Saturday, November 10, 2012

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor Terhadap AES harus dipuji.

Keputusan pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk mengharamkan atau menyekat perlaksanaan AES dinegeri Selangor amat wajar diberi pujian.

Inilah sebenarnya tanda sebenar keprihatinan sesebuah kerajaan terhadap nasib rakyat.

Inilah baru dikatakan rakyat didahulukan. Kerajaan Selangor mengambil kira beban & kesengsaraan rakyat dengan perlaksanaan system AES yang hanya bermotifkan keuntungan pihak yang tamak semata-mata.

Jelas sekali, AES sebenarnya bukanlah satu cara yang berkesan untuk mendidik rakyat semasa dijalan raya tetapi ianya hanyalah bertujuan menindas rakyat yang rata-ratanya pasti akan terperangkap dengan masalah kewangan dengan perlaksanaan system ini.

Meminjam nama atas dasar "mendidik rakyat" langsung tak relevan. Mendidik tidak perlu membebankan rakyat. Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk mendidik rakyat.

Buktikan dari pelaburan kerajaan berbillion & bertrillion ringgit selama lebih 50 tahun memerintah, dimana kebijaksaan, fikirkan cara lain yang tidak langsung membebankan rakyat.

Kami rakyat Selangor akan terus menyokong Kerajaan Selangor yang prihatin.

Sekian, Wassalam.

0 comments:

Post a Comment