Wednesday, February 01, 2012

Bercakap tentang Datuk Hassan Ali (DHA)

Salam ALL,

Semenjak dua menjak ini, sejak DHA dipecat oleh PAS, banyak desas-desus yang abg dengar mengenai DHA yang mana pula telah dikaitkan dengan parti lain.

Oleh yang demikian, terdetik dihati kecil abg hendak kongsikan apa yang abg lihat & amati mengenai DHA & isu yang melanda diri beliau. Dan pendapat peribadi abg ini abg kongsikan berdasarkan apa yang abg tahu tentang DHA sehingga ke hari ini iaitu 1-2-2012.

Sejak zaman sekolah lagi, abg sering mengikuti ceramah agama yang disertai oleh DHA melalui siaran-siaran TV walaupun tidak kesemuanya.

Tidak dinafikan, beliau adalah seorang yang mempunyai kredibiliti yang luar biasa, mempunyai semangat yang tinggi dalam memperjuangkan agama. Cara penyampaian beliau pada ketika itu dapat difahami & dihayati sebaiknya oleh abg sendiri & abg percaya begitu juga dengan orang lain.

DHA

Dengan kata lain, penyampaian ajaran agama yang beliau sampaikan sememangnya terkesan & memberi impak yang baik kepada masyarakat. Cuma pada masa itu, agama tidak dicampurkan dengan politik kerana mungkin sekatan-sekatan yang kuat dari sesetengah pihak, walaupun politik itu sebenar-benarnya adalah sebahagian dari ISLAM.

Kemasukkan DHA dalam PAS sememangnya abg lihat adalah suatu rahmat yang besar kepada PAS kerana DHA telah pun mempunyai satu peribadi luhur & perjuangannya adalah tulus & ikhlas.

Selain itu, kemasukkan DHA didalam PAS juga telah membawa ramai diantara pengikut-pengikut beliau samaada secara langsung atau tidak langsung utk terus memperjuangkan ISLAM.

Perjuangan DHA didalam PAS & kepada masyarakat juga tidak dapat kita nafikan. Semasa memegang jawatan didalam kerajaan Negeri Selangor tanpa kita sedari banyak jasa & bakti yang telah beliau taburkan demi kesejahteraan & maruah ISLAM dinegeri Selangor.

Beliau sendiri telah dikatakan turun padang utk sama-sama mempertahankan ISLAM & mencegah kemungkaran seperti operasi-operasi maksiat & sebagainya.

Pendek kata, beliau sememangnya seorang yang komited dalam memperjuangkan& menegakkan ISLAM. Oleh yang demikian, kemelut dalaman PAS & DHA tidak seharusnya diperbesar-besarkan sangat kerana kita tidak tahu apakah sebenarnya yang telah terjadi.

Apa yang abg tahu, DHA telah dikatakan tidak dapat menerima apabila beliau hilang kedudukan & jawatan dalam PAS Selangor.

Manakala, PAS pula menyatakan yang DHA tidak mendengar nasihat & pandangan Ulama’ PAS & atas sebab itulah maka beliau terpaksa digugurkan.

Bagi abg, kedua-dua belah pihak mempunyai hak & kelemahan masing-masing, seharusnya perkara ini boleh dibincangkan secara dalaman.

DHA mungkin bimbang, apa yang diperjuangkannya mungkin akan terganggu, jika dia sudah tidak mempunyai kuasa kelak, siapa yang tahu..

PAS pula mungkin tidak mahu apa yang DHA lakukan ini akan menjadi contoh kepada pemimpin yang lain dalam PAS apabila kehilangan kuasa kelak.

Abg yakin tindakan PAS mungkin mempunyai perancangan lain utk DHA didalam PAS. Namun apakan daya, semuanya telah ditakdirkan berakhir sehingga berlaku kemelut ini.

Apapun sebagai rakyat yang mengikuti perkembangan ini, abg ingin menyeru kepada semua pengikut DHA & PAS, jadikan perjuangan menegakkan syiar ISLAM itu sebagai objektif utama perjuangan kita bukannya perjuangan individu atau organisasi yg perlu diutamakan.

Jangan sesekali berpecah-belah disebabkan perkara ini. abg sendiri kagum dengan semangat & pendirian DHA utk tidak lompat kepada mana-mana parti walaupun kini beliau berdiri diatas kaki sendiri sahaja.

Buat DHA, ketahuilah bahawasanya; Selagi Datuk terus memperjuangkan ISLAM setulusnya, kami orang-orang ISLAM Malaysia tidak mengira bangsa & keturunan akan terus bersama-sama Datuk.

Paling daif sekalipun, doa akan kami panjatkan & mohonkan kepada ALLAH supaya pendirian & semangat Datuk tidak pernah luntur dalam memperjuangkan ISLAM.

Nasihat abg sebagai insan yang kerdil kepada Datuk, masyarakat amat memandang tinggi peribadi, kredibiliti & pendirian Datuk sebagai pejuang ISLAM yang tersohor di Malaysia.

Jangan sesekali lompat parti seperti mana yang dilakukan oleh mereka-mereka yang terdahulu kerana sejarah telah menunjukkan, kredibiliti seseorang pemimpin akan hancur malah dipandang hina oleh masyarakat jika ianya berlaku & kami tidak mahu ianya berlaku kepada Datuk.

Semoga Datuk terus berjuang & berjuang kerana ALLAH…

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment