Sunday, September 05, 2010

Berhati-hati memilih pakaian raya..

Salam All,

Hari kemenangan kita setelah menempuh dugaan & rintangan berpuasa dibulan Ramadhan akan kita sambut tidak lama lagi.

Dalam kita membuat persediaan untuk menghadapinya, jangan kita lupa batas & juga panduan dalam kita membuat persediaan.

Apa yang paling penting jangan sesekali kita membazir dalam segala segi termasuk semasa membeli pakaian baru untuk raya nanti.

Dewasa kini pelbagai fesyen pakaian yang dapat diperolehi dipasaran. Ada yang cantik & mengikut lunas syarak & ada juga yang sebaliknya.

Baru petang tadi, semasa abg membeli pakaian raya utk anak2, abg ternampak pakaian kanak-kanak yang tertera perkataan "demon" dengan lambang tengkorak yang tidak senonoh.

Selaklah & perhatikanlah setiap sudut pakaian yang anda pilih sebelum dibeli bagi mengelakkan anda terbeli pakaian yang mempunyai simbol, perkataan & juga gambar yg bercanggah dengan syariat Islam yang maha suci.

Jangan kita kotori jasad kita yang indah anugerah ALLAH ini dengan diselubungi pakaian yang memaparkan perkataan, simbol & juga gambar yang tidak baik

0 comments:

Post a Comment