Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa 2010

Salam,

Abg mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada semua bapa-bapa yang telah banyak berkorban demi keluarga tercinta...

Dalam Islam sendiri, bapa adalah merupakan orang yang kedua terpenting dalam kehidupan kita. Selepas Ibu, bapalah orang yang perlu kita hormati dan juga dahulukan dalam hidup kita.

Semoga ALLAH sahajalah yang akan membalas segala pengorbanan seorang Bapa..amiinnn..

Kepada mereka yang masih mempunyai Bapa, hargailah bapa anda, curahkan sepenuh kasih sayang dan cubalah balas segala jasa bapa sekadar yang termampu.

Sekurang-kurangnya buatlah bapa anda rasa dirinya dihargai...

Kepada yang telah kehilangan bapa seperti abg, hulurkanlah doa ikhlas dan juga sedekahkanlah bacaan ayat suci Al-Quran kepada arwah....

Jika berkemampuan hulurkanlah sedekah jariah dimasjid atau dirumah anak-anak yatim ataupun kepada orang-orang fakir. Sedekahkanlah atas nama arwah bapa anda.

Semoga sedekah jariah kita itu akan disampaikan kepada arwah bapa kita disana dan semoga dengan itu juga roh arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta tenang bersemadi disana...amiinnn..

Sekian, Wassalam.....

0 comments:

Post a Comment