Friday, September 10, 2010

Perutusan Raya..

Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin buat semua sahabat warga e-kampung & semua umat Islam.

Masih belum terlambat rasanya abg ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin" kepada anda semua.

Walaupun dah separuh hari 1 syawal berlangsung, kemeriahannya masih terasa. Marilah kita hargai masa kemenangan ini sebaiknya utk kita mengunjungi sanak saudara sepanjang hari raya ini.

Jangan sesekali menjadikan hari raya sebagai masa untuk kita menonton rancangan-rancangan menarik sehingga mengabaikan aktiviti perayaan yang sebenarnya.

Kunjungi sanak saudara sambil memohon maaf diatas kesilapan lampau yang kita lakukan.

Sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan dosa & khilaf & inilah masa yang amat sesuai untuk kita mencuci keheningan dosa.

Abg pasti setiap dari kita pasti akan menjadi samaada pemandu, penunggang & juga penumpang. Oleh demikian, walauapapun jenis kenderaan yang kita naiki, pastikan kita sentiasa dalam keadaan selamat. Untuk itu sentiasa peka pada persekitaran supaya kita sentiasa bersedia menempuh sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Akhir kata, hargailah setiap detik masa yang ada untuk kita gunakan bertemu sanak saudara, sahabat handai semasa masih terdetik ruang waktu..kerana masa ini belum pasti berulang lagi..

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin"

MAAF ZAHIR BATIN.

Wassalam.

Abg Mavles

0 comments:

Post a Comment