Sunday, July 18, 2010

Sijil Pengesahan Arah Kiblat

Salam Semua,

Sudah lama abg ingin kongsikan tentang isu ini, tetapi tidak kesampaikan kerana waktu yang singkat...

Beberapa bulan yang lalu, semasa abg dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju KL, abg ada berhenti seketika untuk menunaikan solat dihentian R&R Maran.

Seperti juga hentian R&R yang lain, setiap hentian pasti lengkap dengan semua kemudahan yang disediakan untuk pengguna lebuhraya, cuma abg rasa hentian dinegeri pahang ini mungkin tidak ada dinegeri lain...ianya sungguh baik..

Pada mulanya abg tak perasan tentang keistimewaan tersebut tetapi selesai sahaja solat barulah abg perasan.

Seharusnya keistimewaan ini patut disediakan disemua tempat ibadah seperti surau mahupun masjid. Tidak kiralah dimana sahaja surau itu berada, samaada didalam pusat beli-belah, hotel mahupun sekolah.

Keistimewaan yang abg maksudkan adalah seperti dibawah:-

Foto: Sijil Pengesahan Arah Kiblat.

Pihak berkuasa khususnya kesemua jabatan agama Islam negeri seharusnya mewajibkan kesemua tempat ibadah Islam yang dibina perlu ada pengesahan seperti ini.

Ianya untuk memastikan arah kiblat yang kita adap semasa menunaikan solat adalah kiblat yang tepat. Ini kerana kiblat yang tepat akan memberikan kita kesempurnaan dalam solat yang seterusnya dapat membantu kita mengelakkan diri dari terjerumus dalam dosa.

"Sesungguhnya solat yang sempurna dapat mencegah kita dari melakukan dosa".

Ada sesetengah tempat yang hanya mengambil mudah tentang arah kiblat. Abg sendiri telah beberapa kali melalui pengalaman seperti ini, sememangnya ianya amat mengecewakan kerana kita berada didalam sebuah negara Islam.

Pengalaman ini abg alami ditempat-tempat membeli-belah yang besar. Percaya atau tidak, setiap kali abg pergi ke surau tersebut, pasti arah kiblat yang dilekatkan pada siling berubah arah dan tempat, tetapi mujurlah lokasi kompleks tersebut tidak jauh dari kediaman abg sendiri, dapatlah abg mengagak arah kiblat yang betul.

Oleh yang demikian, abg menyeru kepada semua para petugas agama ataupun kakitangan pejabat agama negeri supaya dapat menyarankan kepada pihak atasan anda untuk menetapkan syarat supaya semua tempat ibadah Islam perlu mendapatkan Sijil Pengesahan Arah Kiblat ini.

P/s: Setinggi-tinggi syabas buat Jabatan Mufti Negeri Pahang, Semoga Usaha Jabatan Tuan ini akan sentiasa diberkati ALLAH...amiinnn...

Sekian, Wassalam...

0 comments:

Post a Comment