Saturday, April 16, 2011

Sempurnakan PakaianMu…

Salam kepada semua, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Berpakaian adalah suatu rutin harian yang amat penting didalam kehidupan kita. Setiap hari kita mungkin mengenakan beberapa jenis pakaian mengikut kesuaian dan keadaan. Ianya juga dipengaruhi oleh keperluan pakaian supaya sentiasa bersih dan selesa dipakai.

Namun begitu ramai yang tidak sedar bahawanya berpakaian secara betul & mengikut syarak adalah dituntut dalam Islam kerana ianya mampu menghindarkan masyarakat dari terjerumus ke lembah yang hina. Antaranya pakaian yang menjolok mata & juga pakaian yang tidak sempurna.

Seperti semua sedia maklum pakaian menjolok mata adalah pakaian yang mendedahkan aurat secara terang-terangan & boleh dikategorikan sebagai keterlaluan kerana dedahan yang dibuat terlalu jelas & berani. Perbuatan berpakaian seperti ini sememangnya kita tahu adalah bertujuan tidak baik seperti ingin mendapat perhatian orang & juga ingin menggoda orang yang melihatnya.

Mereka yang berpakaian menjolok mata jelas & secara terang-terangan melakukan dosa mendedahkan aurat.

Berbeza dengan apa yang abg ingin bincangkan atau “dedahkan” sekarang, iaitu berpakaian secara tidak sempurna. Perkara ini sememangnya juga amat banyak berlaku dikalangan masyarakat kita hari ini.

Ianya dapat kita temui dimana-mana terutama sekali ditempat-tempat perhatian ramai seperti ditaman bunga, ditempat-tempat beriadah & rekreasi, ditempat membeli-belah & sebagainya.

Baru petang tadi ketika membeli-belah disebuah pusat membeli-belah dikawasan Ampang abg terpandang “pemandangan” ini.

Abg sendiri pun tidak pasti samaada Si Pemakai tahu tentang keadaan pakaiannya atau dia tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Jika dipandang dari atas kita pasti nampak jelas tentang keindahan Tudung & kesopanannya tetapi apabila terpandang sahaja baju yang dipakai, kepala terus mengeleng…

Jelas pulak ternampak isi dalamnya, baju yang dipakai amat jarang sehingga menampakkan pakaian dalam yang boleh dikatakan jelas pada pandangan pertama.

Bukan itu sahaja, ada juga diantara wanita kita yang bertudung memakai baju kurung tetapi kainnya mempunyai belahan sehingga keparas atas peha.

Cuba saudara-saudara bayangkan dosa yang akan ditanggung oleh Bapanya jika dia masih belum berkahwin & dosa suaminya jika dia sudah berkeluarga. Kedua-duanya akan menanggung dosa dayus kerana membiarkan anak/isteri keluar rumah dengan berpakaian tidak sempurna.

Perihal Dayus ini telah abg masukkan didalam blog ini. Anda semua boleh merujuknya semula pada “posting” sebelumnya.

Para bapak-bapak & suami-suami seharusnya mengambil serius tentang perkara ini kerana amat berat dosa yang anda semua bakal tanggungi. Tegur & nasihatilah anak/isteri anda jika mereka mengenakan pakaian yang tidak sempurna seperti pakaian jarang, terbelah & singkat.

Sebelum lebih banyak lagi mahligai-mahligai & istana-istana yang bakal terbina untuk kita didalam neraka kelak, adalah baiknya kita bertindak merobohkannya sekarang sebelum terlambat.

Kepada Si Pemakai pula, jika anda sendiri tidak pasti dengan keadaan pakaian anda, minta pendapat & pandangan dari orang disekeliling anda untuk menegurnya (pandangan suami & keluarga) terutama sekali sebelum keluar dari rumah.

Semoga kita akan terus sentiasa bersama menjalani kehidupan ini dengan “undang-undang” ALLAH. Ingatlah bahawasanya dunia ini hanya pinjam-pinjaman semata-mata…

Sekian, Wassalam….

0 comments:

Post a Comment