Sunday, October 31, 2010

Dahulukan saudara seagamaMu..

Salam Semua, semoga sentiasa sihat & ceria selalu..amiinnn.

Sesungguhnya setiap manusia didalam dunia ini tidak akan sesekali dapat utk hidup bersendirian. Kita memerlukan masyarakat utk melengkapkan kehidupan harian kita.

Kini dalam dunia yg semakin mengejar kebendaan & kejayaan dunia, kita lupa apa yang perlu kita utamakan demi kekuatan & keutuhan agama.

Apa yang kita fikirkan hanya keuntungan diri sendiri sehingga sanggup melupakan impak & kesan kepada org lain terutama saudara seagama kita.

Sedar atau tidak kekuatan & keteguhan Islam adalah sedikit sebanyak dibantu oleh kejayaan & kesatuan orang-orang islam itu sendiri.

Jika kita lemah maka usaha dakwah yang ingin kita kembangkan pasti juga lemah.

Oleh yg demikian, demi utk memperkukuhkan Islam dihati semua orang, marilah kita utamakan atau dahulukan saudara seagama kita dlm semua bidang.

Berilah peluang kepada saudara kita utk berjaya dlm bidang masing-masing dahulu sebelum peluang tersebut kita buka kepada org lain.

Percayalah bahawa segala tindakan & keputusan yg kita buat walaupun sekecil zarah pun pasti memberi kesan kepada saudara kita yang lain.

Nasihat ini abg kongsikan demi utk kita sentiasa memikirkan nasib saudara kita supaya suatu hari nanti kita tidak akan sesal dengan kecuaian yg kita lakukan dulu yg akhirnya dilalui oleh saudara kita sendiri.

Sekian, wassalam...

Abg Mavles™

0 comments:

Post a Comment