ada yg menjadikan internet sebagai media utk berniaga yang mana ianya adalah amat baik & mengunakan kemudahan pada tempatnya utk menjana pendapatan yg halal & baik.

Berbeza pula dengan pendapatan yg dijana melalui rangkaian & pelbagai cara yg mana banyak proses-proses tersembunyi walaupun menghasilkan pendapatan yg lumayan.

Penjanaan pendapatan ini banyak yg perlu diragui. Kita tidak boleh dgn sewenangnya menerima wang dari seseorang tanpa mengetahui asal-usul wang tersebut. Ini kerana wang tersebut akan kita gunakan bagi keperluan isi rumah yang mana akan menjadi darah-daging ahli keluarga kita.

Pesan abg, siasat & kaji setiap latar belakang pakej yg ditawarkan sebelum menerima wang dari sumber yang kita sendiri tidak pasti asal-usulnya.

Jangan kegembiraan sementara yang kita kecapi dengan wang yang banyak itu akan menempah penderitaan yang berkekalan diakhirat kelak..

Wallahulam...

Abg Mavles™

0 comments:

Post a Comment