Ramai diantara kita yang suka mengambil jalan & cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah, terutama sekali perkara berkenaan sihir & bomoh.
Setiap kali apabila diuji dengan masalah kesihatan yang berpanjangan pasti kita akan menyangka kita telah terkena buatan orang.
Tidak ada salahnya prasangka begini kerana tafsiran kita berdasarkan pengalaman & pengetahuan.
Namun yang menjadi masalahnya adalah apabila tafsiran ini tercetus maka tempat rujukannya pastilah golongan bomoh atau dukun.
Sememangnya tidak semua bomoh menggunakan jin & syaitan dalam perubatan mereka tetapi kebanyakkannya menggunakan khidmat makhluk halus.
Perbuatan sebeginilah yang boleh menjuruskan kita ke lembah syirik. Wanauzubillah.
Oleh itu marilah kita mencari & menggunakan pendekatan Islam mengatasi masalah sihir.
Untuk alangkah pertama mengesan kemunculan sihir didalam diri kita & keluarga, pasangkan kaset atau mp3 Al-Quran didalam rumah selama 3 hari berturut-turut.
Jika dalam tempoh tersebut masih tidak ada apa 2 perubahan pada pesakit ini bermakna tidak ada unsur sihir yang telah menjejaskan kesihatan.
Ambillah tindakan secara Islam terlebih dahulu dalam menanggani apa jua masalah, nescaya pasti ada jalannya & pasti dipermudahkan ALLAH...amiinn.
Sekian, Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment