Sunday, April 10, 2011

April Bulan Cukai

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bulan april kini tiba lagi. Bulan dimana kita perlu menyemak pendapatan kita sepanjang tahun yg lepas.

Apa yang menyedihkan bukanlah semakan itu kita lakukan utk tujuan simpanan, pelaburan atau yang seumpama dengannya tetapi tiba masanya utk kita menjalankan kewajipan kita utk "menderma" sejumlah titik peluh kita selama setahun kepada pihak kerajaan.

Derma yang dimaksudkan ini jika menepati tuntutan belanjawan semasa pasti tidak mendatang apa-apa mudharat, tetapi sebaliknya berlaku.

Tuntutan belanjawan tahunan yang semakin meningkat tanpa meningkatnya jumlah pendapatan seharusnya diberikan perhatian yang serius kepada pihak kerajaan.

Tuntutan sara hidup yang semakin meningkat sepatutnya menuntut kerajaan atau pihak berwajib utk menurunkan kadar cukai kepada individu supaya setiap isi rumah dapat menambah jumlah simpanan demi masa depan mereka.

Jumlah tuntutan yang tinggi seharusnya ditambah nilai kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi demi penyelarasan pendapatan yang lebih sama rata walaupun hakikatnya masih tidak memberi impak kepada golongan berpendapatan tinggi ini.

Oleh demikian, sempena bulan cukai ini, abg menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya mengisi & menghantar borang cukai lebih awal. Gunakan kemudahan melalui borang atas talian yg disediakan. Jangan sesekali mengambil masa-masa akhir utk berbuat demikian.

Sekian, Wassalam...

0 comments:

Post a Comment